Puteri Sarah Berhijab



Pelakon cantik, Puteri Sarah kini dalam proses untuk berhijab. Sudah pasti ramai yang gembira dengan berita ini dan dia sendiri menerima banyak respon positif tentang perubahannya itu, namun sejujurnya Puteri Sarah masih lagi belum sepenuhnya berhijab kerana dia masih dalam proses untuk memotivasikan diri terus berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.
Disamping itu, Puteri Sarah juga kini turut mendalami ilmu agama dengan mengikut ibubapanya ke ceramah-ceramah agama dan meletakkan azam baru 2013 untuk mencukupkan solat 5 waktu. Dalam erti kata lain, Puteri Sarah sedang belajar selangkah demi selangkah untuk berhijrah kearah yang lebih baik dan diredhai Allah.
Puteri Sarah menafikan bahawa dia bertudung atas dasar berfashion ataupun mengikut ‘trend’ masa kini tetapi kesederan untuk bertudung adalah datang dari hatinya sendiri dan juga dorongan daripada kedua ibubapanya.Puteri Sarah menafikan bahawa dia bertudung atas dasar berfashion ataupun mengikut ‘trend’ masa kini tetapi kesederan untuk bertudung adalah datang dari hatinya sendiri dan juga dorongan daripada kedua ibubapanya.

>Kami turut gembira dengan perubahan pada Puteri Sarah. Sejujurnya Puteri Sarah nampak cantik dan manis wajah. Sejuk mata memandang.<

sumber dari laman web yang lain

Comments

Popular Posts