Kajian: Gaya Kepimpinan Kontigensi di Jabatan Pengairan dan Saliran
Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua....
Karangan ini sebagai panduan anda dalam kajian.
Model kepemimpinan kontingensi mengfokuskan perhatian yang lebih luas, iaitu pada aspek-aspek yang berkaitan antara keadaan atau perubahan situasi dengan watak atau tingkah laku dan kriteria prestasi pemimpin (Hoy and Miskel 1987). Model kepemimpinan Fiedler (1967) disebut sebagai model kontingensi kerana model tersebut dianggap bahawa sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung, pada cara atau gaya kepimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the favourableness of the situation) yang dihadapinya.
Karangan ini sebagai panduan anda dalam kajian.
Gaya kepimpinan
atau autocratic leadership style merupakan satu kaedah atau cara yang digunakan
oleh pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerja. Gaya
kepimpinan terdiri daripada 4 gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez –
Faire dan kontigensi. Di dalam
organigayasasi Jabatan Pengairan dan Saliran terdapat gaya kepimpinan kontigensi.
Pemimpin yang
mengamalkan gaya kepimpinan kontigensi ini akan mengambil kira tentang faktor ciri
– ciri pemimpin dan faktor situasi. Terdapat
beberapa penjelasan yang berkaitan dengan kepimpinan kontigensi iaitu Model
Kepimpinan Fiedler (1967) dan Teori Matlamat Laluan (Path – Goal Theory yang
dikembangkan oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971).
Teori atau
model kontingensi (Fiedler,
1967) sering disebut teori situasi kerana teori
ini mengemukakan kepimpinan yang bergantung pada situasi. Model atau
teori kontingensi Fiedler melihat bahawa kumpulan berkesan bergantung pada
keserasian antara gaya pemimpin yang berinteraksi dengan subordinatnya sehingga situasi
menjadi berpengaruh
terhadap pemimpin.
Model kepemimpinan kontingensi mengfokuskan perhatian yang lebih luas, iaitu pada aspek-aspek yang berkaitan antara keadaan atau perubahan situasi dengan watak atau tingkah laku dan kriteria prestasi pemimpin (Hoy and Miskel 1987). Model kepemimpinan Fiedler (1967) disebut sebagai model kontingensi kerana model tersebut dianggap bahawa sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung, pada cara atau gaya kepimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the favourableness of the situation) yang dihadapinya.
Menurut Fiedler, ada tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian
situasi dan ketiga faktor ini selanjutnya mempengaruhi keberkesanan pemimpin.
Ketiga-tiga faktor tersebut adalah hubungan antara pemimpin dan anggota
(leader-member relations), struktur tugas (the task structure) dan posisi kuasa.
Hubungan antara pemimpin dan anggotanya
menjelaskan sejauh mana pemimpin itu dipercayai
dan disukai oleh anggotanya,
dan kemahuan untuk mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pemimpin
tersebut. Sebagai contoh, pengurus mewujudkan hubungan yang baik dengan pekerja bawahan supaya
kumpulan yang terlibat dapat bekerjasama, mematuhi dan taat setia kepada
beliau. Menurut temu bual yang dijalankan, saya mengetahui
bahawa pengurus mengamalkan sikap berkerja dalam satu keluarga. Justeru, hubungan yang terjalin dapat membantu
pekerja bawahan dalam memikul tanggungjawab bagi mencapai matlamt yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
Struktur tugas
menjelaskan tugas-tugas dalam
organisasi ditakrifkan secara
jelas dan definisi tugas-tugas tersebut dilengkapi dengan arahan yang terperinci dan prosedur yang baku. Struktur tugas juga merupakan senarai tugas
yang dilaksanakan oleh pekerja. Misalnya,
senarai tugas yang diberikan oleh pengurus setelah mengadakan
mesyuarat pada pekerja bawahannya, haruslah jelas dan mudah difahami supaya
pekerja dapat meningkatkan kualiti kerja dan daya pengeluaran.
Posisi kuasa menjelaskan kekuatan atau
kekuasaan yang dimiliki oleh
pemimpin kerana kedudukannya ditetapkan
dalam organisasi nilai dari tugas-tugas
mereka masing-masing.
Posisi kuasa juga menjelaskan pemimpin
menggunakan pihak berkuasa dalam
memberikan hukuman kepada pekerja, memberi
ganjaran, penghargaan dan
penurunan pangkat (demotions). Sebagai bukti pengurus sebagai
pemimpin yang berwibawa, kedudukan kuasa di dalam organisasi perlulah jelas
mengikut kedudukan kuasa yang termaktub di dalam organisasi Jabatan
Pengairan dan Saliran.
Teori Path-Goal ini telah diasaskan oleh Robert J. House pada tahun 1971
dan dikembangkan oleh T.R Mitchell tiga tahun kemudian. Pada asalnya
teori ini dibentuk bagi menyokong Teori Kontigensi yang pernah diperkenalkan
oleh Fiedler pada tahun 1967. Teori Path-Goal merupakan salah satu teori kepimpinan
yang sangat terkenal dan telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.
Teori Jalan Matlamat ini bermaksud bahawa
kepimpinan yang baik adalah dengan memberi panduan yang jelas tentang apakah
matlamat yang hendak dicapai serta cara yang jelas bagaimana untuk mencapai
matlamat tersebut. Misalnya, pengurus mengamal
kepimpinan sebegini di dalam organisasi Jabatan Pengairan dan
Saliran,
ia mampu mempengaruhi secara langsung tingkah laku kerja subordinat untuk
bersama-sama pemimpin bagi mencapai matlamat organisasi yang dikehendaki.
Kepimpinan Path-Goal ini
dikelaskan kepada empat iaitu gaya autoritatif, orientasi tugas, menyokong dan
penyertaan. Melalui temu bual ke atas pengurus, saya
mengetahui bahawa gaya kepimpinan ini digunakan kerana beliau mengikut
situasi yang berbeza apabila elemen-elemen yang dijangkakan memberi kesan
terhadap tingkah laku tugas adalah berbeza. Justeru, gaya kepimpinan ini
yang digunakan oleh pengurus di dalam organisasi Jabatan
Pengairan dan Saliran.
Comments