TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DI KATAKAN SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA PERKONGSIAN “ALTERNATIF KNOWLEDGE"



PENGENALAN
·         Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi berkomputer dan telekomunikasi.
·         Teknologi maklumat dan komunikasi dapat didefinisikan sebagai peralatan telekomunikasi yang digunakan untuk memperoleh maklumat dengan lebih luas seperti melalui telefon, internet, komputer, teknologi satelit dan lain-lain alat komunikasi.
·         Menurut kamus Dewan Edisi Keempat pemangkin bermaksud faktor yang mempercepatkan sesuatu tindakan.
·         ICT dikaitkan dengan komputer dan internet yang mengandungi perisian untuk menghantar dan menerima informasi atau maklumat seperti telekomunikasi, audio, video dan cetakan.
·         Altervative Knowledge” bermaksud maklumat atau pengetahuan yang diperolehi selain daripada pemelajaran terus secara formal.

Contoh-contoh jenis “Alternative Knowledge”
·         Google book.
·         Radio Interaktif
·         Youtube.
·         Jurnal Online
·         Website
·         Portable Document Format (PDF)



Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai pemangkin “Alternative Knowledge”
1.   Pendidikan
·         Bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, seseorang pelajar yang ingin mendapat maklumat tambahan selain daripada pusat ilmu secara formal boleh mendapatkan melalui daripada internet.
·         Contohnya, penggunaan E-Learning dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran kerana internet dengan adanya internet mampu untuk menjimatkan masa pelajar untuk mecari maklumat. Keupayaan teknologi masa kini yang berupaya untuk memberbaharui, menyimpan dan membahagikan matapelajaran atau maklumat pembelajaran.

2.    Pekerjaan
·         Memudahkan permohonan kerja seperti pemohon dapat mengakses maklumat tentang pekerjaan yang ingin dipohon, contohnya melalui portal SPA8.
·         Dalam sector pekerjaan pula, sebarang proses penyimpanan maklumat sesatu kerja dapat disimpan dengan selamat dan lebih efektif.

3.    Ekonomi
·         Aktivti urus niaga dapat dilakukan dengan cepat dan lebih efektif melalui urusan secara online. Contohnya dalam proses pembelian dan pembayaran atas talian seperti CIMB clicks.
·         Memperluaskan pasaran seperti mempromosikan sesuatu produk keperingkat antarabangsa melalui iklan online.

4.    Perubatan
·         Teknologi dalam bidang perubatan amat diperlukan bagi mengantikan cara tradisional dalam mempastikan kecekapan dan kepantasan dalam mengenalpasti sesuatu penyakit dan cara merawat penyakit.
·         Memudahkan ahli perubatan dalam mencari dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan kesihatan.
·         Pengguna dapat memanfaatkan sebarang maklumat. Contohnya kita dapat mengenalpasti langkah-langkah untuk menagani sesuatu penyakit dengan adanya laman web kesihatan.

Kepentingan Pengetahuan Alternative
·         Dapat membantu meningkatkan prestasi pembelajaran seorang pelajar kerana adanya maklumat tambahan.
·         Memudahkan seseorang untuk mendapatkan bahan rujukan seperti jurnal dan kajian lepas.
·         Memperkembangkan sistem pembelajaran terutama di peringkat sekeolah menengah dan rendah.
·         Menjimatkan masa dan kos

Kesimpulan
Dengan adanya Teknologi maklumat dan komunikasi yang berperanan sebagai penghubung dalam perkongsian maklumat atau pengetahuan alternative dapat membantu seseorang untuk berkongsi pengetahuan dengan lebih cepat dan efektif. Justeru itu, perkara ini sekaligus dapat mempertingkatkan nilai jati diri dalam diri seseorang dan secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap sesebuah Negara.Namun yang demikian, tidak semua informasi yang dibekalkan daripada internet sahih. Oleh itu, pelajar haruslah berhati-hati dalam memilih maklumat agar tidak tersilap memilih rujukan.Kesimpulannya, dengan berkembangnya teknologi maklumat dan komunikasi dapat menjadikan sesebuah Negara itu akan terus maju dan berdaya saing.

Rujukan
Ibrahim bin Hj. Ahmad. et. al. 2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa                    dan Pustaka. Kuala Lumpur

Norasiah Abdullah. et. al. 2011. Teknologi Maklumat & Komunikasi. Penerbitan     Multimedia. Selangor

Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd

Zoraini Wati Abas (1993) Komputer dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Eprint.oum.edu.my/725/2/Chapter_1.pdf. Pembelajaran Bukan Sahaja Dibilik Darjah.       Diakses pada 16 Oktober 2015.


Comments

Popular Posts