Cabaran Masih menanti...
Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua….
Malam ni fasya rasa sunyi sangat.. Sambil bertemankan lampu neon, fasya buka Facebook…My family masuk Econsave but fasya tak join sekali… Maybe still terkejut dengan paper pengajian am dan geografi…hehehe…
Betul2 tak ada mood malam ni… Sambil tengok satu – satunya bintang yang ada dekat langit tu, fasya dengar lagu yuna “Penakut”… Ayat pertama dalam lagu tu membuatkan fasya terfikir sejenak…
Tak semua kau rancang akan berlaku…..
Mungkin nasib tak menyebelahi aku….
Tahun depan masuklah umur fasya ke 20 tahun…. Apa yang akan jadi selepas 8 tahun kemudian? Fasya masih belajar, kerja atau sudah berumah tangga? Macam – macam persoalan bermain di minda… Tapi fasya serahkan segalanya pada qada dan qadar tuhan…
Selama fasya ada di Pra U, fasya selalu mengeluh itu…ini…. Tapi fasya tak sedar ada macam – macam lagi cabaran yang perlu di tempuhi selepas ini… Yang penting sama ada kita sedia ataupun tidak…. Kadang kala fasya rasa takut nak jadi dewasa (dah dewasa pun)… Fasya tersentuh apabila melihat vlog daripada Amanwan yang bertajuk “Budak Yang Dewasa”…
“Apabila kita semakin membesar, adakah kita perlu menjadi diri kita atau menjadi orang lain?”
Of course kita perlu menjadi diri kita…Buat apa kita perlu menjadi orang lain sedangkan kita sendiri tidak selesa… Biar orang lain nak kata apa, asalkan kita tak langgar suruhan Allah dan sentiasa dekat kepada-Nya…
Kawan fasya selalu tanya…Lepas STPM kita nak kerja apa?... InsyaAllah rezeki halal ada di mana – mana sahaja cuma bijak mencari dan sentiasa berusaha untuk merebut peluang….
Entah kenapa bermadah semacam malam ni…. Tengok kebesaran tuhan kut…. Alhamduillah…..
Comments