Usaha Memupuk Amalan Membaca

Pertumbuhan pesat ekonomi yang dirangsang oleh percambahan ledakan teknologi
maklumat merupakan petanda baik ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Dewasa ini menyaksikan negara Malaysia sedang rancak membangun untuk mengukuhkan kedudukannya setaraf dengan maju. Namun usaha dan galakkan program membaca masih bergerak perlahan. Persoalannya sekarang, golongan manakah yang harus terlibat untuk menjayakan program murni ini?
Ibu bapa perlu menentukan destinasi masa hadapan anak masing-masing. Lantaran
itu, setiap ibu bapa perlu menyemai dan mencerna budaya membaca dalam kalangan generasi anak muda. Hal ini supaya para remaja ini dapat mengamalkan tabiat membaca sejak kecil, bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Pihak sekolah perlu bergading bahudan menggembleng tenaga untuk menanam 
bibit cinta terhadap budaya membaca dalam sanubari remaja melalui program Pembaca Bertuah, Nadi Ilmu Amalan Membaca(NILAM) dan hari buku.
Kerajaan pula perlulah mengambil inisiatif untuk melakukan kempen yang mampu
memupuk rasa kesedaran dan obligasi dalam kalangan remaja tentang kepentingan membaca. Antara kempen yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah seperti kempen "Amalan membaca" yang bertujuan untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan anak muda.  
Sebagai intihanya, sindrom kurang membaca dalam kalangan pemuda-pemudi negara
merupakan masalah serius yang akan merencatkan proses pembangunan negara. Negara akan terus ketinggalan dan yidak dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain, sekiranya generasi yang bakal mengemudi tampuk pemerintahan tidak berilmu, "katak di bawah tempurng". Oleh sebab itu, semua golongan yang terlibat, secara langsung dalam dunia pembacaan seharusnya meneruskan peranan masing-masing untuk melentur tabiat membaca dalam kalangan remaja agar dapat melahirkan remaja yang progresif, dinamik dan beraspirasi ke arah kemajuan negara.

Comments

Popular Posts