Restoran Paling Pelik Di Dunia Mengikut Carta


Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua... ^___^

Hari ini saya nak kongsikan maklumat yang diperolehi daripada suratkhabar... Memang pelik tapi menarik.. Harap anda suka dengan maklumat ini. Restoran paling pelik di dunia mengikut carta

NO. 1

Cannibalistic Restaurant, Jepun

Restoran ini menghidangkan susyi di dalam model badan manusia yang diperbuat daripada makanan. Badan itu diletakkandi atas meja bedah, seperti dalam hospital. Pelanggan boleh menggunakan pisau untuk "membedah" di mana- mana bahagian badan dan makan susyi yang terdapat di dalamnya.

"Eeeuuukk!!" Kata Fasya Sani.

NO.2 

Toilet Restaurant, Taiwan


Restoranini dihiasi dengan pelbagai rekaan tandas. Pelanggan akan duduk di tepi meja yang diperbuat daripada tab mandi dan kerusi dengan reka bentuk tandas. Hidangan makanan juga diletakkan dalam pinggan dan mangkuk berbentuk tandas.

"Weekkk!!!" Kata Fasya Sani.

NO.3

Restaurant In The Sky, Blegium


Restoran yang terletak di Brussels itu dikenali sebagai "Dinner in the sky' dan boleh menampung sehingga 22 orang pada satu masa. Ia terletak pada ketinggian 150 kaki di udara manakala meja dan kerusi akan diangkatoleh kren.

"Gayat oiii!!" Kata Fasya Sani

NO.4

Dark Restauran, China


Restaurant ini dicat dengan warna hitam dan gelap sepenuhnya. Pelanggan akan dibawa masuk ke dalam restoran dan perlumakan sambil menggunakan gogal penglihatan malam. Lebih menarik, telefon bimbit atau sebarang benda berlampu tidak boleh dibawa masuk.

"Kalau cicak jatuh dalam pinggan, disangka daging pula.. Patutlah liat." Kata Fasya Sani.

NO.5

Restaurant in a Prison, Itali


Restoran ini terletak dalam sebuah penjara yang berusia 500 tahun. pekerja restoran ini terdiri daripada banduan penjara itu sendiri yang dikawal ketat oleh warden. sebelum masuk, setiap pelanggan perlu melalui prosedur keselamatan yang ketat. Restoran ini sangat terkenal sehingga tempahan meja perlu dilakukan seminggu lebih awal.

"Kalau nak makan tengok kiri dan kanan dulu." Kata Fasya Sani.

NO. 6

Submarine Restaurant, Maldives




Restaurant bawah laut yang pertama di dunia dan dibuka pada April 2007. Restaurant ini dikelilingi oleh terumbu karang hidup dan permandangan bawah laut yang sangat menakjubkan.

"Wah, mesti best punya eeyy... Dalam pinggan pun ikan dekat luar lagi banyak ikan." Kata Fasya Sani.












Comments

Popular Posts