Cerita Hantu 2: sahabatku namun bukan sahabatku.
cerita hantu kali ini yang aku ingin cerita bukannya rekaan namun
sumpah tidak berbohong. hanya Allah sahaja mengetahui kebenaran cerita ini.Kejadian
ini baru berlaku dalam 2 minggu yang lalu. Aku terpaksa menrahsiakan nama
sekolah yang berlaku kejadian tersebut.
Petang itu aku dan dua orang sahabat terpaksa pulang lewat kerana
ingin menyiapkan kertas kerja. Selepas mesyuarat persatuan kami pulang ke kelas
bagi menyiapkan tugasan. Kami hanya berbual tentang isu di dalam sekolah. Satu demi
persatu aku menyuarakan ketidakpuasan hati ekoran isu tersebut sambil menyiapkan
tugasan.
Haiss...mengeluh aku seketika. Kepenatan mula melanda. Aku melihat jam di
tangan. Alamak hampir pukul 5.00 petang. Aku mengingati semula pesanan ibuku
agar pulang sebelum pukul 5.30.
“weii aku rasa nak balik lebih
awal sebab mak aku cakap, aku kena pulang sebelum petang sebab selepas ini mak
aku nak ambil adik aku pulang dari sekolah.” kata aku sambil menyiapkan kertas
kerja dengan tergesa-gesa.
“Eh..tak apa. Kami boleh siapkan
kerja ni. Hang balik la dulu. Kesian dekat mak hang sebab tunggu hang.” Balas semula
sahabatku.
Namun aku melenggahkan masa
beberapa minit agar kertas kerja benar – benar siap. Tepat jam 5.15 petang, aku mengemaskan
barang dan berjalan pulang. Dua orang sahabatku lagi masih menyambung semula menyiapkan
kertas kerja.
Semasa dalam perjalanan pulang,
aku terjumpa cikgu yang berada di keretanya yang berwarna hitam. Sewaktu itu,
hatiku terdetik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati yang ada di fikiran. Hampir
menjerit juga cikgu itu kerana terkejut kemunculan aku dibelakangnya secara
tiba – tiba. Aku berbual dengan
cikgu tentang isu yang berlaku disekolah.
Lima
minit kemudian, aku melihat dua orang sahabat yang ada bersama aku di dalam
kelas sebentar tadi sudah pun berada di pintu pagar. Mungkin mereka mahu pulang
agaknya. Sambil aku berbual dengan cikgu, mata aku ligat melihat mereka berdua.
Kenapa
mereka tidak melihat aku? Bukan jauh pun. Kenapa mereka tidak menegur aku? Mereka
sudah siapkan kerja? Dimanakah beg izzwa? Kenapa badan najlaa agak bongkok? Kenapa
mereka menggunakan jalan jauh untuk ke pintu pagar? Apa yang aku tahu, najlaa
sering mengajak aku menggunakan jalan pintas untuk ke pintu pagar. Satu demi
satu persoalan bermain di fikiran.
Ketika itu aku melihat najlaa seperti
memberitahu sesuatu dengan bersungguh – sungguh dan izzwa hanya mendengar. Selepas aku melihat
ibuku di luar pagar. Aku mengundur diri untuk pulang. Ketika aku ingin keluar
dari pagar, hatiku tidak terdetik langsung untuk menegur mereka. Entah kenapa?
Keesokannya, aku ke sekolah dan memberitahu
aku telah menyuarakan ketidakpuasan hati.
“Apa yang hangpa nampak semalam, jangan salah
faham. Aku tak mengadu apa-apa, Cuma meminta maaf atas kesilapan yang sudah berlaku.”
Mereka seolah-olah tidak mengerti apa yang aku katakan. Aku menjelaskan
semula. Namun ada sesuatu yang mengejutkan aku. Mereka kata yang mereka pulang
jam 6. 30 petang bukan 5.30 petang. Aku terkejut. Pada mulanya aku katakan yang
mereka berbohong namun aku percaya mereka jujur dari riak wajah.
Sewaktu itu aku rasa mahu menagis kerana
takut. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang sudah berlaku. Patutlah banyak
persoalan yang bermain di fikiran. Jika sebenarnya, mereka berdua pasti
menggunakan jalan yang sama aku gunakan. Mereka pasti menegur aku dan apabila aku
bertanya mengapa izzwa yang aku nampak semalam tidak membawa beg, izzwa
membalas “di dalam beg itu ada telekung.” Sememangnya aku tidak percaya sahabatku
namun bukan sahabatku.
Comments