Kesian pada saya dan orang lain juga..



Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua...

hurmm,, hari ni rasa biasa2 saja... biasalah seminggu lagi nak balik, jasad di sini fikiran melayang ke semenanjung... rindu nak jumpa family, teachers and friends... tapi bukan pekara ini yang aku nak cerita hari ini..

sakitnya tu disini!! <3... sakit sangat2... guys ingat tak post saya tentang coretan diary sumandak 2014 minggu lalu? aduh, lepas saya post tu, saya cuba buka google dan search Fasya Sani... ok, semua keluar tentang saya.. BUT, when i scroll down, hurrr... malas nak mention blog mana kan tapi agak - agak la kalau kamu nak populariti pun..

terbeliak mata saya bila baca dekat 2, 3 blog ni... ok, saya akui dlu saya pernah dedahkan siapa diri saya... BUT tak sangka bila ada blog ni buat tentang profil saya...ok, bangga kejap.. BUT hurrr.. nama, asal, serba sedikit maklumat ada yang betul tapi lagi lama saya baca lagi mengarut dia cerita tentang saya... maaf ye pada blog tersebut.. Saya belajar di Sabah bukan di Indonesia... macam2 lagi dia palsukan maklumat saya... kesian pada orang yang membaca...

so, klau kamu nak buat cerita tentang saya, baik kamu tanya saya... saya bukan makan orang pun... pleasee ya, jangan buat begitu... kesian pada saya dan orang lain juga...okay...

dah la...saya nak fokus semula pada buku smula.. dah lerr, esok exam taekwondo..aduh,,, ok bye Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts