Cukup lah hina saya..


..Cincin biasa sahaja..


Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua...^__^


Fuhh,, penat sangat hari ini!!..Ini pun baru balik daripada majlis akad nikah..Rehat kejap sambil online..Teringin pula nak post dekat blog...Sekarang pun dekat rumah tok tam bukan main meriah lagi..

Minggu ni adalah minggu yang saat saya nanti - natikan..Nak tahu kenapa? Hihihi..25/12 majlis pertunangan Fira(kawan), 26/12 majlis pertunangan Shakila(kawan), 27/12 majlis pertunangan nabila(kawan), 28/12 iaitu hari ini ada majlis akad nikah mak saudara saya dan keesokannya majlis perkahwinan..Fuhh, mahunya tak penat..naik lembik badan ni haa...

Sorry lah, post kali ini tak sertakan gambar.. Tak sempat nak ambil gambar..

Serius saya cakap, best sangat...Memang enjoy bila bersembang dengan mak cik2..Tapi ada juga la kecik hati dengan sesetengah makcik yang suka kata dekat orang...

Yang saya sempat dengar ada yang cakap saya ni tolong hanya untuk menunjuk - nunjuk dan macam - macam lagi berbentuk hinaan.. Kecik hati saya, menangis di dalam hati.. Lagipun saya tak bersuara langsung masa buat kerja.. Masalah yang cakap tu pun orang tua..Kalau tak ada akal, tak tahulah nak cakap macam mana.. Apa salah saya dekat makcik tu pun saya tak tahu.. Tak apa.. Allah kan ada.. Dia sahaja yang tahu niat saya nak membantu kerana apa..

Tak apa lah, saya nak sambung kerja balik nanti kalau ada apa2.. Saya akan ceritakan pada post seterusnya... Bye Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts