5 CARA KONSISTEN DALAM BISNES

Ditulis oleh Wanie_zuridi





1# BERFIKIRAN POSITIF
  • Berfikiran positif membuatkan kita sentiasa bersemangat dalam perniagaan.
  • Kena sentiasa berfikiran positif supaya tidak fikir bahawa perniagaan anda bukan satu usaha yang sia2.
  • Fikiran yang positif akan mampu menepis segala negatif, halangan dan kritikan.
  • Fikiran positif boleh membuatkan anda sentiasa fokus dalam perniagaan.
  • Fikiran Positif juga membuat anda rasa berani untuk mencuba sesuatu.




2# KEYAKINAN DIRI
  • Apabila kita berfikiran positif secara tidak langsung mampu melahirkan rasa keyakinan diri.
  • Susah untuk anda konsisten dalam perniagaan sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan diri.
  • Ada yang menganggap bahawa keyakinan diri dibentuk oleh orang yang sentiasa takdir hidup nya yang baik dan sentiasa senang sedangkan keyakinan itu perlu dilatih dalam diri.
  • Tanam dalam diri dan katakan setiap pagi " Saya Akan Jadi Jutawan Suatu Hari Nanti". "Bisnes Saya Mampu Berkembang Ke Antarabangsa".  
  • Keyakinan diri sahaja tidak cukup jika tiada tindakan dalam usaha memperbaiki bisnes.




3# OPTIMIS
  • Selepas anda berfikiran positif dan yakin pada diri, anda akan jadi optimis dalam perniagaan.
  • Optimis adalah energi positif dari segi sikap, fikiran, perasaan dan tingkah laku ke arah yang lebih maju. 
  • Optimis akan membuat anda tekun, keperibadian yang lebih teguh dan bersemangat dalam perniagaan.
  • Setelah kita menetapkan misi dan visi dalam sesebuah perniagaan, seseorang yang optimis akan berusaha fokus dalam menyelesaikan masalah kerja dan mewujudkan segala impian.




4# BERANI 
  • Apa akan jadi jika seseorang perniaga tidak mempunyai sifat berani? Mungkin segala plan adalah sia2 sebab sebelum mencuba anda sudah takut kegagalan.
  • Sifat yang berani sangat penting dalam perniagaan dimana anda akan lebih bersedia dalam fasa kejatuhan.
  • Sifat yangberani juga penting untuk anda bangkit semula dalam membuat sesuatu keputusan.





5# TIDAK MUDAH PUTUS ASA
  • Motivasi yang kuat dalam diri membuatkan anda tidak mudah untuk putus asa.
  • Motivasi yang kuat akan mendorong anda dalam mencapai segala impian.
  • Misalnya perniagaan anda mampu membantu orang lain dalam mencari rezeki seperti staff, dropship, agent dll. Anda akan wujud motivasi dalam diri untuk tidak menyerah dalam perniagaan serta membantu bersama2 yang lain untung berkembang maju dalam perniagaan.
  • Anda tidak akan putus asa apabila wujudnya rasa cinta dan sayang dalam perniagaan.
BELAJAR SESUATU, AMALKAN SELALU... NAK BERJAYA, JANGAN MALAS!




Comments

Popular Posts