Katakan Tidak Pada Munafik


Assalamualaikum dan salam blog untuk ada semua. Munafik merujuk kepada orang yang berpura - pura. Fasya dapat tajuk ni pun apabila mendengar ceramah melalui satu majlis ilmu. Munafik...huih minta simpang. Takutnya kalau diri sendiri dikategorikan orang yang munafik. Tapi macam mana nak tahu ciri orang yang munafik? Info utama yang Fasya nak samapaikan adalah ciri orang munafik supaya kita dapat elak daripada melakukannya.

  • Suka berbohong
  • Suka membuat kerosakan di bumi
  • Menganggap orang beriman bodoh, manakala diri mereka pandai
  • Tidak mahu ikut berperang bersama orang islam apabila diserang musuh
  • Gemar melemahkan semangat orang islam
  • Tak boleh dipercayai kerana suka membongkar rahsia orang islam.
  • Dianggap gunting dalam lipatan, kerana akan berkerjasama dengan musuh islam bagi menghancurkan umat islam dalam diri
  • Walaupun mengakui diri sebagai islam, mereka malas mendirikan solat dan melakukan ibadah - ibadah lain.

Apa macam? Anda terasa dengan mana - mana ciri tersebut? Kalau tak ada, baguslah. Fasya cuma memperingati untuk anda semua dan untuk diri fasya juga supaya tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik...Amin..Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts