Terkenang ku Masa daHulu

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua...Pagi tadi fasya kemas bilik (Setelah Sekian Lama Tidak Mengemas) terjumpa satu benda ni... Fasya tengok lama2, baru teringat kenangan dulu..Origami baju yang dibuat oleh adik angkat Fasya...Bila fikir - fikir balik, 3 tahun yang lalu...Lamanya...

Teringat masa fasya kenal dia dulu...Masa tu fasya belajar di tingkatan 4 dan dia tingkatan 1... Fasya sesi pagi dan dia sesi petang. kami guna kelas dan tempat duduk yang sama... Pagi tu fasya terjumpa nota yang ditulis namanya di dalam laci....Fasya ni kan nakal - nakal manja... Fasya pun tulis nama fasya di sebelah namanya...Lepas tu mula la berkawan....Sampai sekarang fasya masih simpan surat dan origami yang dia bagi...

Tapi sedih juga fasya bila dapat tahu yang dia dah pindah sekolah... Fasya harap, fasya masih lagi akan berhubung dengannya walaupun jauh... Betul tak Noor Mustafillah....hehehe....Itu sahaja, Assalamualaikum...


Comments

Popular Posts