Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

iklan

Kem Media And Ce' Teka Family in Memory



Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua... ^__^

Hari ni tergerak hati nak cerita kenangan semasa mengikuti Program Kem Media di UUM pada 29 Julai hingga 31 julai 2015. Kami datang lebih awal iaitu 28 Julai. Serius best gilerrrr program ni. Di samping mendapat banyak ilmu, Saya dapat ramaiiii kawan daripada macam2 negeri.. Kami menetap di DPP Petronas. Sebilik tinggal 2 orang dan roommate saya ialah adik watif ^_^

Ilmu yang saya perolehi daripada program ni termasuk dalam penghasilan web tv, web journalism, web radio, undang - undang hak cipta dan cara menambah pendapatan melalui online.. Menarik kan?? Rugi sangat kepada belia yang tak join program ni. Bukan itu sahaja, ditampilkan 3 pakar web yang memberi taklimat tersebut iaitu En. Nizal Mohammad (Bekas Penerbit tv3), En. Mohammad Bin Abu Bakar (Bekas Penerbit Tv3) dan En Wan Ahmad Abdu S Salam (Penerbit Online Radio).

Malam itu, kami dibahagikan kumpulan. Saya dapat kumpulan yang ke 6. Pada mulanya, malu - malu kucing katakan.. Cakap pun sopan je...Ahaha....Dalam group kami ada 10 orang ahli yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Fatihah, Khadijah, Fatihah, Ezzati, Anis, Wan, Dai, Faris, Gee dan Wani (saya ^_^v) Setelah berbincang, kami putuskan untuk namakan kumpulan kami sebagai Ce'Teka yang bermaksud Cuba Teka. Diketuai oleh Faris dan Fatihah

Keesokannya, kami di tempatkan di bilik seminar mengikut kumpulan. Saya duduk bersebelahan Gee dan Fatihah. Gee seorang yang ceria. Selalu buat lawak. Orang Terengganu yang ingin belajar dialek Kedah. Tapi cepat betul dia belajar. Seorang lagi ni Wan. Orang Kelantan katanya. Kuat mengusik dan menganggu orang. Kalau tak de dua orang ni sunyi betul group kami. Malam tu kami berbincang untuk tiga tugasan di Cafe. kami ditugaskan untuk membuat web journalism, web tv dan web radio. Kami berbincang sehingga lewat malam.



Masuk hari yang ketiga, kami mulakan untuk membuat tugasan mengikut apa yang dibincangkan. Pada waktu pagi, kami masih ada dua kelas bengkel. Pada waktu petang, kami pergi melawat kuda. Fuhhh, handsome betul kuda dekat sini...>__<


Ini kuda kepunyaan Farid Kamil. Namanya Romeo...

Opsss, kami pun tak terbabas dari tujuan yang sebenar.. Setengah jam kemudian, kumpulan kami mencari tempat untuk shooting web tv. Nasib baik salah seorang goup kami ni pelajar UUm. Jadi dia tahu selok belok kawasan disini. Apa lagi kami cuba habiskan scene yang termampu.




 Malam tu pula, ada satu lagi ceramah berkaitan jenayah yang disampaikan oleh Pengawai Polis. Time tu pula, boleh saya datang lambat. hahaha, biasalah petang tu melepak dengan roommate baru sambil makan suci dalam debu sampai tak sedar dah lewat.. Apalagi, saya pun mengusik dalam group Ce'Teka dengan beritahu yang saya tak dapat datang. Hahaha..Gelabah diaorang.. Saya cuma nakal je....=)

Malam tu kami menghabiskan segala kerja sampai jam 3 pagi di Pusat Budaya Dan Seni. nasib baik banyak fasilator yang temankan kami disini. Pada mulanya, kami ingat nak buat di Cafe, tapi kami percaya akan ramai kumpulan yang buat kerja disana. Jadinya agak tergangu untuk kami menyiapkan web radio dan web tv.


Keesokannya, hari last kami disini. Masing2 mata lebam dan lesu. Hari ni kami perlu hantarkan semua tugasan. Masing2 sibuk.. Tapi saya dan Gee pun buat2 sibuk dengan menggangu orang lain...hikhik... Ke sana ke sini kami berjalan...

Lepas solat jumaat, kami akhiri program dengan penyampaian hadiah.. Alhamduillah, kumpulan kami Johan dalam kategori web radio. Memang tak menjangka langsung yang kami akan menang.




Habis program tu kami sempat bemesra sebelum berpisah.. Memang sedih sangat. Rasa baru nak kenal tapi berpisah pula. Sayang korang....Rindu korang.....huhu.... Sempat saya hadiahkan video untuk mereka. ini hasil web radio dan web journalism





video



Ini hasil web tv kami....=)
Post a Comment