Kenapa Perlu Masuk Ke Tingkatan Enam / STPM



Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua.... ^___^

Selepas solat subuh, teringin pula nak taip sesuatu di blog... Tapi tak dapat idea lagi... So, kita minum horlick panas dulu... Sedang asyik mengira hari di kalender, teringat pula dengan satu tarikh ni... Tarikh permulaan saya mendaftar masuk ke tingkatan Enam... Yes, dah dapat idea!..

Adik - adik yang dapat tawaran ke tingkatan Enam mesti pening nak terima ke tak? Betul tak? Kalau aku terima, nanti dapat pula tawaran ke tempat lain, macam mana? Kalau tak terima tingkatan Enam selepas itu tak dapat mana - mana tawaran lain, macam mana pula? Kalau aku terima, malulah dengan kawan - kawan yang masuk ke Universiti! Aduh.....pening - pening!

Akak di sini cuma nak bagi nasihat sahaja. Daripada pengalaman selama dua tahun akak belajar di Tingkatan Enam, tak lah seteruk mana... Dulu akak pun tak nak masuk form 6... Ramai yang fikir form 6 ni untuk orang yang lemah dan tak berjaya, sebab tu tak dapat masuk ke Universiti... Hai, jaga mulut sikit... Dulu ramai senior di sekolah akak yang dapat 11A+ pun masuk form 6 tau...



Antara kelebihan masuk ke Tingkatan Enam:

1. Tempoh pembelajaran hanya dua tahun sahaja berbanding student yang sambung diploma iaitu tiga tahun... Kiranya adik - adik yang masuk ke tingkatan Enam lebih maju ke hadapan.

2. Selepas menamatkan STPM, adik - adik tak perlu sambung ke diploma...Terus ke Ijazah... Amacam cepat tak?

3. Tingkatan Enam kini tidak sama dengan tingkatan enam yang dahulu... Kini mereka menggunakan sistem penggal atau semester yang sama dengan Universiti... Sekarang ada 3 semester tau... Satu semester ada 6 bulan.. Di hujung semester akan ada peperiksaan penting... Adik - adik hanya belajar untuk beberapa bab/ tajuk dan seterusnya exam...

4. Kerja kursus yang perlu dilaksanakan di Tingkatan Enam sama seperti di Universiti.... Kita perlu mengkaji dan menganalisis... Dulu akak pun asyik keluar daripada sekolah untuk membuat kajian di tempat tertentu... Temu bual orang... Tapi best juga buat kajian macam ni.. Akhir sekali pembentangan.

5. Kos yang di peruntukkan di Tingkatan Enam tak lah terlalu tinggi... Setakat buat kertas kerja pun, tak lah banyak sangat... Harga buku Tingkatan Enam tak lah terlalu mahal berbanding buku rujukan di Universiti... Lagipun, pelajar tingkatan enam turut mendapat bantuan baucer buku... Kalau tak silap bantuan baucer dalam Rm 300... So, ia tak membebankan adik - adik dan keluarga.

6. Pakaian yang dikenakan ialah pakaian sekolah dan korprat... Sekurang - sekurangnya kita tak perlu nak fikir banyak... Hari ni nak pakai baju apa? Esok pakai baju apa?...

7. Jarak yang dekat... Akak bukan nak syor kan untuk berkepit di bawah ketiak mak... Cuma, kalau masuk ke tingkatan enam, anda masih di bawah tanggungan keluarga... Makan minum pun terjaga.. Tak perlu nak risau..

Sebenarnya banyak kelebihan masuk ke tingkatan enam... Tapi ini yang akak boleh feel pun... Akak cuma nak nasihatkan pada adik - adik, teruskanlah berusaha jika ada rezeki di hadapan... Kalau adik - adik masih menunggu tawaran lain... Tiba - tiba tawaran lain tak dapat, tempoh masuk ke tingkatan Enam pun ditutup, Menyesal tak sudah! Masuk dulu ke Tingkatan Enam.. Kalau dapat tawaran lain, keluar dengan cara yang elok... Kalau masuk tingkatan Enam, jangan sesekali malas kerana sistem baharu tidak memberi peluang untuk berehat... Bye Assalamualaikum....


Comments

Popular Posts