♥ OMM: Oh My Muet .....✔

 
Hari Khamis bersamaan 4/7/2013 adalah hari yang paling fasya nanti2kan untuk berlalu pergi..Nak tahu kenapa? Hari tersebut fasya akan menduduki paper muet untuk speaking. 
Awal pagi fasya rasa sakit kepala. Macam nak pecah kepala ni..Tetapi Fasya tetap pergi kerana tak nak rugi RM 101.00..

Selepas cikgu memanggil kami yang merupakan sidang 1, kami di kuarantin di dalam satu bilik..Selepas mendengar penerangan, masing2 muka pucat nak menunggu giliran. Ada yang berlatih dan ada yang berborak. Satu demi satu kumpulan dipanggil. Kumpulan fasya yang ke 3.. .
Loceng berbunyi menandakan giliran kami..

Kami meletakkan barang di hujung kelas dan ketika itulah perasaan gemuruh yang boleh memecahkan termometer melanda... Jantung berdetak kuat tak berhenti..tenang2.... Tarik nafas dan lepas... Semasa dia memberi penerangan, fasya mlihat soalan yang sudah sedia ada di atas meja... Mak oiii Boleh tahan susah juga..

Fasya merupakan candidate D... Bila giliran bertanya, kami menanyakan sebanyak mungkin..Ye la, masa tu la nak cari isi..2 minit untuk mencari isi dan 2 minit untuk bercakap secara individu, manakala bercakap secara kumpulan 2 minit untuk mencari isi dan 10 minit untuk bercakap...

Selalunya kalau bahagian bercakap secara kumpulan tak lah takut sangat. Habis2 je peperiksaan muet, rasa macam keluar penyakit huhu...seronok sangat...

Untuk bakal2 yang akan ambil MUET, buat persiapan awal tau.. Good Luck in Your Muet.....



Comments

Popular Posts