Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Yeah!! Ramadhan dah Tiba...❀❀

Assalamualaikum.. Sebenarnya fasya nak cerita tentang puasa sebab hari ni adalah hari puasa yang pertama bagi tahun 2013.  puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari. 

Korang yang baca ni, puasa tak hari ni?? Alhamduillah...Bagus2..
Sebenarnya puasa ni bagus. Bukan sahaja dapat beribadah kepada Allah, malah dapat menyihatkan tubuh badan. Yela...selalunya bila tak puasa, kita asyik makannnnn je.. Sekali sekala kasi la usus perut tu nak holiday juga daripada asyik memproses apa yang kita makan.

Tapi apa yang fasya nak cakap sebenarnya, puasa ni bukan sahaja tak boleh makan tetapi puasa dari segi anggota badan. Nak tahu anggota badan yang mana telibat??

1. Mata  ◕‿◕
Mata ni sebenarnya penting ooo...Maksud mata yang berpuasa ialah melihat benda yang halal bukannya yang haram..Oocehh, fasya dah macam ustazah la pula..hehe..Benda yang halal ni seperti baca al quran atau membaca ilmiah. Bukan melihat gambar yang ehem..ehem.. Faham sendiri lah ye..

2.Telinga.
Telinga ni sama la macam mata. Dengar benda yang halal sahaja. Kalau ada orang mengumpat atau bergosip, jangan join.. Walaupun kita tidak mengumpat sekali tetapi apa yang kita dengar boleh membawa dosa juga tau.. Cuba dengar orang mengaji atau lagu nasyid...Sejuk hati..

3. Tangan
Time2 bulan ramadhan yang mulia ni, tak usahla nak gatal tangan mengambil benda hak orang lain a.k.a. mencuri. Tak baik !!. potong tangan baru tau.. Fasya ada satu benda nak kongsi.. Selalunya kalau kita nak pinjam pen dan lain2 lagi yang sama dengan waktunya, mesti sesetengah ada yang cakap macam ni..
" peah,, pinjam pen kau jap"
Sebenarnya dakwat yang kita gunakan adalah pinjaman. Oleh itu, kenalah bagi balik. Tak bagi kena tanggung di akhirat. Lepas ni guna ayat macam ni..
" boleh aku gunakan pen kau?"
 Untuk adik2 dan abang2, jaga ye tangan tu daripada bermain mercun.. daripada nak puasa tangan tak pasal2 tak ada tangan..

 4. Mulut
Mulut bukan sahaja tahan daripada makan sehingga terbenam matahari, malah banyak lagi iaitu jangan berbohong, mengumpat, menfitnah dan sebagainya.. Tak baik oooo....

5. Kaki 
Bila bulan ramadhan ni duduk je dekat rumah tak pun pergi masjid atau majlis ilmu. Jangan pergi ke tempat yang bermaksiat tau..INGAT!!! eeceh... Macam Upin dan Ipin la pula...

haha..Itu je yang fasya nak kongsi..Wah seronok sangat bila bulan Ramadhan ni. Bulan ni tak sama tau dengan bulan2 yang lain. Banyak lagi yang fasya nak cakap tapi kebas pula kaki ni...hemm..apa2 pn terima kasih tau kerana membaca..komen la kalau sudi...assalamualaikum..


Post a Comment