Karangan- Kes pembuangan bayi




PUNCA DAN LANGKAH
           Pertumbuhan pesat ekonomi yang dirangsang oleh percambahan ledakan teknologi maklumat merupakan petanda baik ke arah pembangunan dan kemajuan pembangunan dan kemajuan negara. Namun begitu, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang masih bersarang dalam kalangan masyarakat kita iaitu masalah pembuangan bayi. Kehidupan generasi muda yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret ke kancah pergaulan yang bebas tanpa mengira batas agama. Statistik pembuangan bayi menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun bukanlah sesuatu yang dibanggakan bagi Malaysia sebuah negara yang aman.
           Pertambahan pusat-pusat hiburan terutama di kawasan bandar seperti bandar Kuala Lumpur yang menyebabkan kadar pembuangan bayi meningkat. Hal ini demikian, biasanya remaja lelaki dan perempuan akan berkumpul di pusat-pusat hiburan dengan pergaulan yang bebas tanpa mengira batas sambil minum minuman keras. Dalam keadaan separuh sedar, remaja perempuan mudah digoda oleh lelaki. Pergaulan yang bebas menyebabkan dalam kalangan mereka yang mengandungkan anak luar nikah. Untuk menutup kesalahan, mereka mengambil keputusan untuk membuang bayi yang dikandungkan.
           Ibubapa sebagai ketua keluarga dan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak maka keruntuhan sahsiah dan keperibadian mulia pasti berlaku. Sesetengah ibubapa yang sibuk dengan tugas seharian, sehingga leka dengan tanggungjawab terhadap anak-anak. Anak yang kekurangan kasih sayang dan perhatian cenderung untuk mencari keseronokan duniawi yang telah mengheret ke kancah permasalahan sosial seperti melakukan seks yang bebas sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apabila mereka mula sedar bahawa mereka sudah terlanjur dan jalan tebaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dengan membuang bayi yang dikandungkan untuk menyebunyikan perbuatan keji daripada pengetahuan ibubapa.
          Ibubapa tidak hrus mempunyai sikap materialistik sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Ibubapa harus meluangkan masa setiap hari untuk berkomunikas agar anak-anak mereka tidak hilang tempat mengadu. Ibubapa harus sedar bahawa wang ringgit itulah yang boleh menghancurleburkan kehidupan anak-anak sekiranya disalahgunakan. Disamping itu, ibubapa hendaklah mengambil tahu segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di luar rumah. Peranan ibubapa hendaklah diperkasakan semula kerana pendidikan agama seharusnya bermula dari rumah. Ibubapa haruslah berperanan sebagai mursyid untuk memberi didikan agama dan asuhan sedari kecil. Bak kata pepatah "sediakan sbelum hujan."
         Menghantar anak-anak ke kem motivasi dan seminar jati diri merupakan langkah yang berkesan bagi menangani masalah pembuangan bayi. Program sebegini dapat membuka minda mereka dan melihat sesuatu pekara itu dari sudut pandangan yang bebrbeza. Selain itu, dalam program sebegini mereka akan mendedahkan isu-isu yang melanda negara dan memberikan informasi atau maklumat kesan-kesan buruk tentang isu tersebut. Sebagai contoh, kes pembuangan bayi menyebabkan nyawa si ibu akan terancam ekoran proses melahirkan anak dengan cara yang salah dan tanpa pengawasan doktor. Pekara itu akan menimbulkan kesedaran terhadap anak-anak khususnya remaja terhadap implikasi kes pembuangan bayi.
         Sebagai intihannya, semua pihak haruslah berkerjasama untuk mengatasi masalah pembuangan bayi. Sekiranya satu pihak tidak memandang serius dengan isu ini maka peningkatan kadar pembuangan bayi turut meningkat saban hari. Oleh itu, akhlak dan sahsiah remaja pada masa kini adalah penentu corak masa hadapan negara.

Comments

Popular Posts