Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Nota Definisi/Maksud Geografi Penggal 3



Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua...^___^

Hari ni terasa pula nak buat nota geografi... Memandangkan saya pernah mengambil subjek Geo, so nak buat nota geo la... Kita selalu pening bila maksud/ definisi sesuatu soalan sentiasa berubah...Dalam buku ni dia kata begini..Buku lain dia kata lain...Kadang kala kita sendiri naik pening yang mana satu betul... So dalam nota kali ni saya nak simpulkan satu sahaja definisi/maksud...

Saya cuma beri maksud yang terlintas dalam otak saya. Kalau ada maksud yang korang tak tahu, just tanya diruang komen. Tanya maksud/definisi geo je... Jangan benda lain...


Maksud Ekosistem

  • hubungan dan interaksi antara komponen biotik iaitu komponen yang hidup seperti pengeluar, pengguna dan pengurai dengan komponen abiotik iaitu komponen bukan hidup seperti tanah, air, mineral dan pelbagai gas.
  • komponen - komponen ini berinteraksi dengan kawasan persekitaran yang mengalirkan tenaga dan nutrien untuk mengekalkan keseimbangan sistem
  • ia bersifat arbitrariyang mempunyai populasi dan komuniti.
Maksud Ekologi
  • Hubungan anatara organisma hidup dengan kawasan persekitaranya,
  • hidupan saling bergantung sesama sendiri dan persekitaran dalam komuniti yang sama atau berlainan.
  • Hidupan (biotik) ini berinteraksi dengan hidupan yang lain di habitatnya dengan bukan hidupan(abiotik) dan persekitarannya.
Maksud Kitaran Nutrien
  • kitaran bahan kimia dalam ekosistem yang lengkap secara berteusan dan kesinambungan antara kitar nutrien dan kitar tenaga seperti kitar oksigen, nitrogen dan karbon
  • bahan yang ada dalam ekosistem akan berkitar dengan kitaran makanan.
  • kitaran makanan dan nutrien akan mencapai keseimbangan utk bentuk kitaran yg stabil melibatkan output bahan yang seimbang dalam ekosistem.
Maksud Hujan Asid
  •   Hujan yg mengandungijumlah tahap keasidan yang tinggi dibawah pH5 yang ada Asid Sulfurik dan Asid Nitrik
  • Bahan tercemar yang ada dlm udara spt krbon dioksida, sulfur dioksida, nitrus dioksida dan lain - lain yg bertindak blas dgn nukleus kondensasi yang menarik wap air ke arahnya menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai air hujan yg berasid
Maksud Pemanasan Global.
  • pemerangkapan haba bumi drp terbebas ke angkasa.
  • terperangkap dan terhalang keluar ke angkasa oleh gas rumah hijau.
  • gas rumah hijau hnya benar bahang matahari tapi menghalang pembebasan semula ke angkasa.
  • cth: Karbon dioksida & karbon monoksida 

Maksud Kemerosotan Kualiti Sumber Air

  • Pencemaran terhadap sumber air bersih seperti sungai,laut, tasik, air hujan dan lain - lain tercemar atau semakin rendah kualitinya.
  • Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadar pencemaran air) boleh diukur melalui pelbagai indikator spt BOD, Ecoli, pH disamping perubahan bau dan warna pada air.
  • Contoh di sungai Gombak, Sungai Kelang dan laut di Selat Melaka.
Maksud Tsunami
  • Perkataan berasal drp Jepun (ombak laut pelabuhan)
  • Gegaran gempa bumi yang berlaku di di dasar lautan menyebabkan ombak besar yang dipanggil Tsunami.
  • Ombak mempunyai kelajuan tinggi dan perlahan apabila menghampiri pantai.(dapat mencapai sehingga 30 meter)
  • Berlaku apabila plat tetonik berselisih dan gegaran menghasilkan gelombang sesimik berbentuk bulat. Hasil tenaga itu akan menyebabkan lapisan kerak bumi bergegar dan menghasilkan ombak besar.
Maksud Pembangunan Lestari
  • Pembangunan yang memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengabaikan potensinya untuk keperluan generasi pada masa akan datang.
  • Prinsip pembangunan yang mengandunkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya kesejahteraan hidup boleh dinikmati oleh semua penduduk.
  • Ditakrifkan sebagai adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar drp musnah.
Maksud Keseimbangan Ekologi
  • Sebuah ekosistem mempunyai keupayaan pemulihan kendiri untuk mencapai keseimbangan dan stabil yg berkekalan.
  • Dapat dicapai melalui keseimbangan inputdan output tenaga untuk menghasilkan kitaran lengkap.
Maksud El Nino
  • Fenomena luar biasa yang berlaku di arus lautan
  • Arus lautan mengalami peningkatan suhu panasmelebihi kebiasaan sehingga 5 c ekoran penumpuaan tenaga matahari.
  • angin lazim akan bawa hujan lebat ke arah timur dan mengalami perubahan suhu dana tekanan udara rendah bertukar menjadi angin panas. 
  • kesannya pemeluwapan tak akan berlaku kerana air laut panas berterusan menyebabkan kawasan asia tenggara mengalami kemarau.
Maksud Penyahutanan.
  • Penghapusan hutan secara besar - besaran
  • dimusnahkan dgn pelbagai cara dan tujuan
  • Utk pembalakan, pembukaan kawasan, petempatan atau projek hidro eletrik
Maksud Aras Trofik
  • Aras makanan dan pemakanan yg ada dlm sesebuah ekosistem secara berurutan.
  • Dibahagiakan mengikut organisma dlm sesebuah ekosistem yg selari dgn fungsi organisma.
  • bermula drp tumbuhan sebagai pengeluar sehingga omnivor sebagai pengguna akhir dan dikenali sebagai piramid ekologi.
Maksud Saling Kebergantungan anatara Sistem
  •  interasksi atau hubungan yang berlaku antara satu sistem dengan sistem yang lain.
  • interaksi yang wujud menyebabkan perubahan dan gangguan alam sekitar fizikal dan manusia.
  • cth: Letusan gunung berapi, lapisan udara berjerebu dan memberikan kesanke atas alam sekitar.
Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan.
  • Pemeliharaan
  1. usaha -usaha menjaga dan mengawasi untuk kekalkan sumber -sumber alam daripada diteroka, dieksploitasi atau dimusnahkan.
  2. Usaha ini dilakukan melalui perundangan.
  • Pemuliharaan
  1. usaha - usaha membaikpulih dan mengantikan sumber - sumeber alam yang telah diteroka dan dieksploitasi.
  2. Usaha ini dilakukan melalui langkah bukan perundangan seperti amalan pengurusan strategik, kempen kesedaran danpendidikan alam sekitar
bye...assalamualaikum.. v^_______^


Post a Comment