Bajet Belajawan 2015 Untuk Sabah Dan Sarawak

1.0 BAJET 2015
Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat (Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin). Bajet dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula daripada 15 Januari sehingga 15 Januari tahun bagi berikutnya. Tujuan bajet dilaksanakan bagi mengurangkan defisit fiskal yang paling utama dan dalam pada masa yang sama mahu meningkatkan pendapatan dan kantung kerajaan Malaysia. Bajet diwujudkan mengikut strategi utama iaitu memperkukuh pertumbuhan ekonomi, memantap tadbir urus fiscal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda bumiputera memartabat peranan wanita, membangun program transformasi belia dan mensejahtera rakyat.

          Begitu juga dengan bajet yang dilaksanakan pada tahun ini iaitu bajet 2015 yang memperuntukan sejumlah RM 273.9 billion. Hal ini demikian, berlaku kenaikan peruntukkan sebanyak RM 9.8 billion. Kerajaaan Malaysia mahu mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0 % pada tahun 2015 menjangkakan 3.5% pada tahun 2014 ini. Daripada pembentangan bajet 2015 Malaysia ini, Rm 50.5  telah disalurkan kepada bajet pembangunan. Daripada peruntukan bajet 2015, melibatkan perbelanjaan mengurus pembayaran kepada keluargabesar kakitangan awam di Malaysia adalah terbesar apabila menjangkau RM 65.6 billion. Kerajaan Malaysia dijangka akan mampu mengaut dana sejumlah RM 235.2 billion pada tahun 2015 kelak, yang mana berlakukenaikan sebanyak RM 10.2 billion.

Perbelanjaaan keselamatan negarasejumlah RM 27.6 billion dengan peruntukkan sebesar  ini diharapkan kadar jenayah semakin berkurang. Peruntukan sebesar RM4.5 billon, diharapkan rakyat Malaysia di kawasan luar Bandar mampu menikmati infrastruktur yang jauh lebih baik dan serupa dalam kalangan yang tinggal. Skim Perumahan Belia dengan 20,000 unit bakal dibina di bawah skim ini, ia adalah suatu jumlah yang besar. Dengan peningkatan pembinaan unit rumah PRIMA sebanyak 80,000 unit lagi peruntukkan sebesar RM 1.3 billion ditambah dengan had kelayakan pinjaman dinaikkan kepada 10,000 bakal meringankan sedikit sebanyak beban generasi Y dan yang baru berkeluarga untuk memiliki rumah idaman sendiri pada kadar berpatutan.


2.0 BELANJAWAN NEGERI SABAH 2015
Bajet yang bernilai RM 273.9 billion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Abdul Razak pada 10 Oktober 2014 di Dewan Rakyat disokong sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman. Perdana Menteri memberi tumpuan spesifik dalam bajet terhadap pembangunan infrastruktur awam, keselamatan, pembangunan, pertanian dan penyeragaman harga barangan.
Pada 7 november 2014, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman (Ketua Menteri Dan Menteri Kewangan Sabah) telah membentangkan bajet negeri sabah di Persidangan Dewan Undangan Negeri dengan bertemakan “Menumpu Kelestarian Pembangunan Untuk Kesejahteraan Rakyat.” Strategi utama bagi bajet 2015 untuk Sabah iaitu memperkukuhkan kutipan hasil dan memperluaskan sumber hasil, merancang perbelanjaan secara optimal, menumpukan kepada pembangunan sektoral dan lestari serta mempertingkatkan sistem penyampaian kea rah pencapaian sasaran.
Bajet 2015 memberi penekanan yang berterusan terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat sabah melalui pengangihan RM 27 billion untuk lebuhraya Pan Borneo, pembaikan jalan di pendalaman dan usaha untuk menghasilkan lebih banyak usahawan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri memberi penekanan kepada keseimbangan diantara “Ekonomi modal” dan “Ekonomi rakyat” untuk memastikan pembangunan yang adil dan menyeluruh untuk seluruh negara.
     Sabah adalah antara negeri yang paling banyak mendapat peruntukkan pembangunan prasarana iaitu sebanyak RM11.115 billion telah disalurkan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sehingga RMK-10. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Parlimen Libaran merupakan antara kawasan yang mendapat limpahan peruntukan iaitu sebanyak 274 projek telah dibangunkan dengan menelan belanja RM 149.48 juta. Menurut beliau, program pembangunan tersebut melibatkan jalan luar Bandar, jalan perhubungan desa dan projek pembangunan bekalan air di pendalaman. Bajet ini adalah penerusan tradisi dalam menjaga kebajikan rakyat, terutamanya melalui  peningkatan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
    
Isu bekalan air bersih merupakan satu beban yang terpaksa ditanggung oleh penduduk setempat di Sabah ekoran kekurangan air bersih terutama di kawasan bandar.  Justeru, dalam bajet negeri sabah 2015 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 571.71 juta untuk meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur bekalan air terawat, memperluaskan liputan bekalan air dan mengurangkan insiden gangguan bekalan air. Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan beberapa projek bekalan air yang dibiayai secara pinjaman persekutuan antaranya termasuklah projek pembinaan Loji air dan pemasangan Rangkaian paip di Beaufort dengan kos sebanyak RM 226 juta, pembinaan Rawatan Air Keningau dengan jumlah kos sebanyak RM 235 juta dan program mengurangkan Air TakBerhasil (NRW) KK Fasa IV dengan melibatkan sebanyak RM 38 juta. Di samping itu, kerajaan merancang untuk melaksanakan program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit Malaysia. Untuk projek yang seterusnya, kerajaan menjalankan program membina dan membaik pulih rumah usang yang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit
Senarai projek yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan dipersetujui oleh kerajaan negeri Sabah melalui proses konsultansi dengan kementerian. Kementerian sentiasa komited dalam menyediakan prasarana yang lengkap bagi memberikan kehidupan yang sempurna kepada penduduk – penduduk luar Bandar.” Katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN- Libaran) dalam sidang Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.
     Mohd Shafie berkata, tumpuan pembangunan kerajaan Pusat di Sabah turut meliputi program memperkasa modal insan contohnya pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan kos RM 87.3 juta serta pusat Giat Mara membabitkan perbelanjaan RM3.1 juta di Libaran.
     “Bagi tempoh pelaksanaan program – program prasarana asas luar bandar yang bermula tahun 2010 sehingga kini. Satu majlis hari terbuka yang telah dihadiri pemimpin – pemimpin Pusat dan Sabah telah diadakan pada 21 hingga 22 januari 2010 di Kota Kinabalu. Majlis ini bertujuan memaklumkan kepada umum akan perancangan, pelaksanaan projek – projek yang sedang dan akan dibuat khusus untuk negeri Sabah.
    
     Menteri Perlancongan, kebudayaan dan Alam Sekitar Masidi Manjun berkata apabila pemberiaan subsidi khas kepada pengusaha padi bukit adalah sesuai dan tepat pada masa kerana padi bukit lebih susah ditanam berbanding dengan padi sawah. Menteri Pembangunan Masyarakat dan hal ehwal Pengguna Jainab Ahmad berkata bajet 2015 mempunyai pelbagai pakej kebajikan untuk rakyat yang akan mendatangkan manfaat kepada keluarga – keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana dan sebagainya. Menteri Belia dan Sukan Tawfiq Abu Bakar  Titingan berkata bajet yang baru dibentangkan ini sebagai lebih mesra berbanding dengan tahun sebelumnya.
     Menurut Penganalisis politik dan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir berkata pengumuman kerajaan mengenai peruntukkan sebanyak Rm 27 billion untuk membina Lebuuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer amat perlu bagi pembangunan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Dengan adanya lebuhraya ini, rakyat Sabah dan Sarawak boleh bergerak dari satu kawasan lain dengan mudah, ini sekali gus mengurangkan kos pengangkutan serta membuka lebih banyak kawasan baharu serta kesan limpahan sosial yang lain.
Sehubungan itu,sebagaimana Projek Lebuhraya Utara-Selatan telah mentransformasikan pembangunan dari Perlis ke Johor, Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak 27 bilion ringgit.

Belanjawan Sabah 2015 adalah untuk jangka masa satu tahun. Ianya bersifat belanjawan atau bajet jangka masa pendek. Dalam ucapan Dato, Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan Merancakkan lagi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan peruntukan tambahan sebanyak 30 juta ringgit. Program ini juga akan diperluaskan penyertaannya kepada usahawan di Sabah dan Sarawak. Sememangnya, Kerajaan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin dalam membangun dan membela nasib rakyat di Sabah dan Sarawak dalam agenda pembangunan negara.


Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi. Dengan ini, Kerajaan telah mewujudkan beberapa program dan salah satunya ialah program 
1Malaysia Youth City kepada belia dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pembinaan Urban Transformation Center (UTC) dan Rural transformation Centre (RTC) di Sabah. Menerusi NBOS pula, satu lagi mini UTC dan RTC masing-masing di Sabah dan Sarawak akan dibuka bagi memudahkan urusan masyarakat di pedalaman dan bandar.
Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan di Lubok Antu, Sarawak, serta menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau. Kerajaan akan turut menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas Sabah.
Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat luas. Peruntukan untuk menambah peralatan ketenteraan dan keselamatan serta menaiktaraf infrastruktur untuk kawalan keselamatan di Sabah bernilai  RM 230 juta melalui program CSR Petronas Sejumlah RM 660 juta juga telah diagihkan untuk meningkatkan keselamatan sabah dengan penambah aset keselamatan di Eastem Sabah Security Zone (ESSZONE).
Justeru, bagi  memperkukuhkan  keselamatan  di  kawasan  Zon  Keselamatan  Pantai Timur  Sabah  atau  ESSZONE,  Kawasan  Keselamatan  Khas  Pantai  Timur  Sabah  atau ESSCOM “ejen penguatkuasaan keselamatan” diperuntukkan  RM  660  juta.  Dua  battalion  melibatkan  satu  battalion  PGA  PDRM dan  satu  battalion  Tentera  Darat  dengan  jumlah  anggota  baru  seramai  1,280  anggota telah diluluskan. Dua buah kem juga akan dibina di ESSZONE iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

 Di samping itu, kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan akan ditambah baik. Antaranya perolehan sistem radar pengawasan yang berkeupayaan tinggi. Kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak yang diubahsuai dan sebuah kapal auxillary sebagai Sea Basing di perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak 230 juta ringgit melalui program CSR Petronas.
Sebagai tambahan, untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit.

Kerajaan juga akan menempatkan semula perkampungan - perkampungan air seperti di Semporna dan Sandakan secara berperingkat. Kerajaan berharap dengan inisiatif ini, keselamatan rakyat Malaysia di Sabah akan terus terjamin dan aktiviti ekonomi akan terus rancak. Sebagai  Memperkukuh  Rantaian Bekalan Makanan di Sabah dan Sarawak, julung-julung kalinya subsidi padi bukit diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak 70 juta ringgit. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar.
Hakikatnya, Kerajaan amat mementingkan kesejahteraan rakyat, terutama yang melibatkan aspek kos sara hidup seharian mereka. Justeru, Kerajaan akan berusaha untuk terus menyeimbangkan harga barang keperluan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui langkah – langkah yang telah dirancang seperti yang pertama iaitu peruntukkan sebanyak 262 juta ringgit bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak; dan
rancangan yang kedua ialah tambahan 2 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah menjadikan jumlah 16 buah dan 3 buah lagi di Sarawak menjadikan 19 buah
Di  samping  itu,  Kerajaan  juga  terus  komited  dalam  menyediakan  dan  menaiktaraf kemudahan  infrastruktur  luar  bandar.  Sejumlah  4.5  bilion  ringgit  akan  diperuntukkan terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak
bagi melaksanakan program yang telah dirancang, antaranya projek jalan luar bandar sepanjang  635  kilometer termasuk  bekas jalan-jalan  balak  di  Sabah  dan  Sarawak  dengan peruntukan  sebanyak  943  juta  ringgit  Malaysia. Selain itu, projek yang telah dirancang iaitu program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit Malaysia. Terdapat banyak keluhan daripada rakyat terhadap masalah jalan raya yang masih belum diturap dan sebagainya. Hal ini mendatangkan kesukaran kepada rakyat terutama penduduk yang tinggal di pendalaman. Bajet Negeri Sabah 2015, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1250.44 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 180 juta disediakan untuk meneruskan pelaksanaan program – program pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya bandar dan luar bandar, pembaikan cerun, penggantian jambatan lama; pengurusan trafik dan pengurusan keselamatan.
Program seterusnya yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta ringgit Malaysia. Seterusnya, melaksanakan  program  pembangunan  ekonomi, kemudahan  infrastruktur  dan penambahbaikan  taraf  hidup  masyarakat  Orang  Asli  dengan  peruntukan  sebanyak  352 juta  ringgit  Malaysia  dan  yang  terakhir  ialah  menambah  sepuluh  batang  tiang  lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap
kampung  di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung.
Isu kemiskinan merupakan masalah yang masih berlegar di negeri Sabah. Bagi bajet 2015 kali ini, sebanyak RM 260.12 juta diperuntukkan bagi meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dan mensejahterakan rakyat. Bajet Negeri Sabah 2015 juga bertujuan merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar. Dengan itu, kerajaan akan terus melaksanakan Program Mini estat Sejahtera (MESEJ) yang terbukti mendatangkan manfaat kepada golongan sasar. Oleh itu, kerajaan negeri akan memperuntukan RM 18.5 juta bagi meneruskan Projek MESEJ dan sebagainya.




3.0 KESIMPULAN
          Secara kesimpulannya, bajet 2015 yang dirangkabagi dilaksanakan dapat meningkatkan ekonomi negara disamping menjaga kebajikan rakyat selaras dengan strategi yang telah dibentangkan dalam bajet. Bagi negeri Sabah, untuk menaiktarafkan infrastruktur dan member kebajikan pada rakyat seharusnya di peruntukkan dengan bajet yang banyat. Bajet 2015 negeri sabah ini amat penting untuk mencapat strategi utama iaitu  memperkukuhkan kutipan hasil dan memperluaskan sumber hasil, merancang perbelanjaan secara optimal, menumpukan kepada pembangunan sektoral dan lestari serta mempertingkatkan sistem penyampaian kea rah pencapaian sasaran. Oleh itu, rakyat seharusnya memandang bajet yang telah dirangka dan ditetapkan ini dari sudut yang positif. Bajet ini dapat memastikan negeri Sabah terus maju, aman dan makmur supaya generasi akan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

4.0 RUJUKAN
RUJUKAN
Jae. K.Shim. 1994. Budgeting Basics and Beyond : A Complete Step-by-Step Guide for Nonfinancial Managers. New Jersey. Prentice Hall
Ucapan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Bajet 2015. 10 Oktober 2014. Dewan Rakyat
Ucapan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 November 2013






Comments

Popular Posts