Cerita Hantu: Hantu tanpa Kepala

Hantu ini yang aku ingin ceritakan amat menakutkan. ( bagi aku la) . Pekara ini berlaku pada hujung tahun lepas semasa kami mengadakan lawatan ke tanah tinggi camerons dan sewaktu perjalanan pulang.
Pada mulanya, keadaan di dalam bas amat kecoh. Ada yang berborak kosong, menyanyi, dan makan(hobi yang pasti). Satu demi satu lagu di persembahkan. Daripada lagu dalam bahasa melayu ke English.
Setengah jam berlalu, masing- masing mula rasa bosan dan letih. Setengah ahli kami semua sudah terbuai mimpi indah. Yang masih berborak kosong pun sudah kurang. Keadaan di dalam bas kian sunyi.
Hujan renyai mula turun. Langit pula mendung membuatkan suasana agak suram. Kerusi di bahagian belakang tiada siapa yang duduk. Kawan ku yang asyik menangkap gambar kawan- kawan yang lain mengajak aku untuk ke belakang.
Semasa di belakang, dia menceritakan tentang hantu yang pernah dialaminya. Entah fakta atau auta. Aku meletakkan jaket dan beg di sebelah. Ketika itu aku mula rasa tidak selesa. Bulu roma ku kian terasa. Seram sejuk mula melanda. Apa yang kawanku ceritakan sudah ku tidak dengar. Aku menoleh ke belakang, namun tiada apa – apa yang mencurigakan. Tetapi aku terasa seperti sesuatu yang berat mula menyandar aku. Aku terus mengengam erat tangan kawanku. Dia terus menghentikan ceritanya lalu memandangku dengan perasaan yang kehairanan. Tak lama kemudian dia terus ketawa. “hahaha…..rileks la…baru nak acah…kau dah takut. Mari aku tangkap gambar muka kau yang takut sangat untuk buat kenangan..haha.” Aku bukan takut kerana cerita dia. Aku memang rasakan sesuatu di sebelah aku. Belum sempat dia ingin menangkap gambar, aku terus ke tempat ku semula. Namun dia sempat menangkap gambar di bahagian tempat ku sebentar tadi. Dia turut bangkit untuk ke tempatnya semula.
Wajahku yang pucat tadi mula reda. Mungkin ada sesuatu di sana. Kawanku tidak mahu menegur aku ketika itu. Mungkin dia ingat yang aku masih marahkan dia. Dia melihat semua hasil menangkap gambar rakan-rakanya yang sedang tidur. Daripada dia ketawa kecil, dia terkaku seketika. Aku pulak yang kehairanan. Dia menunjukan gambar yang ada dalam kamera kepada ku. APA…biar betul….. ta..tanpa ke..kep..kepala. gagap aku seketika. Jaket ku berdiri walaupun tiada sesiapa yang memakainya. Aku tak mahu lagi menoleh ke belakang. Rupa- rupanya itu yang aku rasakan berat menyandar di sebelah ku. Aku terus memejam mata walaupun tidak mengantuk sehingga sampai ke destinasi pulang.





Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak kena mengena antara yang hidup atau meninggal dunia..saja nak hilangkan bosan… >_^ sebenarnya gambar tersebut adalah gambar rakan saya sendiri. Hihi.. v^_^

Comments

firna (: said…
Weh wani, hg buat suspen noh? Hahaha aku ingatkan btoi .. smangat nk baca .. hehe
fasyasani said…
haha..saja wat suspenda..aku ambil gambar masa hg pa gi cameron dlu..cuba teka sapa dia..hehe

Popular Posts