Demam Presentation... ◕_◕....

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua... Minggu ni fasya busy sikit sebab ada 2 presentation dekat sekolah untuk subject BM dan Business Study... Siang malam termimpi - mimpi pasal presentation..Senang kata, menghantui setiap hari... Kita mesti nak buat yang terbaik kan... 

Pagi hari untuk presentation tu, nak sarapan pun dah tak lalu...(jangan buat  macam tu tau)...Muka pun dah nak pucat...Bila giliran semakin dekat, rasa 'butterfly in stomach' semakin rancak... Jari jemari pun dah sejuk macam baru keluar dari peti ais... Ayat yang paling fasya tak suka bila dikatakan oleh pelajar yang membentang sebelum fasya ialah "Sekian, Terima Kasih.." Takut!!!!.....

Berat langkah nak ke hadapan untuk membentang...Lutut ni dah lama bergetar - getar...Bila mulut ni dah bersuara, rasa lain pula...  First, suara fasya masih bergetar - getar....Second, rasa confident...Third, macam bos nak membentang kertas kerja pun ada....Cewaahh, perasan ...Lepas presentation pula, ada sesi soal jawab...Huuhh...minta- minta, jangan soalan yang pelik.. Mahu berkerut dahi nak menjawab... Habis je semua tu, rasa macam keluar segala penyakit yang ada dalam badan ni....


Dalam gambar ni bukan fasya...Fasya tukang menangkap gambar je...



Ni pun sama juga, bukan fasya...Cik tauke kita...



Untuk mereka yang bakal nak presentation, pastikan:

❥ Siapkan power point.
❥ Copy paste kan pada pen drive.
❥ Hantarkan power point dekat pen drive atau email kepada rakan - rakan, takut ada sebarang pekara yang tak diingini berlaku.
❥ Buat persiapan lebih awal.
❥ Mengetahui setiap huraian pada slide yang ingin dibentang.
❥ Sediakan soalan yang berkemungkinan disoal.
❥ Mengetahui secara mendalam tentang pekara yang ingin dibentang atau kajian.
❥ Tidur lebih awal.
❥ Ambil sarapan pada waktu pagi.
❥Tenang dan katakan pada diri anda sendiri "Saya boleh lakukannya"

InsyaAllah...Semoga presentation yang bakal fasya jalankan dan anda juga berjaya dilaksanakan....Amin...Assalamualaikum..









Comments

Popular Posts