Langkah Mengatasi Gejala Keruntuhan Akhlak

                    Pada zaman ledakan teknologi maklumat yang penuh pancaroba ini, acap kali meniti di bibir masyarakat tentang keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
                     Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka menjauhi kancah sosial yang negatif. Dalam usaha mengejar kekayaan dan kejayaan materialistik, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan asuhan moral yang secukupnya kepada anak-anak sedari kecil. Didikan agama dan asuhan moral merupakan benteng yang dapat menghalang pengaruh negatif terhadap anak-anak. Bak kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan."
                     Sekolah juga memainkan peranan penting menangani gejala sosial ini. Hal ini memandangkan anak-anak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah, yang juga merupakan rumah kedua bagi mereka. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada pelajar yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti negatif yang antimoral.
                     Selain itu, pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan harus bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menyuburkan aktiviti antimoral. pihak polis imigresen, RELA dan kastam patut menyerbu mana pusat-pusat hiburan yang menjadi lokasi remaja melakukan kegiatan tidak bermoral. Mereka juga perlu memperketatkan penguatkuasaan undang-undang serta menangkap remaja yang melepak atau berkeliaran pada waktu tengah malam.
                      Kesimpulannya, golongan remaja merupakan aset yang tidak ternilai bagi sesebuah negara. Peranan yang dipikul oleh remaja begitu signifikan dalam proses pembinaan negara. Merekalah yang menentukan hala tuju masa hadapan negara dan akan mewarnai kepimpinan yang kelak. Oleh hal yang demikian, mereka perlu dibajai dengan nilai- nilai moral yang terpuji agar menjadi insan yang berwawasan, dinamik dan berguna kepada nusa dan bangsa.

Comments

Popular Posts