Selama Aku Disini...


Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua....

Sudah sebulan lebih saya di bumi sabah. Negeri yang tidak telintas di fikiran untuk saya berpijak. Alhamduillah segala urusan yang melibatkan Universiti hampir selesai. Sekarang perlu tumpu perhatian dalam pelajaran dan segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Sememangnya saya bersyukur ditakdirkan berada disini. Orang yang ada disekeliling semuanya baik. Ada juga yang sikap tidak meyenangkan, itu pun segelintir sahaja. Merekalah yang memberi kekuatan saya apabila berada di sini. Tidak kiralah kawan2, kakak senior mahupun abang senior.








Semakin hari, semakin sibuk jadual aku disini. Dari hari isnin sehingga jumaat ada kelas. Pada sebelah malam jumaat dan sabtu ada latihan silat kalimah dan pagi sabtu ada latihan taekwondo. Tidak campur lagi pengurusan aras dan lain2 lagi.. Harap2 tak pengsan ditengah jalan...

Rasanya itu sahaja saya nak cakap.. Bukannya selalu saya nak post... Time yang betul2 tak busy je sempat post... Ok, bye Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts