Teguhkan Iman, Bagai Genggam Bara Api
Assalamualaikum dan salam
blog untuk anda semua. Tengahari tadi, fasya terjumpa majalah Iman di
dalam surau. Nak di pendekkan cerita, fasya membaca satu artikel yang berkaitan
teguhkan iman. Menarik betul info yang disampaikan.
Iman boleh bertambah dan berkurang mengikut amalan seseorang itu.
Kita tidak mampu menilai tahap iman yang ada pada diri kita, namun kita boleh
meningkatkan iman dalam diri. Dengan cara apa? Begini tips yang fasya dapat
dari majalah Iman
- Lawan hawa nafsu
- Menggosokan hati daripada sifat - sifat tercela seperti angkuh, sombong, tamak, riyak dan sebagainya.
- Membiasakan diri dengan sifat- sifat terpuji
- Melahirkan keikhlasan berbakti dan berkorban semata - semata Allah S.W.T
- Memperbanyakkan amalan - amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, puasa sunat, berzikir dan sebagainya.
- Bertafakur iaitu memerhatikan tanda - tanda kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T
Tips ni bukan sahaja memperingati anda semua tetapi untuk diri fasya
juga supaya kita dapat menjadi orang dalam golongan yang
beriman...Amin...Assalamualaikum..
Comments