Gembira Sangat.....

Assalamualaikum dan salam untuk anda semua...

hari ni fasya rasa happy sangat... bukan sebab habis exam(tak exam lagi) tapi cikgu yang kami sayang dah pulang daripada menunaikan haji...Huhu abang haji dah balik....rinduuuu kut... Selama sebulan lebih (hampir 2 bulan) kami terpaksa menjadi anak tiri kepada cikgu kelas lain...

Daripada kelmarin lagi kami tunggu kereta Pegeout warna merah kepunyaan cikgu tu, tapi tak datang lagi...Kecewa pun ada...Hari ni dia datang...Kami pula yang terkejut dengan perubahan pada diri dia... Mahunya tak..berjambang........... Tapi apa pun kami tetap sayang cikgu..

Mula - mula terkejut pun ada.... Lepas tu soalan mula bercambah.... Kami pun mengadu la nasib kami semasa ketiadaan dia... Itu tak puas hati, ini tak puas hati....Cikgu pun ada cerita masa dia di sana... Masa tu fasya nak nangis pun ada sebab terharu...Tengok - tengok kawan fasya yang ada di sebelah dah nangis... Yang bestnya tak lupa juga cikgu membeli buah tangan dari sana untuk kami.... Kurma yang dicelup madu dan ada kacang di dalamnya (entah tak sempat nak tengok namanya)....

Sempat juga kami berborak dan mohon restu sebelum pulang untuk peperiksaan yang tak lama lagi nak menjelma ni....

Sebenarnya kami rindu bila cikgu tak ada dalam kelas (bila ada asyik tidur je)... Kami rindu nak dengar cikgu bercerita tentang isu - isu semasa dan cerita - cerita pelik daripada cikgu,,,, Gaya cikgu bila mengajar dan macam- macam lagi.....



Cikgu kan papa angkat kami semua... ^_^

Comments

Popular Posts