Pengalaman Cerita Hantu Daripada Artis KPOP

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua....

Lama benar saya tak post dekat blog ni... Panas terik betul hari ni... Sambil makan buah tembikai, saya membaca beberapa khabar tentang tajuk yang nak saya ceritakan ini... Biasalah musim panas, artis kpop mesti akan berkongsi tentang kisah seram dan menakutkan... Nak tahu cerita apa, jom baca cerita seram daripada artis kpop yang terkenal...


CERITA DARIPADA KUMPULAN EXO


Lagu - lagu EXO sentiasa diselubungi misteri. Beberapa lagu daripada kumpulan ini mempunyai kisah seramnya. Menurut Baekhyun, salah seorang ahli kumpulan EXO mengatakan terdapat suara perempuan yang mengucapkan "Terima Kasih Semua.." hanya dalam muzik video MAMA versi Korea, walaupun EXO sendiri tidak pernah merakamkan suara itu.

Bukan itu sahaja, ada lagi yang menyeramkan. Namun gangguan "Hantu" tidak berhenti di situ apabila sekali lagi peminat di kejutkan dengan kehadiran seorang misteri dalam muzik video Growl (minit ke 01:09). Yang peliknya, kelibat itu HANYA muncul dalam Video Muzik GROWL versi Korea.


Kalau nak tahu, penggambaran Growl ialah di sebuah sekolah berhantu di mana terdapat beberapa pelajar membunuh diri. Kalau nak tahu cuba tengok video di bawah..




CERITA DARIPADA KUMPULAN SUPER JUNIOR


Henry, salah seorang ahli kumpulan super junior mengatakan bahawa diatinggal dirumah yang berhantu. "Rumah saya berhantu." Henry tak teragak - agak memberitahu dalam rancangan Happy Together KBS yang dia pernah melihat hantu dirumahnya.

Menurut Henry, dia seorang yang skeptikal tapi terus percaya wujudnya hantu apabila terdengar bunyi pelik dan terlihat bayangan seperti hantu di atas syiling rumah. Kyung Hyun salah seorang ahli Super Junior lagi juga pernah memberitahu Kim Jun Hee yang pernah tinggal disitu sebelum ini, terus berpindah apabila mengalami nasib yang sama.



CERITA DARIPADA 2AM JINWOON


Serius saya cakap, saya pun sendiri rasa seram bila dengar cerita pengalaman mereka. "Ada banyak hantu di JYP Entertainment." Kata Jinwoon. 2AM Changmin yakin kemalangan jatuh tangga yang sering menimpa artis JYP Entertainment di tingkat satu adalah disebabkanhantu seorang budak lelaki.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Jinwoon menambah, "Ketika baru debut, kami selalunya kurang tidur dan sering keluar awal untuk make up. Tapi disebabkan penat, saya dan Seulong tertidur dalam bilik piano. Tiba - tiba Seulong memarahi saya kerana menyangka saya mengusiknya. Ketika itulah Seulong terjaga dan ternampak hantu dibawah piano yang berupa seorang bayi."


CERITA DARIPADA BESTIE


"Hantu tinggal di bilik latihan kami" Kata BESTIE. Kumpulan ini tak nampak hantu di dormataupun tempat lain, tetapi hanya dibilik latihan tarian YNB Entertaiement. Menurut Haeryung, bilik latihan YNB Entertaiment di diami oleh hantu yang muncul dalam pelbagai bentuk seperti bola di atas syiling atau dalam posisi lain. Jelas Dahye, sesiapa yang bernaung dibawah syarikat itu pasti akan terserempak dengan hantu sekurang - kurangnya sekali, "Kadangkala akan nampakwajahnya. Awak boleh lihat bentuknya tapi ia dah tak muncul lagi."



CERITA DARIPADA GIRL'S DAY


Tengah mandi pun kena kacau? Begitulah cerita Girls Day Minah dan Sojin dikacau hantu di daorm mereka. Kata Minah, dia diusik pada awal pagi apabila 'seseorang' cuba untuk membuka dan mengetuk pintu bilik mandi dengan kuat. Apabila Minah membuka pintu ternyata tiada siapa diluar. 

Sojin pula diganggu dengan suara misteri, "Semua orang kena kacau dalam dorm kami. semasa saya membasuh rambut, seseorang menjerit 'Hey' ke telinga saya. Terkejut betul saya."



CERITA DARIPADA B1A4


Gongchan pernah ternampak hantu. Katanya, "Dihadapan pintu bilik saya banyak baju bersangkut dan perlu selak baju itu untuk masuk. Apabila saya menyelak baju itu, saya nampak sepasangkaki di tepi katil.saya takut sangat tetapi apabila saya pandang semula, ia dah hilang."




Comments

Popular Posts