Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Alat Muzik Sabah Yang Terkenal


JOM JOIN FASYA =)


Alat Muzik Sompotan

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos. Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

JOM JADI AHLI DROPSHIP FASYA ...

Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.ara Bermain Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga menggunakan teknik ‘menghembus’ serta ‘menyedut’ untuk menghasilkan bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni. Sompoton juga menggunakan system ‘free reed’ yang tunggal sebagai bahan bunyinya



Alat Muzik Kulintangan

 
Kulintangan merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil. Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu. Cara bermain - Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai “mitagunggu”. Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.




Post a Comment