Guru SMK Che Tom.

Sempena Hari Guru. Apa yang aku nak ceritakan bukan kutuk akan cikgu – cikgu aku, malah bangga kerana mempunyai cikgu yang gigih seperti mereka. Aku juga bukan ingin hendak memuji tetapi aku ingin mencoretkan apa yang diperhati.  Tambahan pula, pengetua kami Pn. Jamnah Pairan yang dikenali mama seorang yang sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang cermelang.  Dia sentiasa mempunyai strategi untuk mendidik anak muridnya dari segi akedemik, sahsiah dan jati diri. Misalnya aktiviti kerohanian yang berlangsung setiap awal atau akhir waktu persekolahan. Kami akan solat zohor berjemaah dan setiap pagi kami akan membaca al-quran bersama- sama. Hal ini demikian, ia merupakan salah satu strategi mama untuk mendidik kami semua dari segi sahsiah dan membentuk jati diri. Kadang kala aku kehairanan apabila melihat mama sentiasa bertenaga untuk melaksanakan kerja walaupun usianya sudah 53 tahun berbanding aku yang 19 tahun. Hemm???
Cikgu bukan sahaja guru malah mereka juga seperti ibu bapa atau sahabat. Setiap kali pelajar mula putus asa, cikgu kami pasti akan memberi semangat untuk bangkit. Apa yang aku nampak dalam pemerhatian aku lagi, guru – guru kami rajin mengadakan kelas tambahan. Beritahu sahaja bila dan dimana pasti cikgu akan mengajar jika mempunyai masa yang terluang. Jika ada PBS atau kerja kursus, pasti mereka akan membantu sehingga pelajar mereka dapat markah sebanyak mungkin.
Hendak menulis lagi rasanya sudah cukup. Jika lebih nanti dikatakan kaki memuji. Tetapi aku bukan memuji cuma melihat melalui mata sendiri. Banyak lagi pekara yang membuatkan aku rasa bangga dengan cikgu. Terima kasih Cikgu…
 

Comments

Popular Posts