Angkara Makan Dalam Kelas..

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua...>.<...Hari ni memang nasib malang yang dibuat sendiri.. Selepas kelas Pengajian Perniagaan, disusuli dengan kelas Bahasa Melayu... Nak tunggu cikgu BM datang apalagi, kami teruskan dengan hobi harian iaitu makan di dalam kelas... Tambahan pula, ada sorang ni tauke makanan ringan... semakin giat kami menjalankan aktiviti...

Sedang asyik makan bersama - sama tak kira apa bangsa, cikgu kesayangan kami masuk dalam kelas... First memang muka cuak, tapi kami cuba cover macam tak ada apa - apa ( dalam cara tersenyum sipu)... Tapi cikgu ni bijak...dia dapat mengesan... Apa lagi, cikgu tu pun cakap " Masuk kelas ni macam masuk dapur je."....Tersirat tu....

Kalau makan tak minum air maka tak lengkap la...Hampir tercekik fasya sebab tak minum air...Dalam 3, 4 orang minum air...Apa lagi, hangat la cikgu tu...Hahaha...Nakal betul kami...

Cikgu tu pun keluar kelas dan memanggil pelajar arus perdana untuk meminta tolong..Kami semua hairan....Rupa -rupanya cikgu tu minta pelajar untuk ambil bekal makanan dan minuman kepunyaannya...Biar betol..... Kami semua ketawa berdekah - dekah (Kalah Tengok Raja lawak)... Cikgu tu siap menayang lagi bekalan di atas meja... Malu balik ooo... Tapi last sekali cikgu tu tak makan depan kami...Tapi banyak pengajaran yang kami dapat.. Hehehe...>_< Maaf ye cikgu...Sayang Cikgu...





Comments

Popular Posts