Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

iklan

Mengambil kesempatan.....



Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua  .....

Suspen pula bila tengok tajuk ni.... Wahaha, sapa pula yang mengambil kesempatan ni? Fasya ke orang lain?....




Ceritanya begini.... Sabtu minggu lepas, fasya hangout with kembar lain ibu bapa iaitu mohd ikram... Kami memang berkawan dari kecil lagi... Memang rapat.. But just a friend… Nak letak gambar, dia pula tak kasi...Entah kenapa...Nak dikatakan artis, bukan pun.... Maybe banyak scandal kut… Firstly, kami keluar ke tesco... just for window shopping... At the same time, fasya nak cari baju tradisional moden.... Mana nak tahu nasib terjumpa baju kurung cantik2 yang murah sebab bulan depan fasya perlu hadir ke majlis pepisahan Pra-U...

Bila habis menjelajah  je dekat tesco, kami ke pekan lama pula... Ikram nak cari tali pinggang baru... Berhenti pula kami dekat satu kedai pakaian ni....  Langkah je kaki ke dalam kedai tu, mata fasya tertumpu pada baju kurung warna hitam/putih dan purple yang ada dekat hujung kedai.... OMG,,, Cantiknya!!!! Mata fasya dah macam kucing nampak ikan...... ◕‿◕

Bila fasya nak pergi je dekat baju tu, mesti  ikram ni panggil.... nak pilih tali pinggang pun tanya orang,, Nanti fasya pilih yang ada bunga2 baru tau...

"Nak tu...." Fasya pun buat muka jernih nak minta baju tu... Ada pun duit separuh nyawa...Itu pun nak tamak juga....

"Kalau nak, beli lah" Selamba je ikram jawab...
Tak ada perasaan la Ikram ni...Aku nak dia belanja.... Chupp!! Jangan ingat fasya ni kaki kikis tau… Sebenarnya kami memang macam ni, sekejap dia belanja fasya…Nanti2 fasya pula yang belanja dia…

" Tapi tak cukup duit." Sengaja Fasya buat nada suara sedih...

" Tak payah la beli." Ikram  masih membelek tali pingggang yang bakal dibelinya.... haiss,, menyampah betul la ikram ni... Tak pasal2 fasya yang sewel…Kedekut tahi hidung masin (tak tahu pula rasa macam tu)…

"Wani...." Siapa pula yang memanggil fasya ni.. GELUPP!! menelan air liur,, alamak ex fasya pula muncul (nama dirahsiakan)....Terbehenti ikram seketika daripada nak pilih tali pinggang... Terus ikram senyum kambing bila nampak ex fasya...

"Beli apa?" Tanya ex fasya dekat ikram.... Dah tahu nampak pengang tali pinggang, boleh pula dia tanya lagi…

 "Tali pinggang dengan belanja wani untuk beli baju...Baju kurung kan?" Ikram tanya pula pada fasya... fasya mengangguk –anggukkan kepala…Aik, bila pula dia kata nak belanja... Kehairanan melanda..

" Ambil la baju yang ang nak tu..." tegas pula suara ikram... 

"Tapi ada dua... Tak tahu nak pilih yang mana.." Sebenarnya, saja promote dua tu mana nak tahu nasib dapat dua tu sekali… Saja ambil kesempatan ketika dia tengah cemburu…Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari…

"Ambil la dua tu sekali."
Melopong mulut ex fasya.. Over sangat cemburu dia ni….Menyampah pula dengan perangai membe Fasya sorang ni…

Lepas je Fasya ambil dan bawa ke kaunter, terus ikram bayar dan masuk dalam kereta semula.... kenapa dengan dia? Cemburu ek..... Whatever, malas nak layan orang tua sorang ni... Macam budak2….
Fasya pun terpaksa cepat2 mengejar ikram supaya tidak tertinggal.. Bila disiasat, rupanya ex fasya bekas musuh ikram ketika sekolah menengah dahulu…Patutla….. Apa pun thank you for belanja baju ni… tak sngka dapat 2 pula baju….hehehe….


Ps: Terima kasih daun keladi, kalau rajin.. belanja banyak lagi…..hehehe

 balik je terus demam....happy sangat kut dapat baju baru.....hehehe...^_^












Post a Comment