Catatan Baba&Mama #1: Lahirnya Putera Sulung Kami




21. 𝘿𝙚𝙘. 2020 #𝙘𝙖𝙩𝙖𝙩𝙖𝙣𝙢𝙖𝙢𝙖, 𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙁𝙞𝙧𝙢𝙖𝙣 𝙄𝙗𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢..
.
Mama lahir firman ketika usia kandungan 39 minggu 6 hari... kalau ikutkan due date keesokan harinya.. Mama seorang yang lasak, suka buat kerja kuat walaupun dalam keadaan sarat mengandung.. Hari sebelum bersalin, mama sempat keluar jalan2, shopping dan keluar makan di KFC bersama Baba, Mak tok dan Tok abah... Pada mulanya, mama pun risau sebab tiada tanda2 nak bersalin walaupun kandungan hampir due date... Kawan2 mama yg lain kebanyakkan bersalin pada usia kandungan 37 minggu...
.
Pagi 21.Dec.2020 seperti biasa mama akan bangun awal pagi untuk siapkan sarapan pagi, buat bekal makanan untuk baba dan sterika baju kerja baba tapi mama terkejut selepas mama buang air kecil ada darah.. Mama panik dan terus bagithu baba.. nasib baik time tu, tok abah belum pergi kerja.. Mama, baba, tok abah dan mak tok terus pecut ke Hospital Sultan Abdul Halim...Mama tak ada rasa sakit nak bersalin time tu... masih boleh berjalan macam biasa... Panik, berdebar2, rasa macam nak nangis time tu...
Jam 8.15pagi, lepas uruskan dokumen mama terus dimasukkan ke wad.. Nurse pasang mesin CTG dekat perut n diorang kata degupan jantung anak lemah... maybe sebab mama belum makan pagi dan anak masih tidur... Doktor time tu tak habis bising sebab mama tak makan pagi buatkan anak jadi lemah.. Macam mana mama nak makan, belum sempat mama masak dan nampak darah, terus pecut datang hospital la... Mana sempat nak fikir makan dalam perjalanan... Sedaya upaya nurse gocangkan perut mama untuk kejutkan firman... Tiada pilihan lain doktor terpaksa pakaikan alat untuk pecahkan air ketuban... Time tu rasa dia Ya Allah sakit...
.
Jam 9.20pagi...Apa lagi, laju la doktor n nurse proceed to labour room.., Mama pula ada sakit Asthma memang dibawah pemantauan doktor yang agak serious... sempat mama jumpa baba diluar bilik... masa tu rasa nak nangis pun ada cuma mama tahan je.. lepas je masuk nurse bagi roti dan secawan air milo untuk bagi tenaga supaya aku boleh push nanti... lepas makan, tukar pakaian dan nurse masukkan paip untuk buang air kecil, dan tambah air.. Masa tu mental mama agak lost.. tak tahu nak fikir apa... sebab ia berlaku secara cepat... maklumlah anak first, dengar pun pengalaman orang je sebelum ni.. Time tu lepas nurse kepitkan paip untuk tambah air dengan stu mesin ntah apa namanya, baru ada rasa contraction pain... awal tu bukaan cuma 3cm... nurse suruh bukaan 10 cm... Setiap jam nurse datang check bukaan dan result CTG... lepas makan tadi result degupan jantung anak okay cuma selang 2 jam kemudian jantung anak lemah sebab tidur.. Jam 10.15pg, time bukaan 4cm, nurse asyik tanya nak pain killer tak... mama asyik tolak sebab masih lagi boleh tahan sakit... tapi nurse cakap lepas bukaan 6cm dah tak boleh ambil pain killer... mama fikir boleh tahan rasa sakit lagi...amboi berlagak betul! haha... mama tak habis2 sedut gas entonox je untuk hilangkan rasa sakit... tapi makin lama mama sedut makin "high" betul...biul otak mama...hahaha.
.
Jam 11.45tgh...lama kelamaan mula rasa sakit, time tu bru terhegeh2 nak cari nurse utk suntik pain killer... nasib boleh sempat lagi... Tapi sayang pain killer tak lah membantu sangat.. sebab sakit tu dah menguasai... Time tu rasa macam malaikat maut ada dekat sebelah... sakit tu tak payah nak cerita la.. paham2 sendiri la...kang mama cerita sakit macam mana dekat sini, org lain kata over pula mcam mama sorang yang beranak dlm dunia ni... hahaha... contraction pain tu berterusan sampai jam 3 ptg lebih... time tu mampu bukaan sampai 6cm je... Doktor cakap tak lepas, jantung anak pula makin lemah... terpaksa proceed tu Bedah.. Time tu satu2 doktor junior datang nak minta tndatgan dokumen.. mama just cakap proceed je terus... dalam otak mama cuma fikir nak selamatkan firman je... lepas pihak hospital dapat persetujuan dan tandatgn baba, mama terus proceed ke wad bedah...
.
time ni mama dah tak sure pukul berapa sebab tak ada jam...Dalam wad bedah tu sejuk nauzubillah... macam freezer kat rumah... dari pandangan mama yang agak kabur sambil tahan sakit, agak ramai doktor dan nurse...lebih 5 orang.. Lepas dapat penerangan doktor tentang suntikan bius, mama terus setuju to proceed (gilerr tak proceed? nak bedah tanpa bius ke?)...mama dapat suntikan bius separuh badan sahaja... Alhamduillah nasib baik ubat bius tu bekerjasama yang baik dengan badan mama... lepas badan mama disuntik ubat bius, badan mama habis mengigil teruk.. tak pasti sama ada terlampau sejuk atau takut ya amat...Time diorang bedah mama tak sedar langsung sebab mama tido...
.
Jam 7.49malam.. mama terjaga bila dengar bunyi suara bayi.. " Ekk... Ekkk...Ekkkkk...." suara firman... Mama time tu terfikir, "suara anak aku ke? anak aku dah keluar ke?"... bila mama pusing ke kiri nampak beberapa nurse sedang bersihkan firman... Sempat juga mama dengar perbualan nurse2 tu.. diorang cakap "alaa baby nangis malu2 ekk2 je...." time tu doktor2 dan nurse2 masih siapkan dlm proses jahitan di perut mama..... Sejuta rasa syukur sangat2 bila tengok anak keluar dengan selamat.. Rasa terharu, teruja semuanya... Bila semuanya selesai... nurse datang bawa firman untuk tunjuk pada mama...terbeliak mata mama seketika... mak oii besarnya... mama jangka anak mama dalam 2.5 kg atau 2.7 kg sebab beberapa minggu sebelum tu, mama sempat check kandungan di hospital anak mama berat cuma 2.4kg... bila nurse cakap berat anak 3.7kg, ptutlah susah mama nak teran tadi... terkeluar la skit la air mata syukur mama..huhuhu...
.
Setelah selesai mama berehat seketika... time tu firman dibawa ke baba untuk diazankan.... lepas keluar dari wad bedah nak dibawa ke wad ibu dan anak, mama nampak baba dan tok abah... masing2 muka punya la risau....mama cuma mampu balas senyuman yang penuh keletihan berjuang dari pagi sehingga malam... lepas check in bilik dan katil (amboi macam hotel pula), mama rehat je....tak lama kemudian, baru baba datang... bawa barang2 mama dan cakap2 skit... ada la dalam 15 minit sebelum keluar.. setengah jam kemudian baru lah nurse bawa firman dan diserahkan kepada mama.. bila tengok Firman, baru lah mama sedar yang mama sudah pun jadi mak orang.... makin besar tanggungjawab mama...


Comments

Popular Posts