Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Sayang Kamu Semua....

Haa...ini dia membe aku. Sebenarnya membe aku tak tahu yang aku nak cerita pasal
mereka. Jangan marah ye.... >_^....Aku bersyukur sangat sebab dapat kawan-kawan yang sentiasa ada bila susah dan senang. Kalau sesiapa yang mempunyai masalah pasti mereka akan tolong. Ala macam lagu Teman Penganti(Black & Malique). "Ketawa bersama, menangis pun bersama...."
Pasal tu aku tak nak lah cerita lebih, nanti banjir pulak blog aku ni. Yang aku nak cerita ialah
semangat perpaduan. Bukan aku sengaja nak memuji tetapi ia sebuah kenyataan. Dulu aku tak tahu dan tak mengerti apa sebenarnya slogan 1 Malaysia. Hanya sekadar hiasan di bibir namun tiada di hati. Apabila aku sudah memasuki Pra Universiti (tingkatan6), aku mula sedar tentang kepentingan perpaduan itu sendiri.
Kami selaku pelajar prauniversiti sering mengurus program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Kalau tidak ada kerjasama atau perpaduan yang kuat pastinya program sebegini tidak berjalan dengan lancar. Pepatah melayu mengatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Apa pun aku nak cakap yang aku sayang korang.... >.<
Post a Comment