Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

iklan

Bahasa Apa Ni ???

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua... ツ

Wah...dah lama tak post dekat blog ni...Biasa la, internet tak boleh guna...Ni semua kes curi kabel la...Haiss apa nak jadi...Kena eletrik time curi kabel baru tahu....Mulut fasya ni!!!...Alamak terbabas dari topik sebenar pula...

Petang tadi, fasya buka facebook... Ada sorang kawan facebook fasya ni hantar chat...Tergangga mulut Fasya apabila membaca ayat chat tersebut... Ayat tu bukan gramatis yang membuatkan Fasya terkejut... tetapi tidak faham sama sekali.... Fasya pun bukannya guna tatabahasa elok pun...Tunggang terbalik...hahaha.... Asalkan faham dan tak bosan...

"cxqm..knpe aw ttp mke aw." Itulah ayat yang ditanya...(kalau siapa - siapa faham, tolong fasya terjemahkan di ruang komen) Hampir setengah jam fasya berfikir apa maksud yang tersirat lagi tersurat... Kata laluan ke?? Rasanya bukan bahasa slanga, bahasa dalam, atau pelbagai lagi bahasa dialek sosial...

Hampir tersembur air teh yang mak Fasya minum... Mahunya tidak, mak dengar fasya baca ayat tu bagai nenek tak ada gigi...Last sekali, fasya ambil keputusan untuk tidak membalas chat dia...Trauma Fasya...

Kesimpulannya, jangan la hantar ayat macam ni pada insan seperti Fasya...

Assalamualaikum...

 
Post a Comment