Pengajian Am Penggal 3: Bab 2 Hubungan Diplomatik

Assalamualaikum My Yayang Semua.... Jangan lupa follow insta saya ye @wanie_zuridi

2.1 DASAR LUAR NEGARA

-Merupakan alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain.
- Melalui dasar luar negara, Malaysia menyatakan pendirian berhubung dengan sesuatu isu yang beraku di sempadan negara mahupun negara lain yang jauh.
-Tujuan dasar luar negara ialah melindungi dan memajukan kepentingan - kepentingan nasional iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
-Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam dasar luar sesebuah negara:

a.Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana - mana negara dalam membuat keputusan.
b. Dasar luar boleh berbentuk pemecilan atau pengasingan.
c.  Dasar luar boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar.

2.2 FAKTOR - FAKTOR DASAR LUAR

-Faktor dalam penentuan dasar luar negara
 >Kepentingan Nasional- Malaysia mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari luar.
 >Piagam Bangsa - bangsa Besatu(PBB)- Malaysia berpegang teguh pada prinsip Piagam Bangsa -
   bangsa bersatu seperti memelihara hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan mengembangkan
   ekonomi dan sosial.
 >Kedudukan geografi- kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan dirantau Asia- Pasifik
 >Islam- Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)
 >Bekas Jajahan Britsh - malaysia anggota Komanwel dan masih meneruskan hubungan dengan British dan lain-lain kecuali Australia dan New zealand.
 >Dasar Berkecuali - Malaysia ingin mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

2.3 PRINSIP DASAR LUAR

- Prinisp dasar luar Malaysia:
> Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara lain.
> Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.
> Malaysia mengamalkan prisip penyelesaian dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational)

-Objektif dasar luar negara Malaysia:
> menjamin keselamatan rakyat dan negara.
>memelihara kepentingan nasonal dan mengekalkan kedaulatan negara.
>mengalakan pembangunan dan kemajuan ekonomi
>mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
>mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah.

2.4 PENGLIBATAN MALAYSIA DI ARENA ANTARABANGSA

-Bidang Ekonomi
>malaysia melaksanakan dasar ekonomi terbuka dan bergantung kepada perdagangan.
>Malaysia turut serta secara aktif dalam beberapa forum dan pertubuhan, antaranya ASEAN, dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC), Mesyuarat Asia -Eropah(ASEM).
>membuka perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknkal Malaysia (MTCP).

-Politik
>Malaysia menyertai Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu(PBB)
>Sumbangan Malaysia melalui PBB:
a.menyelesaikan konflik antarabangsa
b. menyelesaikan masalah Palestine iaitu dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa

-Isu ALam Sekitar
>Malaysia amat komited dalam isu penjagaan alam sekitar seperti isu- isu seperti perubahan iklim, kepelbagaian biologi, bahan kimia, lapisan ozon dan sebagainya.



Comments

Popular Posts