Nota Bahasa Melayu Stpm Penggal 3: Laras Bahasa


Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua ^__^

Hari ini saya nak buat nota ringkas Laras bahasa.

  • Laras bahasa merupakan salah satu daripada aspek sosiolinguistik, iaitu tentang bahasa dan penggunaannya.
  • Laras bahasa tidak terlepas daripada memperkatakan dua konsep, iaitu pengguna  dan penggunaan.
  • Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek.
  • Penggunaan  ialah cara sesuatu bahasa digunakan secara berbeza - beza dalam pelbagai situasi.
  • contohnya, kata - kata yang digunakan ketika bergurau senda adalah berbeza daripada kata - kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan.
MAKSUD LARAS BAHASA
  • Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
  • Laras bahasa boleh dikaitkan dengan cara mengunakan sesuatu bahasa yang melibatkan dalam situasi tertentu. 
  • Laras bahasa juga ditakrifkan sebagai ciri - ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan.
FAKTOR PENENTU LARAS BAHASA
  • Faktor - faktor penentu tersebut ialah:
  1. Sikap
  2. Daerah
  3. Cara penyampaian
  4. Tajuk
  5. Kedudukan sosialdan pendidikan
  6. Gangguan
KEDUDUKAN SOSIAL DAN PENDIDIKAN
  • Penutur yang berpendidikan tinggi mempunyai laras bahasa yang berbeza. 
  • Begitu juga kedudukan sosial.
  • Sebagai contoh, kerabat diraja menggunakan bahasa istana, manakala golongan rakyat biasa akan menggunakan bahasa kebanyakan.
TAJUK
  • Tajuk perbincangan akan menentukan laras bahasa yang perlu digunakan.
  • Contoh, jika berbicara tentang tentang undang - undang, maka segala kosa kata dan istilah yang digunakan adalah terhad atau khusus, iaitu berkaitan dengan undang - undang sahaja.
GANGGUAN
  • Laras bahasa Melayu akan berubah apabila wujudnya unsur gangguan daripada bahasa ibunda dan dialek daerah.
  • Contoh, orang Cina dan orang India menggunakan laras bahasa melayu yang telah dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka.
  • Orang Terengganu pula akan menggunakan laras bahasa yang berbeza dengan Orang Kelantan.
CARA PENYAMPAIAN
  • Cara penyampaiana penutur bergantung kepada situasi yang tertentu. 
  • situasi ketika memberikan ceramahakan mewujudkan cara penyampaian yang berbeza daripada situasi ketika berbahas.

SIKAP
  • Sikap penutur juga boleh mempengaruhi kelainan laras bahasa yang digunakan.
  • Penutur yang menyampaikan ketika berasa sedih, marah, sombong dan angkuh biasanya akan menggunakan cara pertuturan dan bentuk bahasa yang berbeza jika dibandingkan dengan penutur yang dlam keadaan tenang, gembira dan penyayang.

DAERAH
  • Penutur yang berasal dari daerah yang berlainan akan menunturkan laras bahasa yang berbeza.
  • Contohnya penutur dari Kedah berbeza dengan penuntur dari Pahang dan Kelantan.

JENIS DAN CIRI LARAS
  • Laras Sains
  • Laras Ekonomi
  • Laras Undang - Undang
  • Laras Agama
  • Laras Sukan
  • Laras Sastera
  • Laras Iklan
  • Laras Resepi


LARAS SAINS
  1. Bersifat intelektual, saintifik, formal dan objektif.
  2. guna istilah khusus dalam bidang sain dan teknikal seperti fizik, kimia dan biologi.
  3. Penggunaan istilah pinjaman terutama bahasa Inggeris
  4. menggunakan jadual, graf dan sebagainya
Laras Ekonomi
  1. Berbentuk ilmiah atau bersifat formal.
  2. menggunakan istilah khusus dalam bidang ekonomi.
  3. mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eskplisit.
  4. setiap data dihuraikan dengan bukti.
  5. menggunakan ayat penyata untuk memberikan penerangan
LARAS UNDANG - UNDANG
  1. Mengandungi prisinp undang - undang dan berbentuk akta
  2. mementingkan ringkas, tepat dan jelas.
  3. menggunakan istilah khusus seperti bahasa Inggeris dan Latin
  4. makna kosa kata berdasarkan interpretasi
  5. tiada graf atau gambar
  6. binaan ayat yang panjang.
LARAS SUKAN
  1. Menyampaikan maklumat tentang kegiatan sukan
  2. bahasanya adalah ringkas, bersahaja dan jelas.
  3. mempunyai pembendaharaankata yang berbeza terutamanya perkataan khusus seperti peraturan - peraturan sukan.
LARAS SASTERA
  1. Gaya bahasa yang menarik dan kreatif
  2. Penggunaan bahasanya boleh dalam bentuknaratif, deskriptif, prespektif, dramatik dan puitis.
  3. bersifat kreatif dan imaginatif
  4. terlibat bahasa yang puitis seperti monolong, dialog, bunga - bunga bahasa dan sebagainya
  5. menggunakanbahasa yang tersirat.
  6. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa
  7. mementingkan keindahan kata - kata
LARAS IKLAN
  1. Pemberitahuan fakta
  2. Ringkas tetapi terperinci
  3. ayat ringkas dan pendek serta banyak menggunakan kata adjektif
  4. menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruh.
  5. cara penyampaian menarik, mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa
  6. menggunakan slogan atau pernyataan tertentu
LARAS RESIPI
  1. Maklumat yang disampaikan terperinci
  2. ayat - ayatnya ringkas dan mudah difahami
  3. bayak menggunakanayat pasif
  4. menggunakan kosa kata yang khusus dalam bidang kulinari


Comments

Popular Posts