Asal Usul Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom

Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom, Sungai Petani bermula sebagai sekolah lelaki telah mula dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1963 dan mula dibuka untuk pengambilan pelajar pertamanya pada 12 januari 1964. Lokasi kawasan sekolah terletak di satu kawasan bekas ladang getah seluas 15 ekar dengan No. Lot 196, Mukim Sungai Pasir, Daerah Kuala Muda, Kedah. Sekolah ini dibina berdekatan dengan jalanraya utama Sungai Petani – Butterworth iaitu lebih kurang 2 ½ km ke selatan Pekan Sungai Petani.


Pada ketika itu sekolah ini telah diberi nama Sekolah lanjutan Kampung yang merupakan sebuah sekolah kemahiran pertukangan bagi murid – murid yang gagal ke tinkatan satu akedemik biasa. Di sini murid – murid di ajar bertukang besi, kayu dan binaan daripada bahan bata dan simen. Semua pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki tinggal di asrama sekolah. Pada awal tahun 1965, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Bakar Arang. Jumlah pelajarnya bertambah dengan kemasukan pelajar lelaki dan perempuan yang mengikuti sekolah aneka jurusan dalam aliran Bahasa Inggeris.

Pada 1967 sekolah ini bertukar nama dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Che Tom. Semua pelajar adalah pelajar perempuan. Pelajar lelaki telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Batu Dua dan Sekolah Menengah Khir Johari. Nama sekolah Che Tom adalah sempena nama Puan Sri Che Tom Abd. Rahman isteri Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Yang Berhormat Dr. Mohd Khir Johari Al-Haj.
Mulai tahun 1967 juga aliran Sains Tulen telah diwujudkan untuk pelajar tingkatan 4. Di samping itu pada tahun yang sama Kementerian Pelajaran telah mewujudkan bahagian Pendidikan Vokasional dan SMCT dikenali dengan nama Sekolah Menengah Che Tom (Vokasional).

Bahagian vokaional ini menempatkan pelajar – pelajarnya yang kebanyakannya gagal dalam Peperiksaan SRP dan pelajar diberi pelajaran pratikal dan teori dalam bidang masak- memasak, dobi mendobi dan solekan. Pelajarnya pula tidak terhad kepada pelajar negeri kedah sahaja malah datang dari seluruh Negara. Walaupun bahagian vokasional sebuah sekolah yang tersendiri, tetapi pentadbirannya adalah satu iaitu dibawah seorang Pengetua yang sama dengan SMCT. Sekolah aliran Vokasional ini menempatkan murid – murid tingkatan empat dan lima yang akan mengambil peperiksaan  SPM(V) pada akhir pengajian mereka.
Sekolah Menengah Che Tom ini telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran Yang Berhormat Dr. Mohd. Khir Johari Al-Haj pada 3 haribulan Oktober 1968. Pada asalnya sekolah ini beroperasi sebagai sekolah satu sesi sahaja. Berikutan penambahan bilangan pelajar, maka sesi petang dimulakan pada tahun 1975. Pada tahun 1996 sekolah aliran vokasional telah ditamatkan. Kumpulan pelajar terakhir yang mengambil SPMV ialah pelajar tahun 1995. Mulai 1996 SMCT menjadi sebuah sekolah aliran akademik sepenuhnya. Pada tahun ini  juga 2 kelas aliran agama tingkatan satu diwujudkan. Kelas ini dibuka untuk pelajar – pelajar perempuan islam yang mendapat keputusan yang baik dalam UPSR dan lulus pemilihan yang dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Kelas aliran agama ditawarkan setakat tingkatan tiga sahaja.
Pada tahun 1996, nama SMCT telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom(SMKCT) mengikut arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
*dipetik daripada majalah sekolah
#love Smkct. 7 tahun setia bersama.#
 

Comments

Popular Posts