Tips Menghadapi Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂
Beberapa Hari Sebelum Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂
- Tidak lagi menonton TV atau membaca bahan yang tidak berkaitan dengan peperiksaan.
- Tenangkan fikiran dengan mendekati Allah
- Tidak dipengaruhi oleh kawan – kawan untuk melakukan aktiviti tidak berfaedah.
- Lekatkan jadual peperiksaan dekat rumah, dan tandakan dengan jelas kertas yang akan diambil, supaya ahli keluarga boleh mengigatkan anda mengenainya.
Malam Sebelum Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂
- Tidur lebih awal supaya boleh bangun awal.
- Elakkan menonton televisyen
- Pada sebelah malam memadai sekadar melihat secara kasar nota ringkas peperiksaan yang akan diambil esok.
- Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam, elakkan makanan yang berminyak.
- Seelok-eloknya minum sedikit minuman panas sebelum tidur.
- Siapkan segala peralatan untuk digunakan dalam peperiksaan dengan lengkap dan sedia untuk digunakan.
- Siapkan pakaian dan kasut sekolah.
Pagi Hari Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂
- Bangun awal pagi dan solat subuh.
- Ambil sarapan pagi.
- Selesaikan segala “aktiviti peribadi” di rumah.
- Jangan lupa bawa kad pengenalan dan alat tulis.
- Jangan lupa bawa slip peperiksaan.
- Pastikan tiba lebih awal ke tempat peperiksaan.
- Sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, lihat sepintas lalu nota ringkas.
- Elakkan perbincangan akhir dengan kawan
- Berdoalah agar dilapangkan pintu ilmu dan diterangkan hati untuk menjawab.
- Bawa bekalan air & makanan (roti atau bekalan lain yang mudah dibawa lain yang mudah di bawa) sekiranya peperiksaan berlanjutan hingga ke tengah hari.
Di Dewan Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂
- Berjalan dengan tenang ke meja anda dan berdoa sebaik sahaja duduk di kerusi anda.
- Baca dan fahami arahan dengan betul.
- Bahagikan masa dengan baik agar tidak tertumpu pada soalan sahaja.
- Buat rangka jawapan secara kasar dahulu ( bagi esei)
- Menulis dengan jelas dan mudah dibaca.
- Menjawab dengan ringkas, padat dan tidak terbelit – belit.
Tamat Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂
- jangan sesekali berbincang dengan jawapan yang telah anda atau rakan anda jawapkan.
- Tugas anda seterusnya ialah bersedia untuk kertas peperikaan seterusnya.
*fasya harap dengan tips ni membuatkan adik – adik atau kawan yang bakal menduduki peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM dengan tenang dan lebih bersedia. Semoga Berjaya menduduki peperiksaan. Bye. Assalamualaikum
Comments