Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

iklan

Bila Cuti Pasti Ada Lukisan


Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua. Setiap hari jumaat dan sabtu adalah hari cuti. Tapi kadang kala bosan juga dekat rumah. Fasya bukan orang yang suka berjalan ke sana - sini. Just spend time at home. Untuk menghabiskan sisa kebosanan, fasya akan melukis- lukisan yang pelik atau nama saintifiknya "tak cantik."
Fasya lebih gemar melukis mata orang. Hampir keseluruhan bilik fasya dipenuhi dengan lukisan mata orang. Yang lain ialah lukisan permandangan. Mak fasya pun sudah mengeluh apabila tengok lukisan mata orang. Tapi entahlah, fasya rasa tenang sangat bila tengok lukisan mata orang. Hahaha...gilerrr betol..

Lukisan ini dilukis mengikut mood situasi. Kalau marah, jadi lah lukisan yang berunsur marah. Pak cik Google la menjadi sumber ilham fasya untuk melukis. Fasya sertakan lukisan mata orang yang tak berapa cantik ni. Lukisan permandangan lain hari la ye..




Itu saja sebahagian lukisan yang fasya nak tunjukkan. Tak cantik pon...Janji puas hati...Betul tak? Assalamualaikum.......
Post a Comment