Tips Menghadapi Peperiksaan ✿乂◕‿◕乂

Beberapa  Hari  Sebelum  Peperiksaan ◕‿◕
-       Tidak lagi menonton TV atau membaca bahan yang tidak berkaitan dengan peperiksaan.
-       Tenangkan fikiran dengan mendekati Allah
-       Tidak dipengaruhi oleh kawan – kawan untuk melakukan aktiviti tidak berfaedah.
-       Lekatkan jadual peperiksaan dekat rumah, dan tandakan dengan jelas kertas yang akan diambil, supaya ahli keluarga boleh mengigatkan anda mengenainya.
Malam Sebelum Peperiksaan ◕‿◕
-       Tidur lebih awal supaya boleh bangun awal.
-       Elakkan menonton televisyen
-       Pada sebelah malam memadai sekadar melihat secara kasar nota ringkas peperiksaan yang akan diambil esok.
-       Elakkan makan terlalu banyak pada waktu malam, elakkan makanan yang berminyak.
-       Seelok-eloknya minum sedikit minuman panas sebelum tidur.
-       Siapkan segala peralatan untuk digunakan dalam peperiksaan dengan lengkap dan sedia untuk digunakan.
-       Siapkan pakaian dan kasut sekolah.
Pagi Hari Peperiksaan ◕‿◕
-       Bangun awal pagi dan solat subuh.
-       Ambil sarapan pagi.
-       Selesaikan segala “aktiviti peribadi” di rumah.
-       Jangan lupa bawa kad pengenalan dan alat tulis.
-       Jangan lupa bawa slip peperiksaan.
-       Pastikan tiba lebih awal ke tempat peperiksaan.
-       Sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan, lihat sepintas lalu nota ringkas.
-       Elakkan perbincangan akhir dengan kawan
-       Berdoalah agar dilapangkan pintu ilmu dan diterangkan hati untuk menjawab.
-       Bawa bekalan air & makanan (roti atau bekalan lain yang mudah dibawa lain yang mudah di bawa) sekiranya peperiksaan berlanjutan hingga ke tengah hari.
Di Dewan Peperiksaan ◕‿◕
-       Berjalan dengan tenang ke meja anda dan berdoa sebaik sahaja duduk di kerusi anda.
-       Baca dan fahami arahan dengan betul.
-       Bahagikan masa dengan baik agar tidak tertumpu pada soalan sahaja.
-       Buat rangka jawapan secara kasar dahulu ( bagi esei)
-       Menulis dengan jelas dan mudah dibaca.
-       Menjawab dengan ringkas, padat dan tidak terbelit – belit.
Tamat Peperiksaan ◕‿◕
-       jangan sesekali berbincang dengan jawapan yang telah anda atau rakan anda jawapkan.
-       Tugas anda seterusnya ialah bersedia untuk kertas peperikaan seterusnya.
*fasya harap dengan tips ni membuatkan adik – adik atau kawan yang bakal menduduki peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM dengan tenang dan lebih bersedia. Semoga Berjaya menduduki peperiksaan. Bye. Assalamualaikum

Comments

Popular Posts