Hukum memakai inai di jari dan pendakap gigi
Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua..^___^
Selepas solat subuh, fasya rasa nak online kejap... Teringat pula yang mak ajak ke rumah Tok... Kalau tak silap dekat rumah tok ada pokok inai... Teringin pula rasa nak pakai inai dijari jemari.... Tapi apa hukum memakai inai bagi WANITA islam??
Fasya pun buka habis rujukan termasuklah majalah Iman... Setengah jam kemudian, fasya jumpa apa yang fasya nak...
Hukum asal memakai ini kepada kedua - dua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum berkahwin selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
Adapun pemakaian inai pada kedua- dua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari pada pengantin.
Bahkan ada sebahagian ulama yang mengatakan melukis inai di tapak tangan adalah haram kerana menyerupai seperti tatu..
Tenang hati fasya bila nak pakai inai... Dalam masa yang sama, fasya juga terjumpa artikel hukum memakai pendakap gigi...Jom kita kongsi sama - sama..
Sekiranya memakai pendakap gigi tersebut dengan niat dan pertimbangan lain seperti mengubati kecacatan, maka ia diharuskan.
Yang mempunyai masalah pada gigi seperti jonggang diharuskan memakai pendakap gigi sekalipun giginya itu tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi hal keadaan itu yang menyebabkan ia hilang keyakinan diri.
Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsi oleh fasya... Yang penting kita jangan pandai - pandai nak mengubah atau menambah kurnian sempurna yang ada pada diri kita... Tak baik oiii...Tambahan lagi buat kerana niat untuk membanggakan diri... Bukan kecantikan, tiket untuk masuk syurga...Apa yang fasya kongsikan sebagai peringatan pada diri fasya sendiri dan anda semua...Bye.. Assalamualaikum...
Comments