Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Kajian: Gaya Kepimpinan Kontigensi di Jabatan Pengairan dan Saliran

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua....

Karangan ini sebagai panduan anda dalam kajian.


Gaya kepimpinan atau autocratic leadership style merupakan satu kaedah atau cara yang digunakan oleh pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerja.   Gaya kepimpinan terdiri daripada 4 gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez – Faire dan kontigensi.  Di dalam organigayasasi Jabatan Pengairan dan Saliran   terdapat gaya kepimpinan kontigensi.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan kontigensi ini akan mengambil kira tentang faktor ciri – ciri pemimpin dan faktor situasi.  Terdapat beberapa penjelasan yang berkaitan dengan kepimpinan kontigensi iaitu Model Kepimpinan Fiedler (1967) dan Teori Matlamat Laluan (Path – Goal Theory yang dikembangkan oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971).
Teori atau model kontingensi (Fiedler, 1967) sering disebut teori situasi kerana teori ini mengemukakan kepimpinan yang bergantung pada situasi.  Model atau teori kontingensi Fiedler melihat bahawa kumpulan berkesan bergantung pada keserasian antara gaya pemimpin yang berinteraksi dengan subordinatnya sehingga situasi menjadi  berpengaruh terhadap pemimpin.

Model kepemimpinan kontingensi mengfokuskan perhatian yang lebih luas, iaitu pada aspek-aspek yang berkaitan antara keadaan atau perubahan situasi dengan watak atau tingkah laku dan kriteria prestasi pemimpin (Hoy and Miskel 1987).  Model kepemimpinan Fiedler (1967) disebut sebagai model kontingensi kerana model tersebut dianggap bahawa sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang  bergantung, pada cara atau gaya kepimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the favourableness of the situation) yang dihadapinya.
Menurut Fiedler, ada tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan ketiga faktor ini selanjutnya mempengaruhi keberkesanan pemimpin. Ketiga-tiga faktor tersebut adalah hubungan antara pemimpin dan anggota (leader-member relations), struktur tugas (the task structure) dan posisi kuasa.
Hubungan antara pemimpin dan anggotanya menjelaskan sejauh mana pemimpin itu dipercayai dan disukai oleh anggotanya, dan kemahuan untuk mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pemimpin tersebut.  Sebagai contoh, pengurus mewujudkan hubungan yang baik dengan pekerja bawahan supaya kumpulan yang terlibat dapat bekerjasama, mematuhi dan taat setia kepada beliau.  Menurut  temu bual yang dijalankan, saya mengetahui bahawa pengurus mengamalkan sikap berkerja dalam satu keluarga.  Justeru, hubungan yang terjalin dapat membantu pekerja bawahan dalam memikul tanggungjawab bagi mencapai matlamt yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
Struktur tugas menjelaskan tugas-tugas dalam organisasi ditakrifkan secara jelas dan definisi tugas-tugas tersebut dilengkapi dengan arahan yang terperinci dan prosedur yang baku.  Struktur tugas juga merupakan senarai tugas yang dilaksanakan oleh pekerja.  Misalnya, senarai tugas yang diberikan oleh pengurus setelah mengadakan mesyuarat pada pekerja bawahannya, haruslah jelas dan mudah difahami supaya pekerja dapat meningkatkan kualiti kerja dan daya pengeluaran.
Posisi kuasa menjelaskan kekuatan atau kekuasaan yang dimiliki oleh pemimpin kerana kedudukannya ditetapkan dalam organisasi nilai dari tugas-tugas mereka masing-masing.  Posisi kuasa juga menjelaskan pemimpin menggunakan pihak berkuasa dalam memberikan hukuman kepada pekerja, memberi ganjaran,  penghargaan dan penurunan pangkat (demotions).  Sebagai bukti pengurus sebagai pemimpin yang berwibawa, kedudukan kuasa di dalam organisasi perlulah jelas mengikut kedudukan kuasa yang termaktub di dalam organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran.
Teori Path-Goal ini telah diasaskan oleh Robert J. House pada tahun 1971 dan dikembangkan oleh T.R Mitchell tiga tahun kemudian.  Pada asalnya teori ini dibentuk bagi menyokong Teori Kontigensi yang pernah diperkenalkan oleh Fiedler pada tahun 1967.  Teori Path-Goal merupakan salah satu teori kepimpinan yang sangat terkenal dan telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.
Teori  Jalan Matlamat ini bermaksud bahawa kepimpinan yang baik adalah dengan memberi panduan yang jelas tentang apakah matlamat yang hendak dicapai serta cara yang jelas bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.  Misalnya,  pengurus mengamal kepimpinan sebegini di dalam organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran, ia mampu mempengaruhi secara langsung tingkah laku kerja subordinat untuk bersama-sama pemimpin bagi mencapai matlamat organisasi yang dikehendaki. 
Kepimpinan Path-Goal ini dikelaskan kepada empat iaitu gaya autoritatif, orientasi tugas, menyokong dan penyertaan.  Melalui temu bual ke atas pengurus, saya mengetahui bahawa gaya kepimpinan ini digunakan kerana beliau mengikut situasi yang berbeza apabila elemen-elemen yang dijangkakan memberi kesan terhadap tingkah laku tugas adalah berbeza.  Justeru, gaya kepimpinan ini yang digunakan oleh pengurus di dalam organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran.

 
Post a Comment