KAMPUNG MATANG GEDONG
Kampung Matang Gedong tidak mempunyai maklumat yang meluas tentangnya. Namun begitu, saya ingin kongsikan tentang Kampung Matang Gedong dengan beberapa maklumat ringkas tentang asal usul kampung ini setelah melakukan temu bual bersama penduduk asal.
Terdapat beberapa persepsi yang dapat disimpulkan. Dahulunya kampung ini dikenali sebagai Kampung Tok Gedong. Perkataan "Tok Gedong" wujud kerana nama orang yang pertama membuka kawasan tanah kampung ini pada era 40-an. Oleh itu, nama "Tok Gedong" diambil sempena atas namanya.
Selain itu, terdapat juga pandangan yang mengatakan perkataan "Gedong" diambil ekoran terdapat pondok kecil di belakang rumah yang berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan padi yang sudah dituai.
Akhir sekali, nama Kampung Matang Gedong wujud apabila digabungkan dan distukan dengan satu nama oleh beberapa kampung lain iaitu Kampung Seberang Paya, Kampung K,M,S dan Kampung Tok Gedong.
Kini, nama kampung ini lebih dikenali sebagai Kampung Matang Gedong. Terdapat pelbagai prasarana yang berhampiran dengan kampung ini misalnya Sekolah Kebangsaan Sri Gedong, Hotel Park Avenue dan Emerald Puteri, Masjid Qariah Matang Gedong dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, kampung ini berdekatan atau dipisahkan antara Lebuh Raya Utara-Selatan.

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI GEDONG
MASJID QARIAH MATANG GEDONG
HOTEL EMERALD PUTERI
KEADAAN KAMPUNG MATANG GEDONG
Comments