Say Hello MIKO....

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua....'Say Hello MIKO'... Ini lah kura - kura kesayangan fasya yang bernama MIKO...Sebenarnya fasya memang minat nak membela kura - kura. Dulu fasya berniat kalau dapat bela kura - kura, fasya nak letak nama MIKO.

Fasya tak beli pun MIKO just jumpa tepi jalan. Ayah fasya yang jumpa MIKO semasa pulang dari mengambil adik fasya..Kesian MIKO yang dihanyutkan air ekoran hujan lebat...Disebabkan fasya yang minat pada kura- kura, maka ayah fasya mengambil keputusan membawa MIKO pulang.

Seperti biasa, fasya yang pulang dari sekolah terkejut melihat makhluk di dalam satu bekas yang diisi sedikit air. "Kura -kura"... Hari pertama MIKO datang, senyap je dia.. Asyik menyorok kepala dalam badan je..Malu, tapi makan kuat..

Sekarang fasya sudah ada teman baru... Lagipun Fasya sudah ada 3 ekor kucing yang bernama comel, cikeding dan perang di tambah lagi MIKO.. lepas ni rasa nak membela binatang apa lagi ye??..Nampaknya, tak lama lagi bilik Fasya bakal menjadi zoo la...hahaha...Assalamualaikum....

Comments

Popular Posts