Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Cerita Hantu 2: sahabatku namun bukan sahabatku.

cerita hantu kali ini yang aku ingin cerita bukannya rekaan namun sumpah tidak berbohong. hanya Allah sahaja mengetahui kebenaran cerita ini.Kejadian ini baru berlaku dalam 2 minggu yang lalu. Aku terpaksa menrahsiakan nama sekolah yang berlaku kejadian tersebut.
Petang itu aku dan dua orang sahabat terpaksa pulang lewat kerana ingin menyiapkan kertas kerja. Selepas mesyuarat persatuan kami pulang ke kelas bagi menyiapkan tugasan. Kami hanya berbual tentang isu di dalam sekolah. Satu demi persatu aku menyuarakan ketidakpuasan hati ekoran isu tersebut sambil menyiapkan tugasan.
Haiss...mengeluh aku seketika. Kepenatan mula melanda. Aku melihat jam di tangan. Alamak hampir pukul 5.00 petang. Aku mengingati semula pesanan ibuku agar pulang sebelum pukul  5.30.
       “weii aku rasa nak balik lebih awal sebab mak aku cakap, aku kena pulang sebelum petang sebab selepas ini mak aku nak ambil adik aku pulang dari sekolah.” kata aku sambil menyiapkan kertas kerja dengan tergesa-gesa.
       “Eh..tak apa. Kami boleh siapkan kerja ni. Hang balik la dulu. Kesian dekat mak hang sebab tunggu hang.” Balas semula sahabatku.
       Namun aku melenggahkan masa beberapa minit agar kertas kerja benar benar siap. Tepat jam 5.15 petang, aku mengemaskan barang dan berjalan pulang. Dua orang sahabatku lagi masih menyambung semula menyiapkan kertas kerja.
       Semasa dalam perjalanan pulang, aku terjumpa cikgu yang berada di keretanya yang berwarna hitam. Sewaktu itu, hatiku terdetik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati yang ada di fikiran. Hampir menjerit juga cikgu itu kerana terkejut kemunculan aku dibelakangnya secara tiba tiba. Aku berbual dengan cikgu tentang isu yang berlaku disekolah.
       Lima minit kemudian, aku melihat dua orang sahabat yang ada bersama aku di dalam kelas sebentar tadi sudah pun berada di pintu pagar. Mungkin mereka mahu pulang agaknya. Sambil aku berbual dengan cikgu, mata aku ligat melihat mereka berdua.
 Kenapa mereka tidak melihat aku? Bukan jauh pun. Kenapa mereka tidak menegur aku? Mereka sudah siapkan kerja? Dimanakah beg izzwa? Kenapa badan najlaa agak bongkok? Kenapa mereka menggunakan jalan jauh untuk ke pintu pagar? Apa yang aku tahu, najlaa sering mengajak aku menggunakan jalan pintas untuk ke pintu pagar. Satu demi satu persoalan bermain di fikiran.
Ketika itu aku melihat najlaa seperti memberitahu sesuatu dengan bersungguh sungguh dan izzwa hanya mendengar. Selepas aku melihat ibuku di luar pagar. Aku mengundur diri untuk pulang. Ketika aku ingin keluar dari pagar, hatiku tidak terdetik langsung untuk menegur mereka. Entah kenapa?
Keesokannya, aku ke sekolah dan memberitahu aku telah menyuarakan ketidakpuasan hati.
“Apa yang hangpa nampak semalam, jangan salah faham. Aku tak mengadu apa-apa, Cuma meminta maaf atas kesilapan yang sudah berlaku.”
Mereka seolah-olah tidak mengerti apa yang aku katakan. Aku menjelaskan semula. Namun ada sesuatu yang mengejutkan aku. Mereka kata yang mereka pulang jam 6. 30 petang bukan 5.30 petang. Aku terkejut. Pada mulanya aku katakan yang mereka berbohong namun aku percaya mereka jujur dari riak wajah.
Sewaktu itu aku rasa mahu menagis kerana takut. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang sudah berlaku. Patutlah banyak persoalan yang bermain di fikiran. Jika sebenarnya, mereka berdua pasti menggunakan jalan yang sama aku gunakan. Mereka pasti menegur aku dan apabila aku bertanya mengapa izzwa yang aku nampak semalam tidak membawa beg, izzwa membalas “di dalam beg itu ada telekung.” Sememangnya aku tidak percaya sahabatku namun bukan sahabatku.
Post a Comment