Raya Tahun Ni Punya Cerita


Yang pakai jubah hitam dan memakai selendang hijau tu ialah mak saya..^_^

Assalamualaikum dan salam blog untuk anda semua... >___<

Rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya... Haha..Memang lewat pun...haha.. 
Maaf la...

Alhamduillah, bulan Ramadhan berjalan dengan sempurna berbanding tahun2 lepas. Cuma tahun ni agak berbeza daripada sebelumnya.. Seminggu awal, saya menjalani ibadah puasa di Sabah.. Haha waktu berbuka di Sabah dalam jam 6.30 malam.. Kalau di Kedah waktu berbuka dalam jam 7.35 malam.

Seperti tiap2 tahun, saya akan ceritakan pengalaman Raya.. Tahun ni saya tak dapat hasilkan kuih raya sendiri sebab ketuhar pun sudah rosak... Main kuih tunjuk je... Bukan itu sahaja, baju raya tahun ni pun main beli saja.. Kata mama, "Lebih Senang...."

Alhamduillah, tahun ni lengkap semua sepupu saya balik ke kampung. Kalau tiap2 tahun mesti Abang izren tak pulang... Tapi tahun ni dia pulang.. Seperti biasa adat keluarga kami, first bersalaman bersama mak ayah, keluarga yang terdekat dan saudara mara... Lepas tu, pergi menjelajah ke rumah jiran.. Satu kampung kami ronda..

Tapi biasala, mulut2 makcik selalu kata " Wuu.. dah besar wani rupanya.." Saya mampu membalas dengan senyuman.. Aku rasa malu.... Nasib baik raya setahun 2 kali je.. Kalau sebulan sekali, mahu bertambah malu aku... hahaha.... Nak cerita panjang pun, tak ada cerita yang menarik... Sama seperti tahun2 lepas juga... >__<


Comments

Popular Posts