Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

iklan

Teguhkan Iman, Bagai Genggam Bara Api


Assalamualaikum dan salam  blog untuk anda semua. Tengahari tadi, fasya terjumpa majalah Iman di dalam surau. Nak di pendekkan cerita, fasya membaca satu artikel yang berkaitan teguhkan iman. Menarik betul info yang disampaikan.

Iman boleh bertambah dan berkurang mengikut amalan seseorang itu. Kita tidak mampu menilai tahap iman yang ada pada diri kita, namun kita boleh meningkatkan iman dalam diri. Dengan cara apa? Begini tips yang fasya dapat dari majalah Iman

  • Lawan hawa nafsu
  • Menggosokan hati daripada sifat - sifat tercela seperti angkuh, sombong, tamak, riyak dan sebagainya.
  • Membiasakan diri dengan sifat- sifat terpuji
  • Melahirkan keikhlasan berbakti dan berkorban semata - semata Allah S.W.T
  • Memperbanyakkan amalan - amalan sunat seperti solat sunat, bersedekah, puasa sunat, berzikir dan sebagainya.
  • Bertafakur iaitu memerhatikan tanda - tanda kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T

Tips ni bukan sahaja memperingati anda semua tetapi untuk diri fasya juga supaya kita dapat menjadi orang dalam golongan yang beriman...Amin...Assalamualaikum..

Post a Comment