Sumber Tenaga Alternatif
Kini, penemuan dan penggunaan sumber tenaga alternatif seperti tenaga nuklear, Tenaga hidroelektrik, tenaga biomass dan tenaga solar amat penting dalam konteks mengatasi krisis tenaga model yang melanda dunia. Namun begitu risiko yang timbul juga tidak haru, dipandang mudah.
Tenaga alternatif apat membekalkan tenaga yang mencukupi. hal ini kerana bekalan tenaga yang mencukupi penting kepada pembangunan sesebuah negara. kekurangan bekalan tenaga akan menyebabkan catuan elektrik berlaku. Situasi ini akan menyebabkan operasi kilang juga terhenti dan pengeuaran sektor perusahaan tidak dapat dijalankan. Kilang-kilang akan mengalami kerugian yang besar. Tambahan pula, banyak barangan mentah akan rosak kerana tidak dapat diproses dengan segera. Kesannya, rakyat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap kemudahan infrastuktur dan kebolehan perusahaan di negara kita.
Masalah pencemaran turut dapat diatasi dengan adanya sumber tenaga alternatif. Pembakaran bahan api fosil seperti petroleum memberi kesan kepada rumah hijau dan menyebabkan hujan asid. hal ini sekali gus mengancam nyawa manusia. Tenaga solar merupakan tenaga alternatif semula jadi yang bersih kerana tenaga solar tidak mengeluarkan sebarang pencemaran. Tenaga biomass pula boleh diperoleh daripada bahan buangan sisa pertanian. hal ini akan mengurangkan, lambakan kuantiti bahan buangan.
Di samping itu, sumber tenaga alternatif dapat meningkatkan mutu pertanian dan perubatan. Sebagai contoh dalam kawalan biologi, tenaga nuklear amat penting. Sinaran gama dapat memandulkan serangga perosak dan sekali gus dapat mengurangkan populasi serangga perosak dalam sektor pertanian. Tambahan pula, tenaga nuklear dapat digunakan untuk mengesan penyakit dalaman, selain digunakan untk merawat penyakit barah.

Comments