Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

cErITaKu...di Syawal yang mulia...

Assalamualaikum dan salam dari blog untuk anda semua.. Raya pun dah jelma.. bagi wanita, kalau tak ada satu set pakaian raya maka tak lengkap untuk sambut hari raya, right?..haha..fasya pun sama juga..tapi pagi syawal, fasya sibuk sangat...mahunya tak pagi tu baru nak susun kuih dalam bekas, pasang permaidani..Bukan tak nak buat awal, cuma malam raya tu rasa tak larat sangat2..Nasib baik dah masak rendang daging dan rebus ketupat..kalau tak boleh pengsan fasya >_<..
That's my pakaian raya...huhu

Ok berbalik semula..Actually, fasya excited nak jumpa cousin fasya..haha rindu sangat...lepas2 raya pekara yang wajib adalah bersalaman memohon maaf seisi keluarga..yang ini agak leceh(bahasa Utara) sikit...
 AHHH...Poyo =P

Al- maklumlah time tu nak drama, menitis air mata pula habis cair bedak 5 inci... i just kidding..hehe..Lepas tu, kami plan nak ke rumah tok fasya kejap...Dekat situ lah kami semua akan berkumpul..Chupp!! lupa pula..Kita ambil gambar dulu sebagai kenang-kenangan...^_^
first, ambil gambar biasa2 dulu..

second, ambil gambar tanda Peace..

lastly, ambil gambar gilerrr2...haha *_^

Rumah tok fasya tak lah jauh mana pun, just selang 4 buah rumah dari rumah fasya..so kami semua pun ambil keputusan berjalan kaki untuk ke rumah tok fasya...Sampai di sana,apa lagi bersalam, berborak, bertanya khabar dan macam2 lagi..fasya apa lagi berkepit la dengan cousin fasya...
Ini lah cousin fasya..

Tup tup....dengar budak bagi salam..."Assalamualaikum......."..punya la panjang harkat salam dia..ni mesti nak kutip duit raya..Mak Oii bukan main lagi ramai yang datang..dah macam satu tadika.
Meriah kan...

mereka ni datang tak lama pun dalam 5 minit macam tu aje..ada yang makan kuih dan ada yang tak makan kuih..Niat dalam hati ada 1 je, nak kutip duit raya..APA?? tak caya..cuba tengok gambar bawah ni..
time to get duit raya!!!

lepas dah penat berborak kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah jiran2 tetangga.. termasuklah fasya..Penat oii...tapi bukan penat sebab berjalan, sebab makan..Alhamduillah.. Satu demi satu rumah yang fasya kunjungi...daripada makan bihun sup, ketupat, laksa, char koey teow dan lain2 lagi..
Sampai lah petang, baru kami pulang...

Ok, itu lah cerita di syawal yang mulia fasya nak kongsikan..Raya pun raya juga, jangan pula lupa nak solat..bye..assalamualaikum...
Post a Comment