Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

iklan

Nota Antopologi & Sosiologi Sosial Semester 1

PENGANTAR ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI I

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM SOSIOLOGI

         Sains terbahagi kepada  2 – Sains semulajadi yang mengkaji fenomena fenomena fizikal dan biologi ; kedua sains kemasyarakatan yang mengkaji pelbagai aspek tingkah laku manusia.
         Kaedah penyelidikan sains sosial sama dengan kaedah sains fizikal yang berasaskan penyelidikan yang sainstifik dan sistematik.
         Bezanya: Sains fizikal bahan kajiannya – bahan-bahan fizikal.
         Sosiologi bahan kajiannya – manusia dan tingkah lakunya.
         Pemerhatian dalam sains bersifat objektif, begitu juga dalam sains sosial.
         Setiap penelitian tidak boleh dipengaruhi oleh kepercayaan, nilai, kepentingan tertentu mahupun kehendak seseorang pengkaji.
         Objektiviti bermakna kebolehan melihat dan menerima faktor yang sedia ada dan bukannya mengikut apa yang diharapkan akan berlaku.
         Pemerhatian yang saintifik dibuat dengan keadaan yang terkawal.
         Ahli sains, makmal paling popular, bagi ahli sosiologi kawalan pembolehubah seperti umur, jantina, agama, pendidikan, pendapatan dll sangat berguna untuk dihubungkaitkan supaya dapat menentukan hasil dan kesimpulan yang akan dibuat oleh penyelidik.
         Setiap hasil kajian perlu direkodkan dan dilaporkan dengan baik – supaya dapat memberi faedah dan rujukan kepada pihak yang berkepentingan dan juga pengkaji yang berikutnya.

Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif & Penyelidikan Kualitatif
Ciri-Ciri
Penyelidikan Kuantitatif
Penyelidikan Kualitatif
Kaedah
         Positivis
         Eksperimental
         Data numerik
        Ujian statistik
         Interpretif
         Penghuraian
         Kajian lapangan
        Kajian sejarah
Konsep utama
         Pembolehubah/variable
         Operasional
         Hipotesis kebolehpercayaan
         Kesahan
        Signifikan
         Makna
         Esei
         Pemahaman
         Pembentukan fenomena
        Konteks
Bidang kajian
         Sains asas
         Kejuruteraan
         Perindustrian
         Psikologi
         Sains politik
         Ekonomi
        Pendidikan
         Antropologi
         Sejarah
         Sosiologi
         Kemasyarakatan
        Linguistik
Tujuan
         Menguji teori
         Membina fakta
         Menunjukkan perbezaan
         Menunjukkan perhubungan
         Meramalkan tingkah laku
        Menerangkan kejadian secara statistik
         Melengkapkan teori
         Meningkatkan kefahaman
         Menghuraikan kenyataan
         Menyatakan kejadian semulajadi
        Menerangkan kejadian secara verbal
Reka bentuk kajian
         Eksperimental
         Temubual berstruktur
         Pemerhatian berstruktur
        Tinjauan
         Pemerhatian
         Pemerhatian peserta
         Temubual tidak berstruktur
         Rujukan maklumat dokumentasi
        Kajian kes
Sampel
         Saiz sampel besar
         Kaedah persampelan kebarangkalian
         Pemilihan rawak
         Kumpulan kawalan
        Berlapis
         Saiz sampel kecil
         Persampelan bukan kebarangkalian
        Pemilihan bertujuan
Data
         Kuantiti
         Bilangan
         Pengukuran
        Statistik
         Penghuraian deskriptif
         Nota pandangan
         Catatan verbal
         Rakaman pemerhatian/ temubual
        Maklumat daripada bahan dokumentasi
Analisis data
         Deduktif
        Statistik
         Tertutup
         Jangka masa panjang
        Mendalam



Proses penyelidikan yang sistematik

Prosedur Penyelidikan
1. Permasalahan kajian
         Masalah kajian adalah isu yang timbul – sebagai penggerak dan pendorong untuk melakukan kajian ke atasnya.
         Masalah kajian amat penting – menjadi faktor pertimbangan utama sama ada kajian perlu dilakukan atau tidak.
         Permasalahan kajian dapat dikenal pasti melalui – tujuan kajian, pernyataan masalah kajian dan soalan kajian.
         Masalah kajian dinyatakan dalam tajuk kajian.
         Tajuk kajian – satu ayat ringkas mengenai masalah kajian yang merangkumitujuan, pembolehubah, populasi dan jenis kajian.
a. Sumber masalah kajian
         Minat dan pengalaman.
         Teori yang dipraktikkan.
         Replika kajian lepas.
         Hasil kajian lepas yang bercanggah.
Objektif kajian
         Objektif merujuk kepada apa yang akan dilakukan dalam kajian.
         Objektif berbeza dengan matlamat.
         Matlamat adalah jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses.
         Objektif pula lebih khusus – biasanya digunakan untuk mencapai matlamat.
         Objektif penyelidikan merupakan tujuan khusus yang perlu dicapai bagai menyelesaikan sesuatu masalah.
. Rujukan Bahan literatur
         Bahan-bahan bertulis yang telah dilakukan oleh penyelidik lain berkaitan dengan kajian.
         Buku, artikel, kertas kerja, tesis dll.
         Bahan yang dirujuk perlu menjelaskan apakah penemuan yang pernah dilakukan oleh orang lain.
         Menjelaskan bagaimana kajian tersebut telah dilaksanakan supaya membolehkan kita menggunakannya sebagai panduan dalam melakukan penyelidikan.
Reka bentuk kajian
         Reka bentuk kajian boleh dijelaskan sebagai metodologi kajian.
         Teknik penyelidikan atau alat yang digunakan untuk pengukuran dan pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan.
         Tentukan skop kajian, kawasan kajian,
         Menentukan kaedah penyelidikan yang akan digunakan.
Instrumen
         Alat penyelidikan yang akan digunakan – soalselidik, rakaman perbualan
6. Pengumpulan Data
         Data primer
         Data sekunder
6. Analisis Data
7. Hasil Kajian

PERSPEKTIF DAN TEORI UTAMA DALAM SOSIOLOGI – BAHAGIAN 1
         Sosiologi membawa perspektifnya tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
         Dalam pengkajian disiplin sosiologi terdapat theoritical approaches yang berbeza dalam meneliti dan menganalisis tingkah laku manusia.
         Berdasaarkan pendekatan ini ahli-ahli sosiologi akan membentuk teori-teori untuk menerangkan sesuatu bentuk tingkah laku.
Apa yang dikatakan teori (Teori Sosiologi)
         Sosiologi bukan semata-mata hanya pengumpulan data.
         Sosiologi ingin mengetahui mengapa sesuatu perkara itu berlaku.
         Untuk memahaminya kita perlu belajar untuk membentuk atau membina explainatory theory.
         Teori diperlukan untuk membantu kita make sense banyak fakta yang kita temui.
         Tanpa pendekatan teoritikal, kita tidak tahu apa yaang perlu dilihat apabila kita memulakan penyelidikan ataupun apabila menterjemahkan/menjelaskan penemuan kajian.
         Ahli sosiologi membuat penyelidikan dan memperoleh data dan maklumat berhubung sesuatu fenomena.
         Maka wujudlah konsep-konsep yg dapat menerangkan fenomena yang dikaji.
         Akhirnya satu teori dapat dirumuskan dan dibentuk dan ini menjadi kenyataan.
         Kenyataan yang mempunyai hubung kait antara konsep dan fakta.
         Oleh itu teori adalah penerangan yang saintifik tentang sesuatu fenomena.
         Merton (1968) mendefinisikan teori sosiologi sebagai himpunan andaian yang saling kait mengait secara lojik dan daripadanya keseragaman empirik dapat dirumuskan.
         Pengertian umumnya – teori sosiologi adalah satu set andaian tentang masyarakat, fenomena sosial dan tingkah laku manusia.




Tokoh-tokoh Awal Sosiologi
         Latar belakang sosiologi bermula semasa Revolusi Perancis dan pertengahan abad 18, revolusi industri di Eropah.
         Kemusnahan cara hidup tradisional memyebabkan para pemikir cuba menjelaskan mengapa ianya berlaku dan implikasi yang akan terjadi.
         Oleh itu para sarjana cuba membentuk pemahaman baru terhadap perubahan sosial yang cuba menjelaskan mengapa struktur masyarakat sedemikian rupa, bagaimana dan mengapa masyarakat berubah.
Auguste Comte
         Lahir di selatan Perancis (1798-1857) mendapat pendidikan di sekolah elit di Paris – bidang pengajiannya metamatik dan sains natural.
         Memulakan istilah sociology, dikenali sebagai The father of Sociology, bukunya Cours de Philosophy Positive.
         Beliau berpendapat – sejarah manusia mengikut satu susunan yang mematuhi hukuman tertentu.
         Evolusi masyarakat akan disertai dengan kemajuan yang mewujudkan perkembangan intelek.
         Comte terkenal kerana hukum Law of Human Progress. Menekankan 3 peringkat perkembangan teori, iaitu:
         Peringkat keagamaan atau teologi ‘theological’.
         Peringkat metafizik atau abstrak.
         Peringkat saintifik atau posiitif.
         Peringkat teologi – peristiwa yang berlaku diterangkan melalui supernatural.
         Peringkat metafizik – tidak jauh berbeza dengan pertama, kecuali dewa dan semangat yang bersifat perseorangan yang telah membawa kepada kepercayaan kepada semangat yang abstrak.
         Peringkat saintifik – memerhatikan alam secara objektif.
         Comte menjelaskan seperti dalam kaedah sains, sosiologi juga boleh menggunakan kaedah sains untuk menerang dan memahami The Law of Progress dan The Social Order.
         Menurutnya masyarakat mempunyai satu bentuk struktur yang mengandungi bahagian-bahagian yang bersangkutan dan berkembang dari bentuk yang mudah ke bentuk yang kompleks melalui proses evolusi.
         Begitu juga perkembangan masyarakat bermula peringkat ketenteraan, ke undang-undang dan ke perindustrian.
Emile Durkheim
         Penulis yang agak radikal dari Perancis (1858-1917), ahli sosiologi yang meletakkan dasar-dasar sosiologi moden.
          Banyak menulis tentang cara sosiologi, pengetahuan dan sosiologi agama, pembahagian kerja dan bunuh diri, pendidikan dan moral.
         Hasil Karyanya yang terkenal The Division of Labour in Society, Rules of Sociology Method, Suicide dan The Elementary Forms of Religions Life.
         Pelopor kaedah-kaedah sosiologi menerusi kajian yang sistematik & menggunakan statistik membuktikan hipotesis
         Kaedah penyelidikan yang diciptanya menjadi panduan asas ahli-ahli sosiologi moden membuat penyelidikan.
         Teori fungsional idea beliau dalam bukunya The Division of Labour in Society – berpendapat dalam semua masyarakat terdapat beberapa aktiviti yang dianggap lebih penting daripada aktiviti lain, bertujuan mencapai pembangunan.
         Organic Solidarity – bermaksud hubungan sosial dalam masyarakat perindustrian berdasarkaan saling pergantungan antara individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti pengkhususan.
         Mechanical Solidarity – bermaksud bentuk hubungan sosial dalam masyarakat praindustri yang kecil berdasarkan persepsi bahawa individu didalamnya adalah sama dan akan hidup bersama.
         Baginya, fenomena sosial adalah fakta sosial yang mempunyai perbezaan dari segi ciri-ciri sosial.
         Beliau mendefinisikan fakta sosial sebagai satu cara bertindak sama ada tetap atau tidak, yang mempunyai satu paksaan luar, atau satu cara bertindak yang umum dalam sesuatu masyarakat, yg wujud dgn sendirinya iaitu bebas daripada manifestasi individunya.
Karl Marx
         Dilahirkan di Jerman (1818-1883) belajar dikolej berprestij tinggi dan banyak menyumbang dalam bidang falsafah.
         Karyanya yg terkenal The Communist Manifesto.
         Memberi sumbangan dalam bidang sosiologi dengan mengutarakan pemikiran teori tentang kelas sosial dan ekonomi.
         Dikaitkan dengan teori konflik – menyatakankuasa yang terdapat pada kerajaan adalah melalui paksaan.
         Konflik dalam masyarakat berpunca daripada kegiatan ekonomi yg terdapat 2 golongan yg sering bertentangan.
         Golongan kapitalis (borjuis) dan golongan pekerja (proletariat).
         Dalam masyarakat kapitalis, golongan yang mengawal pengeluaran ekonomi adalah golongan borjuis dan golongan pekerja – hubungan mereka menurut Marx sebagai hubungan kelas dominan dengan subdominan.
         Marx percaya keadaan ekonomi di kalangan pekerja akan membawa kesedaran ke atas diri pekerja itu sendiri – membawa kesedaran jika mereka bergabung tenaga menentang kelas sistem kapitalis serta menubuhkan sistem sosialis.
Max Weber
         Ahli sejarah sosial berbangsa Jerman dilahirkan dalam keluarga Protestant (1864-1920).
         Menulis tentang isu-isu dalam bidang sosial dan ekonomi yang dihadapi masyarakat seperti agama, birokrasi, kelas, status dan kuasa, undang-undang serta kaedah penyelidikan.
         Karyanya yang terkenal – The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism, The Sociology of Hinduism and Buddhism, Theory of Social and Economic Organisation dan Methodology of the Social Sciences.
         Sumbangannya dlm sosiologi – membincangkan konsep kelas sosial, social action dan birokrasi.
         Beliau menggariskan ciri-ciri birokrasi bersifat unggul:
         Pembahagian tugas menurut undang-undang.
         Struktur formal susunan organisasi bersifat hierarki formal.
         Pejabat awam tempat segala fail disimpan.
         Pekerja dipilih – kelulusan akademik & profesional.
         Kakitangan bekerja sepenuh masa & tumpukan kepada perjalanan organisasi.
         Peraturan – abstark, agak stabil & perlu dipatuhi.
         Taat setia pekerja kepada peraturan & organisasi & bukan kepada mereka yang ada di dalamnya.
Ibnu Khaldun
         Nama sebenar Abdul Rahman bin Muhammad (1332-1406) penulis Islam yang terkenal, jarang diketengahkan Barat.
         Beliau bukan sekadar memerhati dan mengumpul bahan-bahan empirik tentang manusia dan masyarakat, turut menganalisis data dengan sistematik sehingga beliau diterima sebagai ahli sains sosial & bapa ilmu sosiologi.
         Memperkenalkan konsep-konsep umum tentang masyarakat sebelum munculnya ahli-ahli sosiologi moden pada abad 19 dan 20. Antara konsep-konsepnya:
         Membuat perbandingan antara masyarakat desa dan bandar yg kemudian diperkenalkan oleh Redfield dengan konsep folk-urban continuum.
         Memperkenalkan konsep assabiyah (solidariti sosial).
         Bukunya  Muqaddimah – menyentuh sosiologi sejarah yang mehujahkan perkaitan antara dokumentasi kejadian masa lampau.
         Memperkatakan ekonomi – aspek pengeluaran, perdagangan setempat dan antarabangsa, perubahan harga barangan.
         Menyumbang dalam kaedah penyelidikan dalam sosiologi.

PERSPEKTIF DAN TEORI UTAMA DALAM SOSIOLOGI (BAHAGIAN II)
         Teori – untuk menerangkan pelbagai fakta dan bukti yang dikumpulkan daripada penyelidikan.
         Contohnya: Marx menyelidik untuk menerangkan betapa dinamiknya ekonomi kapitalis yang memberi kesan kepada masalah kemiskinan dan ketidaksamaan.
         Durkheim menyelidik untuk menyiasat sifat  masyarakat industri dan proses-proses sekularisasi.
         Weber cuba menerangkan kemunculan kapitalisme mengakibatkan terbentuknya birokrasi moden bagi organisasi.
         Ketiga-tiga mereka memberi perhatian untuk memahami keunikan masyarakat moden  dan ke mana hala tujunya.
         Masyarakat sentiasa berubah mengikut masa. Teori-teori sosiologi bermatlamatkan untuk memahami perubahan tersebut dan menerangkannya.
         Contohnya: Apakah kesan globalisasi terhadap sosial dan politik? Bagaimana masa hadapan masyarakat multibudaya?
         Teori-teori dalam sosiologi penting kerana tanpa teori pemahaman kita terhadap kehidupan sosial akan menjadi lemah.
         Teori yang baik membantu kita memahami masyarakat dengan begitu mendalam, di samping dapat menerangkan bagaimana perubahan sosial memberi kesan kepada masyarakat.
         Teori middle-range – cuba menerangkan aspek spesifik dalam kehidupan sosial masyarakat.
         Grand theory – cuba menerangkan large scale social structures atau the historical development of modern societies.
         Adalah sukar untuk menguji grand theory bagi kajian berbentuk empirikal.
         Kemunculan dan teori sosiologi dan pengukuhan disiplin sosiologi melalui kerja-kerja classical founders.
         1750    European Enlightenment philosopher (1750-1800)
         1800    Auguste Comte (1798-1857) Harriet Martineau (1802-76)
         1850    Karl Marx (1818-83) Herbert Spencer (1820 -1903)
         1900    Emile Durkheim (1858- 1917)
            Max Weber (1864-1920)
            Georg Simmel (1858-1918) Edmund Husserl (1859· 1938)
         1930    George H. Mead (1863-1931) Alfred Schulz (1899-1959)
            Chicago School (1920s) Antonio Gramsci (1891-1937)
         1940    Talcott Parsons (1902-79)
            Frankfurt School (1930)
            Simone de Beauvoir (1908-86)
         1950    Robert Merton (1910-2003)
         1960    Erving Goffman (1922-82)
            Betty Friedan (1921-2006)
            Howard Becker (1928- )
            Harold Garfinkel (1917-) Norbert Elias (1897-1990)
         1970    Jurgen Habermas (1929-)
            Michel Foucault (1926-84)
         1980    Pierre Bourdieu (1930-2002) Immanuel Wallerstein (1930-)
            Jean Baudrillard (1929-2007)
         1990    Anthony Giddens(1938-) Ulrich Beck(1944-) Judith Butler(1956-)
            Vandana Shiva (1952-) Zygmunt Bauman (1925-)
2000    Manuel Castells (1942- )
Key:
Selected theorists associated with or inspired by the different sociological perspectives are identified thus:
 Philosophical thinkers
         Functionalism           
         Marxism
         Interactionism
         Feminism
         Postmodernism/poststructuralism
         Theoretical syntheses

Fig 1: Chronology of major sociological theorists and schools, 1750-2000
         Enlightenment philosopher
– perkembangan pengetahuan berunsur reliabiliti dalam sains semulajadi, khususnya astronomi, fizik dan kimia, menunjukkan jalan dalam pengkajian kehidupan sosial masyarakat.
         Comte (Positivism)
         Pendekatan positivist yg berdasarkan prinsip pemerhatian langsung (direct observation
         Percaya apa yang dilihat sebagai predictive power of the natural science. Ramai ahli sosiologi menolak Comtean positivism.
         Sains melalui 3 peringkat – theological (agama), metaphysical (falsafah) dan positive (sainstifik) – setiap peringkat menunjukkan bentuk pembangunan mental manusia.
         Herbert Spencer (Social evolution)
         Antara sarjana pertama mempersoalkan Comte
         Masyarakat tertakluk kepada evolusi sosial yang membawa pembentukkan structural differentiation – bermula dengan simple societies dan terus berkembang mengikut peredaran masa menjadi complex societiesfunctional adaptation – iaitu bagaimana masyarakat menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya.
         Beliau juga turut dipersoalkan.
         Karl Marx (The capitalist revolution)
         Dengan sekutunya Friedrich Engels mencari pemahaman saintifik tentang masyarakat. 
         Analisis Marx tentang kapitalisme adalah teori tentang konflik kelas dalam masyarakat.
         Grand theory Marx menjadi asas pembentukkan kajian penyelidikan selepasnya dan menjadi perkembangan teoritikal dalam sosiologi dan sains sosial.
         Ide Marxist juga menjadi asas pembentukkan pergerakkan2 politik dan kerajaan  pada abaad ke 20, termasuklah regim komunis mantan USSR, Eropah Timur, Cuba, Vietnam dan China.
         Perspektif teoritikal Marx kadangkala merujuk kepada historical materialist atau lebih tepat sebagai materialist conception of theory.
         Bermaksud Marx menentang doktrin falsafah yang mengatakan perkembangan persejarahan masyarakat dipacu oleh idea-idea abstrak, seperti kebebasan dan demokrasi.
         Menurut Marx, apa yang penting adalah bagaimana manusia bekerja secara kolektif untuk menghasil sesuatu dalam kehidupan – bgm mereka menghasil makanan, tempat tinggal dan keperluan yang lain.
         Zaman dahulu small-scale kumpulan manusia wujud tanpa mempunyai sistem pemilikan harta – semua sumber milik kumpulan dan tiada pembahagian kelas berlaku – primitive communism.
         Di bawah kapitalisme terdapat pembahagian masyarakat kepada pemilik harta (kapitalis atau bourgeoisie) dan pekerja (proletariat).
         Tidak seperti ide primitive communism, modern communism mendatangkan banyak faedah dan highly productive capitalist system dengan prinsipnya from each, according to his ability, to each, according to his need (Marx 1875).
         Teori kapitalisme Marx sangat penting untuk sosiologi.  Bagi Marx Theory of Industrialism hanya menekankan kepentingan pembangunan industri adalah untuk usahawan kapitalis
         Bagi Marx kilang, pejabat, komputer, robot, internet adalah merupakan produk bagi hubungan sosial yang menyebabkan timbulnya konflik – capitalistic social relationships – new structural social relationship.
         Konsep mode of production (kaedah/cara pengeluaran) adalah berteraskan prinsip-prinsip komunisme yang dibawanya.
         Karl Marx (The capitalist revolution)
         Dengan sekutunya Friedrich Engels mencari pemahaman saintifik tentang masyarakat. 
         Analisis Marx tentang kapitalisme adalah teori tentang konflik kelas dalam masyarakat.
         Grand theory Marx menjadi asas pembentukkan kajian penyelidikan selepasnya dan menjadi perkembangan teoritikal dalam sosiologi dan sains sosial.
         Ide Marxist juga menjadi asas pembentukkan pergerakkan2 politik dan kerajaan  pada abaad ke 20, termasuklah regim komunis mantan USSR, Eropah Timur, Cuba, Vietnam dan China.
         Perspektif teoritikal Marx kadangkala merujuk kepada historical materialist atau lebih tepat sebagai materialist conception of theory.
         Bermaksud Marx menentang doktrin falsafah yang mengatakan perkembangan persejarahan masyarakat dipacu oleh idea-idea abstrak, seperti kebebasan dan demokrasi.
         Menurut Marx, apa yang penting adalah bagaimana manusia bekerja secara kolektif untuk menghasil sesuatu dalam kehidupan – bgm mereka menghasil makanan, tempat tinggal dan keperluan yang lain.
         Zaman dahulu small-scale kumpulan manusia wujud tanpa mempunyai sistem pemilikan harta – semua sumber milik kumpulan dan tiada pembahagian kelas berlaku – primitive communism.
         Di bawah kapitalisme terdapat pembahagian masyarakat kepada pemilik harta (kapitalis atau bourgeoisie) dan buruh (proletariat).
         Tidak seperti ide primitive communism, modern communism mendatangkan banyak faedah dan highly productive capitalist system dengan prinsipnya from each, according to his ability, to each, according to his need (Marx 1875).
         Teori kapitalisme Marx sangat penting untuk sosiologi.  Bagi Marx Theory of Industrialism hanya menekankan kepentingan pembangunan industri adalah untuk usahawan kapitalis
         Bagi Marx kilang, pejabat, komputer, robot, internet adalah merupakan produk bagi hubungan sosial yang menyebabkan timbulnya konflik – capitalistic social relationships – new structural social relationship.
         Konsep mode of production (kaedah/cara pengeluaran) adalah berteraskan prinsip-prinsip komunisme yang dibawanya.
         Marx mengetengahkan pemikiran teori tentang kelas sosial dan ekonomi yang dikaitkan dengan Teori Konflik.
         Melalui Teori Konflik Marx berpendapat kuasa yang terdapat pada pemerintah adalah melalui paksaan.
         Konflik yang wujud dalam masyarakat berpunca daripada kegiatan ekonomi dua golongan yang saling bertentangan – golongan kapitalis (borjuis) dan golongan buruh (proletariat).
         Golongan Kapitalis (borjuis) mengawal pengeluaran ekonomi dan golongan buruh yang menghasilkan barangan (cth – pemilik kilang dan pekerja)
         Marx melihat hubungan  dua golongan ini sebagai hubungan antara kelas dominan dan subdominan.
         Golongan borjuis dianggap menindas golongan bawahan dan mereka sentiasa berkonflik.
         Bagi Marx buruh sedar mereka ditindas dan ini akan membawa kepada penentangan sistem kapitalis dan menubuhkan sistem sosialis
BUDAYA DAN MASYARAKAT
Pengertian Masyarakat
         Masyarakat didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang tinggal bersama dalam satu kawasan untuk tempoh tertentu.
         Kelompok manusia ini juga mempunyai kegiatan ekonomi,nilai-nilai dan norma-norma serta mempunyai peraturan-peraturan tertentu.
         Setiap masyarakat mempunyai budaya dan identiti tertentu yang terbentuk melalui proses sosialisasi.
         Rumusnya, masyarakat merangkumi individu-individu atau kelompok manusia yang berinteraksi antara satu sama lain, berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu kawasan tertentu dan bersatu dalam kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada kumpulan manusia yang lain.
         Ciri-ciri masyarakat:
         Wujud jaringan hubungan.
         Ianya berasaskan interaksi sosial.
         Wujud kesedaran untuk bekerjasama di kalangan ahli dalam masyarakat.
         Masyarakat hanya wujud jika manusia bertingkah laku.
         Masyarakat adalah individu kompleks yang saling bergantung di antara satu individu dengan yang lain. Tanpa individu, kita tidak boleh bayangkan kewujudan masyarakat begitu juga sebaliknya tanpa masyarakat kita tidak boleh bayangkan kewujudan individu.
Masyarakat Daripada Perspektif Sosiologi
         Perspektif Sosiologi, terdapat dua konsep penting tentang masyarakat yang di perkenalkan oleh Ferdinand Tonnies (1855-1936) iaitu
         Gemeinschaft 
         Gesellschaft
         Konsep ini merujuk kepada jenis-jenis masyarakat, susunan sosialnya (bentuknya) dan juga hubungan-hubungan sosial yang terdapat dalam masyarakat tersebut.
Gemeinschaft
         Ianya juga dikenali sebagai the society of tradition yang merujuk kepada sistem sosial di mana perhubungan ahli-ahlinya berbentuk dan berasaskan ikatan kekeluargaan dan bersifat personal.
         Ciri-ciri utama gemeinschaft adalah:
         Ahli-ahlinya mempunyai hubungan yang rapat dan bersemuka.
         Individu dalam kelompok dikumpulkan melalui perkongsian idea yang sama dan ingin mencapai matlamat yang sama seperti ikatan keagamaan.
         Setiap individu dalam kumpulan akan berkongsi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang diperlukan termasuklah dalam kegiatan ekonomi (sifat saling membantu di antara satu sama lain yang seterusnya menguatkan lagi ikatan di kalangan ahli-ahli).
Gesellschaft
         Ianya juga dikenali sebagai the society of contract di mana hubungan di kalangan ahli-ahli dalam masyarakat ditentukan oleh perhubungan yang jelas berasaskan perjanjian dan lebih berbentuk formal.
         Ciri-ciri utama gesellschaft adalah:
         Hubungan antara ahli tidak ada ciri-ciri kemesraan seperti dalam masyarakat gemeinschaft (sebab iakatan berasaskan perjanjian).
         Perhubungan sosial yang dibentuk bersifat khusus dan impersonal. Bermakna interaksi ahli-ahlinya adalah individualistik dan saling tidak percaya. Interaksi dan tanggungjawab berasaskan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian yang dipersetujui.
         Wujudnya pembahagian tugas dan peranan khas yang perlu dipenuhi oleh individu untuk mencapai matlamat orgnisasi.
         Setiap tingkah laku dibentuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan sebagai satu unit kawalan sosial.
         Individu dalam masyarakat saling bersaing antara satu sama lain dan persaingan ini untuk kepentingan sendiri. Interaksi dan tanggungjawab berdasarkan perjanjian. Ini menjadikan mereka lebih bersifat individualistik.
         Kedua-dua bentuk masyarakat ini dibezakan berdasarkan kepada hubungan sosial yang terdapat dalam kedua-dua masyarakat ini.
         Lazimnya masyarakat berbentuk gemeinschaft akan berubah ke bentuk gesellschaft apabila berlakunya proses perindustrian di kawasan tersebut sehingga terbentuknya masyarakat yang bersifat lebih kompleks.
Tiga Peringkat Bentuk Masyarakat
         Terdapat tiga peringkat bentuk/ jenis masyarakat iaitu:
         Masyarakat berburu dan meramu (hunter and gatherer).
         Masyarakat bertani.
         Masyarakat industri.
Masyarakat Berburu Dan Meramu
         Aktiviti ekonomi utama, memburu dan mengumpuil makanan di hutan.
         Aktiviti ekonomi untuk sara diri/ kegunaan diri sendiri dan ahli keluarga sahaja.
         Tidak ada lebihan makanan (surplus), makanan adalah untuk secukup hidup.
         Unit sosial yaang penting adalah isi rumah dan klan yang berasaskan ikatan kekeluargaan dan persanakan.
         Saiz klan dalam lingkungan 50 orang dan cenderung untuk berpindah randah.
         Penentuan dalam pembahagian tenaga kerja adaalah ringkas; berasaskan umur dan jantina.
         Ahli memiliki sedikit harta.
Masyarakat Bertani
         Kewujudan masyarakat ini berkait rapat dengan revolusi dalam pertanian dan pengeluaran yang efisien disebabkan adanya teknologi yang lebih baik.
         Masyarakat bertani juh lebih maju berbanding masyarakat berburu dan meramu.
         Masyarakat bertani pandai menternak binatang, menggunakan peralatan daripada logam, menggunakan roda dan berpengetahuan tentang sistem pengairan & baja.
         Kemajuan dalam penggunaan teknologi menjadikan ahli-ahlinya lebih bebas untuk mengusahakan pertanian.
         Masyarakat ini ramai yang tidak terikat secara langsung dengan tanah tetapi bertumpu di pusat bandar dan akhirnya membawa kepada pembahagian buruh yang kompleks.
         Ramai yang berpeluang menikmati teknologi lebih baik, terlibat dalam perdagangan, boleh membaca dan menulis, mengenali sains dan seni.
         Aktiviti ekonomi masyaarakat lebih khusus dan wujud pelbagai pekerjaan telah mewujudkan ketidakseimbangaan yang lebih luas dalam masyarakat.
         Wujud sistem kelas yang kompleks. Terdiri daripada pedagang, tentera, sarjana, pegawai, raja dan golongan petani miskin yang bergantung kepada tenaga semata-mata (tulang empat kerat). Golongan petabi ini menurut Sjoberg  (1960) adalah 90% daripada populasi masyarakat jenis ini.
         Penggunaan kuda dan roda menjadikan bidang teknologi ketenteraan lebih maju dan efisien.
         Ketenteraan digunakan untuk mendapaatkan lebihan makanan menerusi penaklukan ke atas orang yaang lebih lemah.
         Contoh kerajaan Rome yang berjaya menakluki sebahagian besar Eropah untuk menyokong kehidupan masyarakat elit di Itali.
Masyarakat Industri
         Kewujudan masyarakat industri bermula ekoran daripada berlakunya revolusi industri di Eropah Barat.
         Penggunaan tenaga elektrik dan gas menggantikan tenaga manusia dan binatang telah menyebabkan pertumbuhan pesat dalam pengeluaran tidak sahaja barangan tetapi juga pengetahuan dan teknologi.
         Masyarakat pertanian telah berubah dan mula terlibat dalam pengeluaran industri dengan bekerja di kilang-kilang.
         Wujud ekonomi pasaran, sistem perbankan, insuran dan perkhidmatan.
         Karektor politik, sosial dan ekonomi telah berubah dengan perkembangn perindustrian.
         Bidang-bidang baru dalam pendidikan, misalnya kewujudan sains, perubatan dan sukan.
Takrifan Budaya
         Menurut Edward B.Taylor (1871), budaya merujuk kepada keseluruhan kehidupan manusia yang kompleks, meliputi pengetahuan, sistem kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, kebiasaan dan lain-laain kemahiran yaang dimiliki manusia sebagai aahli masyarakat.
         Justeru itu, daripada perspektif sosiologi, budaya merujuk kepada keseluruhan cara hidup ahli dalam sesuatu masyarakat dan bukannya terhad kepada peradaban atau tamadun yang dicapaai oleh manusia semata-mata.
         Budaya merangkumi nilai-nilai, simbol, kepercayaan yang dipegang oleh anggota masyarakat dan norma-norma yang mereka ikuti (dikenali sebagai budaya bukan kebendaan) serta peralatan dan bahan yang dicipta oleh manusia (dikenali sebagai budaya berbentuk kebendaan) untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, tempat tinggal dan tempat kerja.
Ciri-Ciri Budaya
         Setiap budaya mengalami perubahan
         Tidak ada budaya yang statik, kaku mahupun rigid.
         Perubahan dan pengubahsuaian ini didorong oleh keperluan untuk memenuhi kehidupan masyarakat dari masa ke semasa.
         Budaya adalah elemen hidup yaang dipelajari
         Budaya dipelajari menerusi proses sosialisasi untuk membolehkan individu menjadi anggota dalam masyarakat.
         Proses pembelajaraan ini (sosialisasi) menanamkan nilai dan norma yang dipentingkan dalm masyarakat.
         Proses pembelajaran ini berterusan dan tidak pernah berhenti sehingga individu itu meninggal dunia.
         Amalan budaya dikongsi bersama
         Setiap elemen budaya dikongsi bersama oleh sesuaatu kelompok masyarakat tersebut.
         Perkongsian simbol, bahasa dan norma misalnya, difahami oleh ahli-ahli masyarakat itu.
         Budaya mempunyai nilai-nilai integratif
         Maksudnya budaya berperanan mengintegrasi ataau menyatupadukan ahli-ahli dalam masyarakat tersebut.
         Contoh bendera Malaysia – semua ahli masyaraakaat tanpa mengira kumpulan etnik dan parti politik menghormati bendera Malaysia.
Oleh itu, budaya bermaksud bagaimana individu dalam masyarakat memberi tafsiran terhadap budayanya dan budaya masyarakat lain.
         Terdapat tiga tindakbalas/takrifan budaya ini.
         Etnocentrism
            Konsep etnosentrisme telah diutarakan oleh William G.Summer. Etnosentrisme merujuk kepada anggapan individu bahawa setiap aspek amalan budayanya dianggap lebih baik atau terbaik berbanding dengan budaya orang lain.
            Selain itu, individu juga mengukur budaya orang lain berdasarkan kaayu ukur  budayanya sendiri.
Ringkasnya, konsep ini merujuk kepada kecenderungan individu mengandaikan budaya masyarakatnya lebih baik berbanding drp budaya masyarakat lain. Cth – makan guna tangan vs chopstick, masuk rumah pakai kasut vs buka kasut dll.
         Xenocentrism
            Konsep ini bertentangan dengan konsep etnocentrism. Individu mempunyai kepercayaan atau menganggap budayanya (material atau non material) adalah inferior (lebih rendah) dan kolot berbanding dengan budaya lain.
            Dalam erti kata lain, konsep ini memandang rendah budaya sendiri sehingga ada ahlinya yang enggan mengamalkan budaya tersebut. Contohnya, kecenderungan menggunakan bahasa Inggeris sebab menganggap bahasa Melayu tidak maju, pakaian jenama dll.
         Relativisme Budaya (Cultural Relativism)
            Konsep relativisme budaya memberi alternatif/pilihan kepada individu untuk menerima kelebihan atau kekurangan budaya lain.
            Maksudnya, kita tidak melihat bahawa budaya kita lebih baik dan lebih maju daripada budaya masyarakat lain. Konsep ini menganjurkan kita memandang dan mentakrifkan tingkah laku individu daripada perspektif budaya individu itu sendiri.
Penekanan kepada konsep neutrality menjadi asas kepada pemahaman budaya orang lain dan tidak menolak sesuatu budaya sebagai aneh, kolot atau exotic jika ia berbeza dengan amalan budaya kita. Contoh, poligami mesti dilihat dripada perspektif Islam dan bukannya dilihat daripada perspektif Kristian.

Proses sosialisasi DAN pembentukkan identiti
Belajar untuk menjadi manusia:
Semulajadi vs Asuhan/Didikan
Adakah kita dilahirkan secara semulajadi sebagai seorang yang betoleransi dan berkerjasama?
Atau
Dilahirkan dengan kecenderungan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan agresif?
Contoh-contoh yang menunjukkan bahawa manusia perlu dididik untuk menjadi/membentuk siapa diri mereka.
Children Raised in Isolation – Appelbaum & Chamliss (1997) mengetengahkan kisah Genie, kanak-kanak yang dibesarkan secara terasing selama 12 tahun pertama hidup beliau. Kanak-kanak ini dikurung dan hanya berjumpa dengan  ibu dan bapanya pada waktu makan sahaja. Kanak-kanak ini gagal membentuk kemahiran sosial.
Feral Children – Appelbaum & Chamliss (1997) mengetengahkan kisah Victor (7 tahun) yang ditemui di kawasan pedalaman di Perancis yang hidup dalam wild area. Kanak-kanak ini memiliki kemahiran sosial yang agak terbatas dan tidak boleh bercakap.
Institutionalized children – Rene Spitz (1945) menyelidik kanak-kanak yang dipisahkan daripada ibu bapa mereka sejak bayi lagi.  Ada yang ditempatkan di rumah keluarga angkat dan nusery. Di nusery bayi tiada keluarga dan seolah-olah dalam persekitaran semulajadi. Mereka menderita dan lebih satu pertiga meninggal dunia. Ramai yang mengalami masalah fizikal, mental dan sosial.
The Harlow Study – Kepenting persekitaran sosial telah ditemui oleh Harry & Margaret Harlow dalam penyelidikannyaa terhadap bayi monyet.Harlow mengasingkan bayi monyet daripada ibunya sebaik sahaja ianya lahir.  Bayi monyet dibekalkan semua keperluan makanan dll tetapi tidak dibenarkan berhubung dengan monyet-monyet yang lain. Penemuannya menunjukkan pembesaran yang terasing akan menyebabkan tingkahlaku yang tidak normal.
Sosialisasi: Suatu Pentakrifan
         Sosialisasi adalah proses mempelajari dan menanamkan ciri-ciri budaya yang dipersetujui bersama oleh ahli masyarakat tentang cara berfikir dan berkelakuan, peraturan dan kehendak serta matlamat yang ingin dicapai oleh budaya/masyarakat tersebut.
         Proses sosialisasi secara langsung membolehkan individu menyesuaikan diri dan menjadi anggota dalam sesuatu masyarakat serta mengetahui peranannya dalam masyarakat tersebut.
         Sosialisasi Melibatkan pengakuan terhadap peraturan-peraturan masyarakat dan berusaha untuk menyukai budaya yang dipegang oleh ahli masyarakat sehingga ia menjadi sebahagian daripada norma dan nilai hidup diri sendiri.
         Perlu diingat, bukan semua norma dan nilai diterima. Namun untuk menjadi anggota masyarakat, kita terpaksa menyeimbangkan keinginan sendiri dengan kepentingan masyarakat secara keseluruhannya. Dengan itu, sekiranya individu dalam budaya yang sama tetapi membentuk personaliti yang berbeza, ini disebabkan oleh perbezaan persekitaran sosial di mana individu tersebut dibesarkan dan perbezaan daripada segi biologi atau keturunan.
Jenis-Jenis Sosialisasi
         Sosialisasi Asas (Primary Socialization)
            Proses seorang manusia mempelajari bagaimana bertingkahlaku, nilai-nilai dan tindakan sewajarnya sesuai dengan kehendak ahli dalam budaya masyarakatnya. Cth: anak Melayu diajar makan menggunakan tangan, Cina – chopstik dll.
         Sosialisasi Ramalan/Harapan (Anticipatory Socialization)
            Menurut Appelbaum & Chamliss 1997,  merujuk kepada proses di mana seseorang “berlatih” untuk kedudukan masa depan, pekerjaan dan perhubungan sosial. Cth: pelajar universiti mula memperagakan pakaian yang biasanya dipakai oleh pelajar universiti.
         Sosialisasi Gender dan Peranan Gender  (Gender Socialization and Gender Role)
            Heslin 1999 mengatakan adalah penting dalam sosialisasi mempelajari peranan gender. Sosialisasi gender merujuk kepada mempelajari tingkahlaku dan sikap bersesuaian dengan jantina seseorang itu, “boys learn to be boys and girls learn to be girls”. Proses pembelajaran ini berlaku dalam pelbagai cara melalui pelbagai agen sosialisasi. 
         Pensosialisasian Semula (Resocialization)
            Proses mempelajari norma, nilai, tingkah laku dan perlakuan baru.  Merujuk kepada membuang bentuk tingkah laku lama dan menerima yang baru sebagai sebahagian transisi kehidupan. Ianya berlaku apabila individu mengalami pengalaman baru dan terdedah kepada nilai dan norma yang berbeza drp sebelumnya.
         Pensosialisasian Semula menerusi Institusi (Total Institutions)
            Sosialisasi jenis ini mempunyai keupayaan, mensosialisasikan sama ada secara sukarela mahupun paksaan. Cth: penjara, pusat tahanan, kem tentera, hospital sakit jiwa dan biara. Goffman (1961) menyenaraikan empat kriteria institusi yang terlibat mensosialisasikan manusia:
         Semua aspek kehidupan dilakukan dalam tempat yang sama di bawah satu bidang kuasa/otoriti.
         Semua aktiviti dan layanan adalah sama.
         Aktiviti harian dijadualkan mengikut peraturan formal.
Satu rancangan diwujudkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.    

Agen-Agen Sosialisasi
         Keluarga
         Agen terpenting (ibu bapa, adik beradik & sanak saudara)
         Unit asas dan hampir semua orang memiliki keluarga.
         Keluarga mengajar perkara asas tentang norma dan nilai kehidupan.
         Rakan Sebaya
         Kanak-kanak/remaja dalam usia yang sama.
Kelompok yang mempengaruhi pembentukkan peribadi dan personaliti individu.
         Sekolah
         Satu proses formal kurikulum sekolah dipelajari.
         Di Malaysia sekurang-kurangnya 11 tahun bersekolah.
         Membentuk disiplin, patuh peraturan, ketepatan masa, terlibat dalam aktiviti luar kelas.
         Peranan lelaki dan perempuan juga dibentuk menerusi tugasan, denda, tanggungjawab dalam kelas, buku dan aktiviti ko-kurikulum (Tunas Puteri vs Pengakap)
         Media Massa
         Media cetak mahupun elektronik.
         Unsur keganasan, muzik, keberanian dll.
Cara berpakaian dan bercakap.
         Agama
         Menjadi panduan penting dalam kehidupan masyarakat
         Doktrin yang diajar membentuk sikap dan nilai diri.
         Cthnya: konsep halal dan haram, tegahan terhadap pergaulan bebas, hubungan sesama jantina dll.
         Tempat Kerja
         Sebahagian besar menghabiskan masa dengan bekerja (30 tahun atau lebih).
Kajian Kohn dan Schooler (1983), cara kita bekerja akan mempengaruhi konsep diri dan tingkah laku kita.
Rumusan
         Personaliti kita yang unik dan peranan sosial kita dipelajari menerusi interaksi kita dengan orang lain.
         Menerusi interaksi ini, kita belajar untuk menjadi seorang manusia; belajar untuk berjalan, menyayangi dan bercakap.
Kapasiti semulajadi tidak boleh dibangunkan atau dibentuk tanpa interaksi sosial.

STRATIFIKASI SOSIAL & STRUKTUR KELAS
PENGENALAN
         Ketidaksamaan sosial wujud dalam pelbagai bentuk dan merupakan fenomena sosial yang bersifat sejagat.
         Ketidaksamaan sosial berlaku dipengaruhi oleh idea, kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat.
         Idea, kepercayaan dan nilai-nilai berfungsi sebagai kriteria untuk menilai, menyusun taraf dan menentukan ganjaran yang berbeza kepada individu atau kumpulan sosial yang terbentuk di antara manusia.
DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL
         Stratifikasi sosial (SS) adalah satu sistem penyusunan taraf manusia berasaskan pewarisan kedudukan sosial.
         Ting Chew Peh (1979) mengatakan, SS merupakan proses pembezaan individu-individu dalam masyarakat yang menyebabkan muncul hierarki yang terdiri daripada lapisan atau strata yang berlainan kedudukan.
Pada asasnya SS adalah hasil interaksi sosial yang melibatkan keistimewaan yang berbeza serta peluang hidup yang berlainan.
         Golongan dalam lapisan sosial yang berlainan mempunyai keistimewaan dan peluang hidup yang berlainan.
         Percubaan awal memehami konsep SS telah dilakukan oleh Karl Marx yang cuba menjelaskan bahawa masyarakat terbahagi kepada dua golongan yang bertentangan kepentingan.
         Golongan tersebut adalah kelas yang ada kuasa memperoleh punca pengeluaran (borjuis) dan kelas buruh (proletariat) yang dianggap sebagai kelas tertindas.
DEFINISI KONSEP KELAS
         Kelas adalah konsep yang mengukur kedudukan sosial manusia daripada segi kebendaan.
         Kelas juga merupakan pembentukan sosial yang tidak dapat dipisahkan daripada institusi ekonomi yang mengurus hal-hal seperti harta, pendapatan, kewangan, pelaburan, agihan kekayaan, tenaga kerja dan pembahagian buruh dalam masyarakat.
         Karl Marx berpendapat, kelas terbina ekoran kedudukan atau peranan yang berbeza dimainkan oleh individu dalam aktiviti yang membawa hasil bagi masyarakat.
         Umumnya, ketidaksamaan kelas dilihat sebagai pembentukan strata-strata atau kedudukan ekonomi yang tidak sama rata di kalangan anggota dalam sesebuah masyarakat.
         Ketidaksamaan kelas ini diakibatkan oleh perbezaan pemilikan kekayaan, pekerjaan dan pendapatan.
BENTUK-BENTUK KETIDAKSAMAAN
         Ketidaksamaan Gender
         Perbezaan biologi antara jantina merupakan pembahagian yang bersifat sosial ataupun budaya. Dalam setip masyarakat wujud anggapan-anggapan yang menghuraikan ciri-ciri sosial lelaki dan wanita.
         Dalam sosiologi, konsep gender digunakan untuk merujuk kepada makna, ciri-ciri sosial, peranan atau tingkahlaku yang dihubungkaitkan dengan sifat lelaki dan perempuan seseorang individu.
         Kepercayaan pada kewujudan sifat kewanitaan dalam banyak masyarakat telah menghalang perkembangan potensi dan kemajuan golongan wanita. Dua ideologi asas yang berkaitan yang telah menyumbang pembentukan takrifan gender dan kewujudan ketidaksamaan sosial antara lelaki dan perempuan adalah sexism dan patriaki.
         Sexism merujuk kepada kepercayaan bahawa salah satu daripada jantina adalah lebih superior atau mempunyai banyak kelebihan berbanding lain.
         Patriaki pula adalah kepercayaan bahawa lelaki adalah lebih superior berbanding perempuan.
         Kesannya, lelaki diberi keistimewaan untuk mendominasi wanita. Rentetan daripada itu, sejarah menyaksikan lelaki sebagai golongan yang menguasai kekayaan, kuasa dan status lebih tinggi berbanding dengan wanita.
         Ketidaksamaan Umur
         Umur bukan sahaja bersifat pembahagian semulajadi tetapi juga berbentuk sosial dan budaya.
         Menurut Magaret Mead (1961), peringkat remaja hampir tidak diiktiraf secara sosial di kalangan penduduk Samoan Island.
         Kajian Philippe Aries (1965), peringkat kanak-kanak tidak diiktiraf pada zaman pertengahan di Eropah. Ini bermaksud dalam setiap masyarakat, tahap-tahap umur dalam proses pengetuaan biologi individu adalah sesuatu yang diiktiraf secara sosial.
         Pengertian budaya yang menentukan peringkat-peringkat umur juga telah mempengaruhi hubungan kuasa, kekayaan dan status di kalangan anggota masyarakat.
         Dalam masyarakat industri moden, banyak daripada kuasa, satus dan kekayaan golongan tua telah beralih tangan kepada golongan peringkat umur pertengahan. Golongan muda dianggap lebih produktif dan berkebolehan.
         Ini disebabkan golongan muda memiliki taraf pendidikan, pengetahuan, kemahiran, sikap dan pemikiran baru yang lebih sesuai dengan perkembangan dan perubahan dalam masyarakat.
         Menurut Cohn (1982), penekanan kepada produktiviti dalam masyarakat industri telah mengakibatkan golongan tua menjalankan pekerjaan yang tidak produktif.  Mereka mungkin hanya terlibat dalam pekerjaan tradisional yang tidak diminati atau tiada status oleh golongan muda.
         Dalam kebanyakan masyarakat moden, golongan tua juga berdepan dengan isu penyisihan sosial dan dalam keadaan yang kritikal mengalami kematian sosial.
         Ketidaksamaan Etnik/ Ras
         Dalam mana-mana masyarakat berbilang etnik atau ras, faktor-faktor budaya dan ciri-ciri fizikal manusia merupakan sumber asas identiti dan perpaduan di kalangan anggota kelompok.
         Selain itu, ia juga merupakan faktor yang mempengaruhi dan menentukan pembentukan pola-pola agihan dan hubungan ketidaksamaan antara kelompok sosial.
         Dalam proses penstrukturan ketidaksamaan ini, sesetengah kelompokj sosial telah muncul sebagai kelompok yang lebih superior, dominan dan majoriti.
         Kelompok ini menikmati pelbagai kelebihan, keistimewaan berbanding dengan kelompokj yang inferior, subordinat dan minoriti.
         Ketidaksamaan yang wujud dalam masyarakat berbilang kaum etnik atau ras mempunyai beberapa pola;
         Masyarakat barat yang maaju (USA, Britain, Australia) golongan kulit putih adalah golongan yang menikmati kekayaan, kuasa politik dan mempunyai kedudukan dan status yang tinggi dalam masyarakat. Masyarakat kulit hitam dan imigran Asia tidak berkuasa, menjadi pekerja bawahan, menuikmati status dan taraf pendidikan yang lebih rendah.
         Masyarakat berbilangan etnik di Asia, imigran Asia seperti orang Cina lebih berjaya dalan ekonomi berbanding masyarakat peribumi yang mempunyai kuasa politik.
         Ketidaksamaan ras/etnik meliputi aspek pemilikan kekayaan, pekerjaan, peluang pekerjaan, kenaikan pangkat, pendapatan, pengangguran, kemiskinan, kebebasan politik, kuasa mempengaruhi dasar kerajaan dan layanan saksama.
         Ketidaksamaan Wilayah
         Fenomena ketidaksamaan antaara wilayah adalah salah satu daripada bentuk ketidaksamaan sosial yang utama dalam kehidupan manusia.
         Keadaan ini diakibatkan oleh perkembangan sistem ekonomi khususnya kesan kemunculan dan perkembangan sistem ekonomi kapitalis yang berteraskab perindustrian, perbandaran dan modenidasi.
         Dunia hari ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang saling berkaitan.
         Di peringkat antarabangsa; Dunia Pertama, Dunia Kedua dan Dunia Ketiga; Negara Industri, Negara Membangun, Negara Sedang Membangun, Negara Miskin, Negara Mundur.
         Dalam negara; pembahagian seperti megapolis, metropolitan, bandaraya, luar bandar, kampung.
         Pembahagian sebegini tidak sahaja menunjukkan perbezaan ruang fizikal tetapi yang lebih penting ia menunjukkan kewujudan ketidaksamaan ekonomi dalam agihan kekayaan dalam perancangan dan peruntukan pembangunan.
         Pembahagian ini sekaligus menunjukkan perbezaan-perbezaan yang wujud dalam peluang hidup, taraf dan gaya hidup, pengaruh atau kuasa di antara penduduk yang tinggal di wilayah-wilayah yang berbeza.
JENIS SISTEM STRATIFIKASI
Perpektif sosiologi telah mengenalpasti tiga jenis susun lapis yang wujud dalam masyarakat.
         Sistem Perhambaan
         Wujud dalam masyarakat tradisional.
         Manusia menjadi alat yang dimiliki oleh orang lain.
         Berfungsi sebagai satu sistem dalam proses pengeluaran masyarakat.
         Aset kepada seseorang (tuan) dn sah daripada segi undang-undang.
         Satu ketika dahulu, dianggp satu keperluan dalam susunan sosial masyarakat.
         Mempunyai status yang sangat rendah (ada yang dilayan seperi binatang).
         Menurut anggaran, seramai 10 juta orang kulit hitam dari benua Afrika telah ditangkap dan diperdagangkan untuk menjadi hamba kepada orang kulit putih di Amerika.
         Telah dimansuhkan hampir di seluruh dunia.
         Sistem Estet
         Dikaitkan dengan masyarakat feudal yang menentukan kedudukan seseorang melalui hubungannya dengan tanah.
         Berkembang di Eropah dalam zaman pertengahan.
         Kuasa dan martabat mempunyai kaitan dengan tanah.
         Tuan punya tanah bebas dan berkuasa manakala mereka yang tidak mempunyai tanah terpaksa mengerjakan tanah orang lain dan berada di bawah kuasa tuan tanah.
         Susun lapis masyarakat dalam sistem estet;
         Raja
         Bangsawan/ pemerintah
         Paderi
         Rakyat/ petani
         Tiap estet ditentukan oleh faktor kelahiran
         Boleh mengubah kedudukan melalui pengurniaan raja atau keizinan daripada pihak atasan dalam hierarki yang disebutkan.
         Sistem Kasta
         Satu-satunya sistem ketidaksamaan sosial yang masih wujud hingga ke hari ini.
         Muncul sebagai satu sistem sosial dalam masyarakat India semenjak permulaan zaman tamadun Hindu di India.
         Susun lapis masyarakat dalam sistem kasta;
         Brahmin (golongan agama)
         Khastriya (golongan raja dan pahlawan)
         Vaisya (golongan peniaga dan petani)
         Sundra (golongan pekerja buruh)
         Wujud satu kelompok bukan kasta yang tidak boleh disentuh yang dianggap paling rendah atau terhina kedudukan dalam masyarakat iaitu Harijan.
         Kitab suci Hindu (Rig Veda & Bhagavad Gita) telah menghuraikan pembentukan kelompok-kelompok sosial asas dalam pembentukan masyarakat Hindu.
         Larangan atau taboo tentang perkahwinan, makanan dan pergaulan harus diamalkan.
STRUKTUR KELAS MASYARAKAT INDUSTRI
         Kelas Atasan
         Lazimnya 1 hingga 5 peratus daripada keseluruhan penduduk.
         Meliputi dua golongan pelabur (pelabur yang memiliki kekayaan secara warisan dan pelabur yang muncul melalui usaha sendiri).
         Memiliki sebahagian besar keseluruhan kekayaan yang terdapat dalam masyarakat.
         Marx – borjuis atau kelas pemodal yang memiliki alat-alat pengeluaran.
         Kelas Menengah
         Meliputi semua pekerja kolar putih yang menerima gaji untuk perkhidmatan mereka dalam mengendalikan pelbagai aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
         Merupakan kelas ekonomi utama yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat industri-kapitalis.
         Kelas Bawahan
         Disebut juga sebagai kelas pekerja.
         Pekerja perburuhan (manual).
         Marx – kelas yang tidak memiliki apa-apa sumber atau alat pengeluaran.

INSTITUSI EKONOMI - SISTEM EKONOMI LOKAL & GLOBAL
Pengertian Institusi Ekonomi
         Tingkah laku ekonomi bermula  dengan adanya usaha kelompok untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
         Bermula dengan usaha mencari makanan,  mula menukar jenis makanan & barangan dengan kelompok lain – sistem barter trade.
         Lama kelamaan  proses pertukaran menjadi lebih tersusun, kemas & seterusnya diinstitusikan.
         Umumnya, sistem ekonomi merupakan satu sistem sosial yang meliputi persoalan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan serta perkhidmatan.
         Ahli sosiologi mengkaji sistem ekonomi kerana ia merupakan satu institusi sosial yang utama yang mempengaruhi institusi sosial yang lain dalam masyarakat.
         Ahli sosiologi melihat bagaimana sistem ekonomi dapat dihubungkaitkan dengan semua segmen masyarakat – cth, bagaimana keperluan pekerjaan mengakibatkan meningkatnya tahap pendidikan, bagaimana sistem industri mengubah corak kehidupan luar bandar serta berlakunya penghijrahan.
         Daripada perspektif sosiologi – bagaimana sistem ekonomi yang wujud dalam masyarakat telah memberi kesan terhadap kehidupan manusia.
Evolusi Struktur Ekonomi Masyarakat

Sistem Ekonomi Pasaran Bebas/Kapitalisme
         Kapitalisme muncul di England & di Eropah Barat semasa Revolusi Industri.
         Mengutamakan hak memiliki harta sendiri – tanah, kilang.
         Menggalakan keuntungan sendiri – bebas melabur dalam kegiatan pengeluaran.
         Sistem ekonomi bebas – kerajaan tidak memainkan sebarang peranan dalam membuat keputusan ekonomi.
         Dikenali laissez-faire – mengalami perubahan, kerajaan campur tangan – kurangkan penindasan kapitalis terhadap masyarakat.
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat/Sosialisme
         Muncul akibat pertentangan golongan kapitalis & pekerja.
         Masalah asas ekonomi diputuskan kerajaan/perancangan pusat.
         Wujud akibat ketidakstabilan & ketidakadilan ekonomi yg dicipta oleh mekanisme pasaran.
         Kerajaan memutusan barangan apa yg perlu dikeluarkan – barangan keperluan rakyat.
         Harta dimiliki bersama secara kolektif dan hak memiliki harta secara individu terhad.
         Ahli masyarakat mendapat pengagihan harta sama rata.
Sistem Ekonomi Komunisme
         Dipengaruhi oleh idea dan penulisan Karl Marx.
         Memastikan wujudnya kesamaan dan masyarakat tanpa kelas.
         Semua harta dimiliki oleh kerajaan atau pemerintah itu sendiri.
         Memastikan ahli masyarakat bebas daripada penindasan.
         Ekonomi komunis melibatkan kawalan politik satu parti dan semua kegiatan di bawah jagaan pemerintah.
         Pada masa kinitidak terdapat mana-mana negara  di dunia yang seratus peratus mengamalkan sistem komunis ini.
Sistem Ekonomi Campuran
         Dalam masyarakat perindustrian, tidak terdapat negara yang mengamalkan satu-satu jenis sistem ekonomi (kapitalisme, sosialisme & komunisme).
         Terdapat percampuran sistem daripada sistem-sistem utama.
         Ia merupakan satu sistem persendirian dan kerajaan sama-sama membuat keputusan kepada masalah asas ekonomi.
         Merupakan perantaraan antara sistem kapitalisme & sosialisme.
         Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran.
         Kerajaan membuat keputusan dlm bidang ekonomi tertentu.
Sistem Ekonomi Islam
         Individu bebas mengumpul harta melalui kegiatan ekonomi melalui persaingan yg adil – rajin, pintar, usaha.
         Kegiatan ekonomi yg dijalankan berasaskan akhlak & adab – jujur, amanah, bertanggungjawab. Elakkan rasuah, ugut dsb.
         Mengutamakan perbelanjaan yang mendatangkan kebajikan dan keuntungan kepada masyarakat.
         Harta kekayaan diperoleh individu yang cukup banyak, perlu diagihkan beberapa peratus daripadanya kepada mereka yang kurang bernasib baik yg dikenali sebagai zakat.
         Dalam sosiologi kita akan menghubungkaitkan kesan sistem ekonomi yang dipilih oleh sesebuah negara terhadap sistem politiknya, institusi pendidikan, institusi keluarga dsb.
         Di Malaysia sistem ekonomi campuran telah dilaksanakan dalam memastikan kestabilan ekonomi, sosial, budaya dan politik dapat dipastikan.
         Kerajaan sentiasa campur tangan dalam setiap hal ekonomi yang menyangkut kepentingan rakyat.
         Ekonomi campuran yang dilaksanakan menggabungkan perbadanan-perbadanan besar (MNC, TNC), perniagaan-perniagaan kecil.

INSTITUSI SOSIAL - PERKAHWINAN & KEKELUARGAAN
Pengertian Institusi Sosial
         Perspektif sosiologi – institusi sosial bukanlah merupakan satu bangunan, bukan juga sekelompok manusia dan juga bukan sebagai satu organisasi.
         Chinoy (1962) – institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang.
         Gouldner (1971) – Institusi sosial adalah sebagai satu cara yang standard diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat seperti menguruskan kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya.
         Umumnya pengertian sosial konsep ini – merujuk kepada pola-pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan  dan pola-pola tingkah laku ini merupakan hubungan sosial yang mempunyai  satu matlamat sosial yang tertentu.
         Institusi sosial merupakan suatu sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial.
         Merujuk kepada sesuatu yang telah terasas dalam masyarakat – contohnya institusi agama, institusi perkahwinan dan kekeluargaan, institusi ekonom, institusi politik, dll.
Institusi Kekeluargaan dan Perkahwinan
         Institusi keluarga sebagai satu unit sosial mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan dan pembentukan sifat seseorang manusia sebagai anggota masyarakat.
         Keluarga bukan sahaja alat kepada kesinambungan sesebuah kebudayaan tetapi juga sebagai agen dalam merubah kebudayaan.
         Permulaan keluarga dalam tamadun manusia berpunca daripada peraturan melarang hubungan kelamin antara anggota yang rapat dalam keluarga seperti antara ibu bapa dan anak dan antara adik dan abang.
         Larangan ini dinamakan sumbang mahram.  Oleh itu anggota keluarga sendiri perlu mencari pasangan hidup daripada keluarga lain.
         Wujudnya hubungan yang terjalin antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, maka bilangan keluarga yang berkerjasama dalam sesebuah masyarakat terus bertambah. Ini berlaku dalam semua jenis masyarakat yang menyebabkan lahirnya institusi perkahwinan.
         Keluarga secara umumnya didefinisikan sebagai ibu dan bapa serta anak-anak sebagai satu kumpulan yang tinggal sebumbung melalui proses perkahwinan.
         Oleh itu perkahwinan  merupakan penyatuan antara individu yang disokong secara sosial untuk mendapat kestabilan, hubungan yang mesra termasuklah interaksi seksual antara elemen yang lahir daripada perkahwinan.
         Daripada perspektif sosiologi – yang diberi keutamaan adalah aspekj struktur keluarga, bentuk perkahwinan, pola autoriti dalam keluarga, bentuk pasangan hidup, pola tempat tinggal dan pola keturunan serta kepusakaan.
Bentuk Keluarga
Kekeluargaan merupakan satu sistem perhubungan yang terdapat hubungan saling bergantung antara anggotanya.
          Keluarga Nuklear
Bentuk ini terdiri daripada ibu, bapa dan anak sendiri serta anak-anak angkat yang tiggal bersama dalam sebuah rumah yang sama.
Ianya berasingan daripada saudara mara yang lain. Bentuk ini wujud dalam masyarakat moden dan industri.
Bentuk ini juga dipanggil  conjugal family yang bermaksud sepasang suami isteri sama ada mempunyai anak atau tidak.
         Keluarga Luas (Extended Family)
Bentuk ini terdiri daripada lebih dua hubungan darah yang tinggal serumah. Cth – bapa saudara, datuk, nenek dan saudara mara lain.
Ketua dalam keluarga jenis ini biasanya adalah lelaki yang paling btua dan golongan dewasa akan berkerjasama dalam tanggungjawab mencari rezeki dan mengasuh anak-anak.
Bentuk ini biasa terdapat dalam masyarakat tradisional dan praindustri. Ia juga dipanggil consiguinal family.
Disebabkan perkembangan teknologi yang pesat di Barat menyebabkan keluarga bentuk ini telah bertukar kepada keluarga nuklear kerana jumlah anggota keluarga yang besar sukar diurus.
         Keluarga Campuran
Jenis keluarga ini terbentuk hasil perceraian yang berlaku dalam keluarga nuklear.
Suami atau isteri akan berkahwin lain dan membawa anak atau anggota keluarga suami atau isteri baru untuk tinggal bersama-sama.
         Keluarga luas yang diubahsua
Jenis keluarga  ini – terbentuk berdasarkan rangkaian keluarga nuklear yang tinggal berasingan tetapi masih mengekalkan hubungan dan bantuan yang diperlukan.
Anggota keluarga tidak tinggal berdekatan tetapi kerja bersama atau masih bergantung kepada bapa.
Penyertaan dalam bentuk keluarga luas yang diubahsuai adalah sukarela.
Bentuk Perkahwinan
Berbeza mengikut kebudayaan masyarakat. Ada yang menganggap hidup bersendirian adalah lebig baik, cth – paderi, sami, ibu tunggal dsb. Institusi perkahwinan dan keluarga merupakan institusi sejagat kerana sebahagian besar masyarakat di dunia ini berkahwin dan mendapat faedah daripadanya.
          Monogami
Amalan perkahwinan – berlaku perkahwinan seorang suami dan seorang isteri pada masa yang sama. Sebahagian besar masyarakat mengamalkan bentuk perkahwinan ini.
         Poligami
Merujuk kepada amalan perkahwinan seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri ataupun seorang isteri mempunyai lebih daripada seorang suami. Bagi ahli sosiologi, soorang suami berpoligami dengan mempunyai dua atau lebih isteri dalam satu masa disebut poligami. Cth – masyarakat Islam.
Seorang isteri mempunyai dua atau lebih suami dalam satu masa disebut amalan poliandri. Cth – Masyarakat Todas di India dan Nyinba di Tibet.
Bentuk Pemilihan Pasangan
Terdapat peraturan tertentu bagaimana anggota sesebuah masyarakat memilih pasangan untuk berkahwin.
          Eksogami
Amalan atau peraturan pemilihan – anggota mesti memilih pasangan hidup daripada kelompok luar daripada kelompoknya. Iaitu mereka yang tidak mempunyai ikatan persaudaraan.
Dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan kebudayaan.
         Endogami
Cara pemilihan – apabila anggotanya dikehendaki memilih pasangan hidup daripada anggota kelompok sendiri seperti sepupu dan sebagainya.
Biasanya berlaku antara anggota agama, bangsa dan kaum dari kelas sosial yang sama.
Bertujuan mengekalkan solidariti.
Bentuk Kekuasaan
Menerangkan bagaiamana bentuk kuasa antara suami dan isteri. Ia sebenarnya dipengaruhi oleh bentuk personaliti pasangan dan juga berasaskan nilai dan norma sesebuah masyarakat.
          Patriakal
Aapabila sesebuah keluarga mengutamakan golongan suami ataupun si suami mempunyai kuasa lebih dalam rumah tangga dan mengawal kehidupan sosial keluarga tersebut.
         Matriakal
Keluarga itu mengutamakan golongan isteri sebagai mempunyai kuasa untuk bersuara, tetapi tidak bermakna berkuasa membuat keputusan kecuali dengan kematian suami.
Bentuk ini berlaku dalam semua kategori masyaarakat.
Dalam keluarga nuklear banyak mengamalkan cara ini terutama masyarakat yang mewariskan harta kepada kaum perempuan.
         Egalitaria
Bentuk kekuasaan di mana suami atau isteri mempunyai kuasa yang sama dalam menentukan kehidupan dalam masyarakat.
Ini banyak berlaku dalam dunia moden di mana semakin ramai kaum wanita yang berpendidikan dan mempunyai pekerjaan dalam membantu  ekonomi rumah tangga.
Bentuk Tempat Tinggal
Tempat tinggal juga berbeza mengikut kebudayaan  sesebuah masyarakat.  Perbezaan tempat tinggal, kadang kala dipengaruhi  oleh bentuk atau struktur keluarga dan bagaimana memilih pasangan hidup.
          Neolokal
Mereka yang berkahwin akan memilih untuk tinggal di rumah sendiri dan membentuk keluarga asas.
Masyarakat moden dan industri mengamalkan  cara hidup ini.
Ini bermakna mereka tinggal berjauhan daripada ibu bapa isteri atau suami masing-masing.
         Patrilokal
Pasangan baru berkahwin akan tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelah suami dan membentuk keluarga luas. Bentuk ini lebih banyak diamalkan berbanding matrilokal.
          Matrilokal
Pasangan yang baru berkahwin atau tinggal bersama atau berdekatan dengan keluarga sebelah isteri. Ada beberapa faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat memilih pola tempat tinggal yang sesuai tetapi dalam masyarakat sistem neolokal banyak diamalkan.
Bentuk Keturunan dan Kepusakaan
Bentuk keturunan berkait rapat dengan konsep kinship yang menerangkan hubungan sosial antara seorang individu dengan nenek moyangnya berasaskan faktor perkahwinan. Bagi sesetengah masyarakat perhubungan kinship ini penting kerana memperkembangkan zuriat dan keturunan sesuatu bangsa itu. Bentuk keturunan boleh dilihat melalui nisab bapa, nisab ibu ataupun kedua-duanya dan ianya penting dalam pewarisan harta.
          Patrilineal
Perhubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan kelompok keluarga sebelah bapa. Banyak diamalkan dalam masyarakay hari ini.
         Matrilineal
Dihubungkan denganb kelompok keluarga melalui keturunan sebelah ibu. Persaudaraan dikesan melalui keluarga perempuan dan segala harta ibu menjadi pusaka kepada anak-anak perempuan.
          Bilateral
Keturunan ini menunjukkan hubungan individu yang sama rapat antara keluarga sebelah ba dan juga ibu. Hubungan persaudaraan dikira daripada kedua belah pihak.
FUNGSI SOSIAL INSTITUSI KELUARGA DALAM MASYARAKAT
Keluarga paling penting berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, penyayang, toleransi, tolong menolong dsb kerana ianya penting kepada perkembangan masyarakat seterusnya.
Selain itu institusi keluarga mempunyai fungsi tersendiri dalam mendokong peranan tersebut. Peranan keluarga drp perspektif sosiologi:
Theoretical Perspective
Emphasis
Functionalist
The family as a contributor to social stability
Roles of family members
Conflict
The family as a perpetuator of inequality
Transmission of poverty or wealth across generation
Interactionist
Relationships among family members
Feminist
The family as a perpetuator of gender roles
Female-headed households

         Fungsional
Perspektif ini melihat institusi keluarga sebagai penyumbang kepada kestabilan dan keperluan sosial yang merupakan sumbangan positif kepada masyarakat.  Mewujudkan individu yang berfikiran dan berkelakuan positif sesuai dengan nilai dan norma yang ditetapkan dalam sesebuah masyarakat. Fungsi sosial institusi keluarga dalam masyarakat adalah:
          Menambahkan zuriat
         Tambah zuriat hasil daripada perkahwinan.
         Sumbangan positif untuk menambahkan bilangan ahli.
         Mengekalkan nilai-nilai yang telah diwarisi sebelumnya.
         Agen kepada proses sosialisasi
         Menjamin tahap sosialisasi positif.
         Menyalurkan kebudayaan untuk diwarisi.
         Mempengaruhi pembentukan personaliti  individu.
         Memberi sokongan emosi
         Hubungan keluarga yang rapat menjamin wujudnya kasih sayang, sifat bertanggungjawab, mengambil berat dsb.
         Keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang, hormat menghormati dan nilai-nilai positif lainnya akan membentuk keluarga bahagia terhindar daripada perkara-perkara negatif.
         Kawalan sosial
         Mekanisme menentukan anggota masyarakat mematuhi peraturan. Mengajar anak-anak mengikuti peraturan.
         Ajaran dan didikan yang baik membentuk peribadi mulia.
         Tujuan ekonomi
         Memantapkan ekonomi keluarga.
         Memastikan fungsi keluarga dalam ekonomi dapat berterusan bagi menjamin kesejahteraan ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat.
         Konflik
Perspektif  konflik menjelaskan bahawa perkahwinan  dan kewujudan institusi keluarga tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada individu atau masyarakat, melainkan konflik semata-mata. Pandangan ahli teori konflik keluarga:
         Mengekalkan ketidaksamaan
         Institusi keluarga menyebab berlakunya penindasan dan mengekalkan ketidaksamaan yang sedia ada dalam masyarakat.
         Keluarga yang kaya dan berkuasa akan menindas yang lemah.
         Mewujudkan ketegangan
         Perkongsian hidup suami isteri sering menimbulkan ketegangan dan perkelahian.
         Perkahwinan menjadi medan perjuangan suami isteri.
         Mengekalkan status kaum lelaki
         Mengekalkan lagi kedudukan tinggi kaum lelaki.
         Kuasa kaum lelaki akan terus diperkukuhkan yang akhirnya akan membawa kepada keganasan dsb.
         Perceraian
         Akibat daripada kesan negatif daripada perkahwinan.
         Interaksional
Perspektif  Interaksional menekankan tentang hubungan di kalangan individu-individu dalam keluarga. Pelbagai bentuk hubungan yang terjalin sama ada daripada segi ekonomi dan sosial yang akan memberi kesanb positif atau sebaliknya.
          Feminisme
Perspektif  Feminisme menekankan keluarga sebagai mengekalkan peranan gender.  Ketua keluarga lebih berpihak kepada lelaki kecuali ibu tunggal yang memainkan peranan utama dalam menerajui rumah tangga.


Model masyarakat
MODEL MASYARAKAT KARL MARX
         Daripada perspektif sosiologi, Marx melihat masyarakat sebagai satu bentuk materialism.
         Ini disebabkan beliau menjelaskan pembentukan masyarakat ini hasil daripada proses-proses pengeluaran ekonomi.
         Bagi Marx struktur ekonomi dalam sesebuah masyarakat merupakan asas pembentukan masyarakat tersebut.
         Mod pengeluaran dalam kehidupan kebendaan menjelaskan dengan perinci sifat umum sosial, politik dan proses spiritual dalam kehidupan.
         Marx berpendapat, sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat akan mempengaruhi kehidupan sosial masyarakat tersebut yang dikenali sebagai the infrastucture.
         Faktor-faktor lain seperti sistem politik, agama, pendidikan dan keluarga merupakan struktur utama sesebuah masyarakat dikenali sebagai the superstructure.
SUPERSTRUKTUR







INFRASTRUKTUR
         Proses pengeluaran ekonomi masyarakat akan mempengaruhi corak keseluruhan masyarakat tersebut.
         Sistem ekonomi yang dimaksudkan merangkumi:
         faktor-faktor teknikal pengeluaran – kilang, tanah.
         Faktor-faktor sosial pengeluaran – borjuis dan proletariat.
         The infrastructure – pembentuk asas sesuatu masyarakat itu.
         The superstructure – pembentukan institusi sosial, teras nilai dan norma dalam kebudayaan masyarakat tersebut (binaan yang dibina di atas sesuatu yang lain).
         Marx percaya , semua institusi atau bahagian dalam sesuatu masyarakat itu saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain.
MODEL MASYARAKAT MAX WEBER
         Weber membuat penghuraian tentang pembentukan dan ciri-ciri masyarakat moden.
         Sumbangan Weber terpenting adalah konsep rationalization dan hubungannya dengan perubahan sosial yang dialami oleh sesebuah masyarakat.
         Proses rasionaliti merupakan satu proses pemikiran dan pertimbangan yang dilakukan dengan teliti serta dikira dengan menggunakan fakta atau perkara yang sebetulnya dengan cara yang paling berkesan untuk menyempurnakan apa-apa tujuan yang tertentu.
         Analisis Weber tentang masyarakat adalah memberi penekanan kepada kepentingan permikiran dan idea manusia itu.
         Beliau percaya perkembangan teknologi akan membentuk sesebuah masyarakat itu.
         Menurut Weber lagi, kesedaran manusia seperti idea, kepercayaan dan nilai memainkan peranan yang sama penting dengan teknologi dan konflik sosial dalam membawa kepada perubahan sosial.
         Baginya masyarakat moden terbentuk daripada bentuk pemikiran yang baru, di samping perubahan teknologi dan sistem pengeluaran.
         Weber melihat hubungan perkembangan kapitalisme dalam masyarakat moden dengan cara hidup dan kerja masyarakat yang beragama Protestant.
         Weber menjelaskan perkembangan kapitalisme selaras dengan pertumbuhan masyarakat moden di Eropah yang menganjurkan ajaran Calvinisme iaitu berusaha keras mencapai kejayaan dan meletakkan nilai yang tinggi terhadap kerja yang bersungguh-sungguh.
         Weber yakin corak pemikiran manusia yang rasional akan membentuk kehidupan sesebuah masyarakat.
         Baginya rasionaliti, perkara yang paling penting dalam membentuk masyarakat moden.
MODEL MASYARAKAT TALCOTT PARSONS
Perspektif Struktur Fungsional
         Talcott Parsons (1902-1979) menerangkan pembentukkan masyarakat daripada perspektif struktur fungsional.
         Setiap elemen struktur sosial dalam masyarakat membantu mewujudkan kestabilan masyarakat tersebut.
         Parsons (1964), masyarakat perlu memenuhi 4 fungsi bagi memastikan yang masyarakat tersebut terus wujud.
4 fungsi tersebut adalah:
         Penyesuaian
         Masyarakat perlu sesuaikan diri dengan alam  untuk hidup.
         Tugas utama masyarakat untuk mengeluar dan mengagihkan sumber-sumber material bagi keperluan anggotanya.
         Masyarakat perlu ada matlamat
         Apabila kehendak telah dipenuhi, masyarakat perlu mempunyai azam untuk mencapai matlamat tersebut. Cth: berazam meningkatkan taraf hidup.
         Masyarakat perlu ada integrasi dan kerjasama
         Semua anggota masyarakat perlu ada integrasi dan kerjasama untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.     
         Masyarakat perlu ada pengekalan pola
         Iaitu sikap anggota masyarakat mesti bersetuju dan berkongsi nilai-nilai dan mematuhi segala norma dan kebudayaan masyarakat tersebutdalam usaha mengintegrasikan  aktiviti mereka.
Parsons menjelaskan struktur masyarakat terdiri daripada 4 sistem atau peringkat utama yang berkaitan di antara satu sama lain dan juga berkaitan dengan setiap fungsi yang telah dibincangkan, dinamakan the four-system hierarchy (Parsons 1966: 28)


         Sistem perlakuan bertujuan memenuhi keperluan manusia untuk terus hidup yang berkaitan dengan fungsi masyarakat dalam proses penyesuaiannya.
         Sistem personaliti bertujuan mewujudkan cara-cara bagaimana manusia dapat digerakkan untuk berkerjasama menjalankan aktiviti bagi mencapai matlamat sosial masyarakat.
         Sistem ini berkait rapat dengan fungsi masyarakat untuk memenuhi matlamatnya.
         Pola perlakuan yang tersusun dan konsisten merupakan sistem sosial yang dikaitkan dengan fungsi masyarakat yang memerlukan kepada proses integrasi.
         Sistem kebudayaan merangkumi simbol-simbol yang dibentuk oleh manusia dalam usaha mencari makna dalam kehidupan.
         Sistem kebudayaan adalah paling kuat dan berpengaruh dalam sesebuah masyarakat.
         Nilai-nilai budaya yang dominan yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang telah menjadi panduan kepada masyarakat dalam membentuk dan mengekalkan struktur sosial yang tersusun.
         Sistem kebudayaan adalahcara bagaimana masyarakat memenuhi fungsinya untuk mencapai pengekalan pola.
         Parson berpendapat sistem kebudayaan adalah yang terpenting dalam masyarakat dan akan mempengaruhi sistem lain yang di bawahnya, iaitu mempengaruhi pola sosial, membentuk personaliti dan memberi makna simbolik terhadap kewujudan manusia secara biologi.
         Sebaliknya, setiap sistem tadi merupakan pengasas kepada pembentukkan sistem di atasnya.
         Tidak ada personaliti tanpa kewujudan manusia secara biologi, tidak ada sistem sosial tanpa sistem personaliti dan tidak ada sistem kebudayaan tanpa integrasi kehidupan sosial.

         Nilai-nilai budaya yang dominan yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang telah menjadi panduan kepada masyarakat dalam membentuk dan mengekalkan struktur sosial yang tersusun.
         Sistem kebudayaan adalahcara bagaimana masyarakat memenuhi fungsinya untuk mencapai pengekalan pola.
         Parson berpendapat sistem kebudayaan adalah yang terpenting dalam masyarakat dan akan mempengaruhi sistem lain yang di bawahnya, iaitu mempengaruhi pola sosial, membentuk personaliti dan memberi makna simbolik terhadap kewujudan manusia secara biologi.
         Sebaliknya, setiap sistem tadi merupakan pengasas kepada pembentukkan sistem di atasnya.
         Tidak ada personaliti tanpa kewujudan manusia secara biologi, tidak ada sistem sosial tanpa sistem personaliti dan tidak ada sistem kebudayaan tanpa integrasi kehidupan sosial.

Institusi Politik - kuasa, politik dan pemerintahan
PENGENALAN
         Politik – satu institusi sosial digunakan untuk mengekalkan susunan sosial yang ada, dengan cara menggunakan kuasa untuk memperoleh kepatuhan pada sistem autoriti yang wujud.
         Redcliffe-Brown (1961) – sebagai satu sistem, politik adalah sebahagian daripada organisasi sesebuah masyarakat.
POLITIK BERDASARKAN PERSPEKTIF SOSIOLOGI
         Perspektif sosiologi – konsep politik merujuk kepada satu operasi kerajaan dalam bentuk yang formal – satu perkembangaan sosial yang mana kuasa akan diagihkan dan digunakan oleh kumpulan, organisasi dan masyarakat.
         Tujuannya mengekalkan keharmonian sesama anggota masyarakat dan memupuk jalinan di dalam dan antara masyarakat melalui pelaksanaan undang-undang yang diterima umum. 
         Politik juga adalah mekanisme kawalan sosial yang diwujudkan untuk memberi batasan kepada tingkah laku individu serta kumpulan dan hak untuk membuat dan melaksanakan keputusan bagi pihak masyarakat atau pun sebahagaian daripada masyarakat.
         Secara umumnya, institusi politik adalah struktur sosial dan idea-idea budaya yang kekal, di mana kuasa diagih dan dikuatkuasakan dalam masyarakat.
KUASA
         Kuasa ciri utama dalam sebahagian besar sistem politik.
         Politik satu set susunan sosial yang di institusikan untuk menjawab persoalan bagaimana sesebuah masyarakat itu perlu diperintah.
         Kuasa adalah teras utama disebalik politik.
         Kuasa akan menentukan bagaimana keputusan dibuat dan di bawah keadaan apa, bagaimana pembuat keputusan ini dipilih, bila mereka akan diganti dan batasan kuasa golongan ini.
         Max Weber – kuasa adalah keupayaan untuk menguatkuasakan kehendakseseorang terhadap orang lain walaupun berlakunya penentangan.
         Bermakna – kuasa politik bukan sahaja mengawal orang tetapi keupayaan untuk memutuskan bagaimana sumber-sumber masyarakat boleh dan dapat digunakan.
         Kuasa menurut Weber, kesanggupan seseorang individu atau kelompok untuk mencapai sesuatu, mengawal atau mempengaruhi tingkah laku pihak lain biarpun ianya bertentangan dengan kemahuan pihak tersebut.
         Talcott Parsons – kuasa berperanan ke atas sistem sosial. Baginya kuasa sebagai sumber sistem sosial yang digunakan untuk mencapai seluruh matlamat sistem sosial bagi pemeliharaan dan integrasi sistem sosial tersebut.
KUASA MENURUT MAX WEBER
         Max Weber, gave a general definition of power as 'the chance of a man or a number of men to realize their own will in a command action even against the resistance of others who are participating in the action' (Gerth and Mills 1948).
         To Weber, power is about getting your own way, even against the opposition of others.
         Many sociologists have followed Weber in making a distinction between forms of power that are coercive and those that have authority.
         2003 war in Iraq, for example, often criticized the American-led invasion because it did not have explicit authority from the United Nations, so they viewed the war as illegitimate - a coercive use of power.
         Most forms of power are not based solely on force, but are legitimated by some form of authority.
Think of other examples where power is exercised without the use of force. Can people and groups be said to be 'powerful', even if they have no means of force and violence?
         Max Weber's discussion of power focused on  distinguishing between different categories - or 'ideal types' - of authority. For Weber, there were three sources of authority: traditional, charismatic and rationaIlegal.
         Traditional authority is power legitimized through respect for long-established cultural patterns. Weber gives the example of hereditary family rule of nobles in medieval Europe.
         Charismatic authority tends to disrupt tradition. It is drawn from the devotion felt towards a leader by his or her subordinates who believe that the leader possesses exceptional qualities that inspire devotion.
         'Charisma', to Weber, is a trait of personality. Jesus Christ and Adolf Hitler are often given as examples of individuals with charismatic authority.
         Yet charismatic authority can be exercised in more mundane ways too: the authority of certain teachers, for example, may be in part charismatic.
         In the modern world, Weber argued, rational-legal authority was increasingly replacing traditional authority.
         This is power that is legitimated through legally enacted rules and regulations. It is found in modern organizations and bureaucracies and in government, which Weber described as the formal organizations that direct the political life of a society (Gerth and Mills 1948).
KUASA MENURUT FOUCAULT
         The French sociologist Michel Foucault (1926-84) has also developed a highly influential account of power, far removed from Weber's more formal definition.
         Foucault argued that power was not concentrated in one institution, such as the state, or held by anyone group of individuals.
         He argued that these older models of power, including that of Stephen Lukes, relied on fixed identities. Power was held by groups that were easily identifiable: for example, the ruling class (for Marxists) or men (for feminists).
         Instead, Foucault argued power operates at all levels of social interaction, in all social institutions, by all people.
         To Foucault, power and knowledge are closely tied together, and serve to reinforce one another.
         The claims to knowledge of a doctor, for example, are also claims to power, as they are put into practice in an institutional context, such as a hospital. The increase in knowledge about health and illness gave power to doctors who could claim authority over patients.
         Foucault's account breaks down the simple division introduced above, between authoritative and coercive forms of power, as power is understood as something found in all social relations rather than something exercised by dominant  groups.
         Foucault's conception of power therefore widens the conception of 'the political'.
         Critics of Foucault, however, argue that although he provided a highly subtle account of the way in which power operates in everyday social interactions, his hazy conception of the term underestimates the concentration of power in structures such as the military or social classes.




Post a Comment