Kesan Penggunaan Dialek
Kesan positif
kesan positif daripada penggunaan dialek ialah bahasa
tersebut dapat memudahkan komunikasi antara penduduk sesetempat. Oleh itu, semasa
berkomunikasi, mereka akan mewujudkan kemesraan sesama mereka.Hubungan antara
mereka menjadi lebih erat, berasa tenang dan berhibur apabila mereka
berkomunikasi antara satu sama lain.
Kesan negatif.
Penggunaan dialek oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu juga merupakan penyebab berlakunya pencemaran bahasa
ini. Mengikut Kamus Dewan, dialek bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan
dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa
standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Penggunaan dialek
ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan
mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa
penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan
oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan
situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa disedari sikap ambil
mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para
pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang
jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor,
pemimpin politik dan sebagainya. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh
perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan
penggunaan bahasa yang betul.
Di samping itu, penggunaan dialek dapat menjadikan mutu
Bahasa Melayu dalam lisan dan tulisan akan merosot. Pengunaan Bahasa Dialek
boleh mempengaruhi penulisan dan lisan tanpa disedari. Contohnya,keracunan
bahasa dapat kita lihat dan dibaca saban hari di majalah, rancangan-rancangan
yang disiarkan di televisyen yang telah dicampuradukkan pengunaan dengan
kata-kata lain yang tidak sesuai. Hal ini menyebabkan mutu dan nilai Bahasa
Melayu semakin merosot. Kesilapan ini boleh merobah makna dalam sesuatu ayat
jika tidak dititikberatkan dan diambil perhatian yang khusus. Maka sudah tentu
mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot. Para pelajar akan turut
terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan
dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti
penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita
sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar.
Selain itu, kedudukan bagi Bahasa Melayu turut tergugat.
Dasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan
Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi pengunaan bahasa dialek tidak
dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan
memudaratkan pengguna dan nilai Bahasa Melayu. Selain itu, pengpgunaan
dialek Utara juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan, maka Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua
sekolah. Penggunaan bahasa dialek seperti dialek Utara dalam perbualan harian
secara tidak langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini.
Masalah pembinaan masyarakat berwawasan merupakan implikasi
yang timbul disebabkan oleh penggunaan dialek. Keracunan dalam penyampaian dan
pengunaan laras bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa yang tidak sesuai
dalam konteks pengunaan yang semakin setara sudah semestinya tidak akan dapat
membina minda masyarakat untuk maju dan mengejar kemajuan.
Penggunaan
bahasa dialek Utara sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu
kerana dengan penggunaan bahasa dialek tersebut di dalam kehidupan seharian,
pengguna bahasa Melayu sukar untuk menggunakan dan membandingkan bahasa baku
yang betul atau sebaliknya. Kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah kegagalan
mereka mengenali perbezaan antara bunyi e dan e (schwa) semasa membaca dan
menulis (Abdullah Hassan, 1980: 28). Perbezaan antara sepak dan sepak adalah
jauh berbeza. Kebanyakan penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau
lelangit ng dengan tepat. Oleh sebab, ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang
maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Penutur Melayu juga sering kali
melakukan kesalahan yang sama. Contohnya, kesalahan dalam membunyikan
huruf-huruf yang gabung ny diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti
ni-a-muk atau n-ya-muk sepatutnya dibunyikan nya-muk.
Dialek
Utara lebih digunakan dalam percakapan
seharian. Justeru itu, orang Melayu sering menggunakan bahasa dialek semasa
berkomunikasi dengan kaum lain. Contohnya, ketika berkomunikasi di pasar. Orang
Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali
sebagai dialek. Tindakan ini menyebabkan kaum lain meniru percakapan yang
diucapkan oleh orang Melayu yang menjadi model kepada bahasa Melayu. Ini
menyebabkan penggunaan bahasa baku yang betul dan tepat sukar dilaksanakan.
Walau
bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin kurang
penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah
tercemar disebabkan oleh wujudnya bahasa dialek yang menunjukan sesuatu negeri
atau daerah. Bahasa Melayu yang indah kian dilupakan oleh generasi-generasi
pada zaman ini, khususnya generasi muda. Dengan menggunakan bahasa dialek,
mereka berfikir lebih untuk bekomunikasi. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka
ini akan menyebabkan mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting,
iaitu Bahasa Melayu.
Comments